RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Khamis, 11 Ogos 2011

84 % PERCAYA POLIS BERTINDAK GANAS SEWAKTU PERHIMPUNAN BERSIH 2.0

Oleh: WFAUZDIN NS

BLOG ini telah mengadakan `Poll" (undian) berkaitan tindakan Polis semasa Perhimpunan BERSIH 2.0 pada 09 Jul yang lalu. Soalannya berbunyi, "PDRM KATA PIHAK POLIS TIDAK BERTINDAK GANAS SEMASA HIMPUNAN BERSIH 2.0 YANG LALU, PENDAPAT ANDA?"

Daripada sejumlah 768 yang telah mengundi berakhir hari ini, keputusannya 84 % mendakwa TIDAK BENAR, manakala 11 % sahaja yang bersetuju dengan kenyataan PDRM tersebut. Keputusan terperinci seperti berikut:

Tidak Benar - 84 %
Benar - 11 %
Kurang Yakin - 3 %
Tidak Tahu - 2 %

Di sini, jelas bahawa terlalu ramai yang tidak percaya bahawa pihak Polis tidak bertindak ganas sewaktu perhimpunan BERSIH 2.0 yang lalu. Ertinya, usaha media kerajaan yang menayangkan beberapa klip di TV bagi menunjukkan `kemesraan' pihak Polis ketika perhimpunan jelas tidak mempengaruhi orang ramai./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan