Oleh: WFAUZDIN NS
ADA satu portal atau web pro Umno yang saya suka baca, bukan kerana kandungannya betul belaka tetapi isi kandungannya banyak yang berpijak di bumi nyata. Portal Umno-reform2 di sini mengulas tentang keupayaan Umno untuk merampas Selangor, dan kesimpulannya saya dapati mereka menyimpulkan Umno sukar untuk merampas Selangor dari PR.
Umno di Selangor sekarang tiada modal lagi, isu pembangunan kini dijuarai oleh PR di bawah sikap profesionalisma MB Selangor, Tan Sri Khalid. Isu agama, Umno bukan orangnya yang sesuai dan layak untuk bercerita soal agama kerana semua mengetahui sikap Umno terhadap Islam. Apatah lagi, PAS di Selangor berjaya menangani isu agama di bawah Kerajaan PR Selangor. Isu minuman keras yang dijual di 7 Eleven berjaya ditangani dengan pebuh hikmah dan bijaksana. Arahan telah dikeluarkan tiada lagi 7 Eleven yang menjual sebarang minuman keras di kawasan atau seksyen yang majoritinya penduduk Islam.
Banyak lagi idea PAS Selangor yang diterima oleh Kerajaan Negeri. Usaha ini akan berterusan diperjuangkan oleh PAS. Kerajaan Negeri juga serius di dalam membangunkan sistem pendidikan dan berbagai kemudahan serta peruntukan telah diberi kepada para pengajar dan sekolah termasuk murid-murid. Isu kununnya Kerajaan Negeri merampas tanah, meroboh rumah atau tapak perniagaan rakyat di Selangor, ternyata tuduhan palsu. Jika ada masalah pun, MB Selangor akan turun berunding dengan mereka yang terlibat walaupun memakan masa sedikit. Nasihat saya, jangan pula yang suka mengambil kesempatan di atas kebajikan Kerajaan Negeri.
Oleh kerana tiada lagi modal puak sekutu Apco itu di Selangor, maka mereka membawa isu fitnah dengan menyebarkan video seks yang kununnya melibatkan DS Anwar. Terbaru, dikatakan edaran video melibatkan Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu juga dilakukan. Kadangkala kita merasakan negara kita tidak wujud pihak Polis atau mereka kurang cekap di dalam menangani isu begini. Jika sehelai `bulu' DS Anwar boleh dijumpai, agak mustahil untuk menyebut Polis gagal di dalam hal sebegini.
Benar juga kata portal pro Umno itu, jika seseorang pencuri, perompak atau perogol sudah mengaku terlibat, susah sangatkah untuk pihak Polis menangkap dan mendakwanya? Bukankah Trio Datuk T sudah mengaku?
Apa yang penting sekarang, PR di Selangor perlu lebih bekerja keras di Selangor. Mempertahan Selangor merupakan satu jihad agar Selangor tidak terlepas kepada puak yang zalim dan terbukti zalim sebelum ini. Rakyat Selangor harus melihat apa yang berlaku kepada mantan MB Selangor, Khir Toyo yang dahulunya memimpin Selangor. Adakah rakyat Selangor mahu lahirkan lagi pemimpin seperti itu?/wfauzdin.blogspot.com
Udahlah...jgn syok sendiri!!!
BalasPadamKalah menang Allah yg tentukan..
Kalau kamu dipihak PR, tentu semuanya baik kan!!! Taik pun wangi...Nak cerita melangit kat sini pun tak guna...Kita tunggu ajelah kat PRU 13 nanti ye!!! Tengok, PR boleh menang lagi atau tidak!!!