RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Ahad, 7 Ogos 2011

VIDEO - USTAZ AZHAR IDRUS SELESAIKAN MASALAH DENGAN `PANTUN' SAJA



Oleh: WFAUZDIN NS

NAMA Ustaz Azhar Idrus sememangnya amat terkenal, bukan kerana dia tokoh politik mana-mana parti tetapi ketokohan beliau dari segi penyampaian dakwah dan ilmunya kepada masyarakat. Di mana pun Ustaz Azhar ini pergi menyampaikan kuliah atau syarahannya, kehadiran orang ramai amat membanggakan malahan kadangkala mengalahkan sambutan terhadap mana-mana tokoh di dalam PAS itu sendiri, tokoh dari Umno lagilah jauh bezanya.

Begitulah Allah kurniakan kehebatan dan kemuliaan pada seseorang yang berjuang dengan ikhlas dan tidak takut kepada pemerintah untuk menyuarakan yang hak. Ada yang mendakwa Ustaz Azhar adalah penyokong kuat PAS. Hakikatnya, beliau adalah pejuang Islam dan di dalam Islam politik tidak boleh dipisahkan. Politik mestilah mengikut Islam, dan kerana itu mahu tidak mahu Ustaz Azhar mesti mempunyai pendirian politik beliau.

Tetapi, Ustaz Azhar tahu di dalam keadaan bagaimana beliau mesti menyebut tentang politik ketika beliau menyampaikan kuliahnya. Beliau selalunya mengajar mengikut apa yang terkandung di dalam Kitab yang diajarnya. Jika terdapat soalan yang bertanyakan tentang masalah yang ada kaitan dengan politik semasa, Ustaz Azhar akan menjawabnya berpandukan kepada ajaran Islam beserta dengan nas dan dalil. Adakah itu bermakna Ustaz Azhar berpolitik di dalam masjid?

Video di atas, satu klip yang menunjukkan betapa Ustaz Azhar mampu menyelesaikan satu `masalah' hanya dengan berpantun. Mungkinkah ada unsur politik di situ atau tidak? Sama-samalah kita menilainya sendiri. Apa pun, ianya sesuatu yang melucukan tapi pedas./wfauzdin.blogspot.com

6 ulasan:

  1. Ramai yang masih mengharapkan perjuangan PAS seperti dahulu, perjuangan yang jelas untuk diperjuangkan...tetapi kini dasar perjuangan PAS telah tersasar jauh....!
    Berdirilah PAS dengan bermaruah tanpa PKR dan DAP yang anti-Islam terutamanya, janganlah diperbodohkan oleh mereka...!
    kembalilah pada perjuangan asal semoga kita rakyat Malaysia dapat keberkatan daripada perjuangan PAS.
    Jika UMNO itu jahil mentadbir negara maka sekarang inilah waktunya PAS membuktikan ianya lebih baik dari UMNO...bukannya sekadar ceramah dan tazkirah semata-mata.
    Cuba lihat PAS di Selangor , PPinang dan Kedah adakah dihormati!!!
    Kembalilah kepada perjuangan asal....sebuah Negara Islam yang berdaulat bukannya negara kebajikan seperti yang dikehendaki oleh DAP dan sekutunya!

    BalasPadam
  2. kali pertama aku terlihat blog si pencacai PKR ni..nak muntah aku ..puituihh..kepala k###ek engkau lah...(walau berpuasa ni) benci aku terhadap Melayu yg tak sedar diri ni...tengok dan cermin muke engkau lah di negra Tanah Melayu ni kau rela di jajah semula oleh Kafir DAP???

    BalasPadam
  3. Org mlayu P.Pinang dijajah oleh DAP dgn cara DAP beri kontrak kpd Bumiputra hmpir 100% dan Sekolah agama rakyat dpt bntuan berganda dari dulu, peruntukan agama di P.Pinang berganda dari dulu....Bukti DAP jajah Melayu...Bukti Umporno bela Mlayu Islam pula, lesapkan duit saham Bumiputra, guna duit KWSP RM6 Bilion...naikkan harga minyak sekaligus brg2 naik....rampas royalti minyak di negeri2 majoriti Mlayu Kelantan dan Tganu...Golongan peneroka ditipu hidup2 seperti dlm kes saman peneroka thadap felda....itu baru sikit bukti Umporno bela Mlayu dan DAP jajah Mlayu....eheheheee

    BalasPadam
  4. Apa benda lah melalut pencacai pencacai umnoporno kat sini ni. Yg MCA berkawan dg cina dan taukeh judi dan kongsi gelap cina selama 53 tahun tu apa hal? Selama ni Penang di perintah Gerakan CINA ni ko senyap je?

    UMNO dah nak mampus baru nak menagih pertolongan PAS. PAS tidak akan berkerjasama dgn orang yg fasiq dan zalim seperti UMNOPORNO.

    BalasPadam
  5. takat mana la nak kita bawak melayu kita ni?mati nanti bukan ada soalan ttg bangsa pun.masa hidup pun melayu kena kelentong dgn melayu kan?

    BalasPadam
  6. hek elehh,,,komen yg pertama tu mcm kurang cerdik. Macamlah UMNO tu perintah negara bersendirian, Dgn komposisi penduduk negara ni yg sebegitu rupalah maka UMNO berkongsi kuasa dalam BN.

    BalasPadam