RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Isnin, 8 Ogos 2011

ISU DR HASSAN ALI - PAS BERTINDAK BIJAK DAN ISLAMIK

Oleh: WFAUZDIN NS

KONTROVERSI berkaitan isu serbuan JAIS terhadap Gereja Methodist Damansara Utama kini dapat ditangani oleh PAS dan Kerajaan Negeri Selangor secara bijak dan Islamik. Isu ini yang menjadi harapan Umno untuk menunjukkan kononnya PAS mengikut telunjuk rakan-rakan mereka di dalam PR tidak akan menjadi kenyataan kerana PAS tetap berpegang kepada prinsip dan dasar Islamnya.

Apakah prinsip Islam di dalam hal sedemikian? Prinsipnya ialah mesti berlaku adil kepada semua samada kepada JAIS, Gereja bahkan kepada Dr Hassan Ali sendiri. Maka, pendirian PAS yang tidak melatah atau merujuk kepada laporan yang disiarkan oleh akhbar lidah syaitan Utusan Meloya merupakan satu kemenangan kepada PAS dan PR.

Malaysiakini melaporkan, PAS akan mengadakan pertemuan dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) untuk mengetahui sendiri apa yang berlaku sewaktu serbuan kontroversi di majlis makan malam untuk mengutip dana, minggu ini. Presiden PAS, Datuk Abdul Hadi Awang berkata parti itu akan menemui kedua-dua pihak yang terbabit dalam insiden tersebut untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.

Mungkin sedikit teguran boleh dibuat kepada Exco Agama Selangor, Dr Hassan Ali kerana dikatakan menggunakan media haprak tersebut untuk menerangkan isu berkenaan di mana ayat yang menyebut beliau sedia dilucutkan dari jawatannya demi mempertahankan akidah umat Islam dilihat seolah-olah PAS tidak memperjuangkan akidah umat Islam. Mungkin tidak benar Dr Hassan berkata sedemikian kerana akhbar ini kita kenal benar dengan sikapnya. Namun, akhbar ini diberi ruang oleh Dr Hassan Ali sendiri.

Kita akan lihat nanti sejauh mana Umno ingin menggunakan isu ini untuk menunjukkan betapa Umno teramat sayang kepada akidah umat Islam. /wfauzdin.blogspot.com

6 ulasan:

  1. Tindakan JAIS memang amat baik. Cuma tindakan Hassan Ali yang selalu menimbulkan kontroversi dilihat sebagai duri dalam daging di sebelah pihak PAS. Manakala Khalid Samad seperti anjing menyalak bayang bila setiap kali melihat gelagat atau kelibat Hassan Ali. Mereka ini kadangkala seperti 'Munafik Politik", yang mencakar tak tentu arah sebelum berlari. Kadangkala lebih baik dilantik pemimpin dari kalangan yang tidak pernah menyertai UMNO dari bekas UMNO sebagai pemimpin PR, buktinya.........? Cari sendiri.

    BalasPadam
  2. setuju dengan 1Crony.....Hassan Ali dan Khalid Samad seperti ada agenda yang tersembunyi

    BalasPadam
  3. DEMI KUASA POLITIK KEDUNIAAN PAS DAH GADAIKAN SEMUA, ISLAM, AKIDAH, MARUAH, PRINSIP, SAMPAI YG DALAM KANGKANG PUN PAS DAH GADAIKAN. JGN NAK MENIPU LAGI, KAMI PENGUNDI ATAS PAGAR DAH KENAL MANA PERMATA MANA KACA MURAH (PAS). SATU PAHALA PUN TAK ADA PAS BUAT, MUNAFIK AL DAJJAL.....

    BalasPadam
  4. Ampunkan kami Tok DAP, Ampunkan kami Tok DAP, Ampunkan kami Tok DAP, cakap apa saja Tok DAP nak kami akan sediakan, hatta akidah pun kami dah gadaikan.....Ampunkan kami Tok DAP,

    BalasPadam
  5. puak jahiliyyah dr umporno nk ambil kesempatan dr isu tersebut? kirim slm ok....dh byk isu semuanya kami dlm PR dpt selesaikan dgn bijak...dan Umporno terus menggigit jari...kununnya nk tunjuk jd hero Islam, tapi bapak segala munafik adalah umporno....biarkan kali ini Umporno gagal lagi dan terus menggigit jari smpai putus....Ampunnnn kami APCo....ampun kami Apco....ehehhhhh..

    BalasPadam
  6. Adalah lebih baik sekiranya ada pihak yg boleh membuat sedikit research mengenai status agama Khalid Ibrahim? sebagai seorg islam, dia seharusnya membuat siasatan terdahulu sebelum menyalahkan JAIS dan terus memohon maaf atas sebab yg tidak jelas. Dia seharusnya meminta maaf kepada JAIS kerana gelojoh dlm menangani isu gereja ni. adakah dia pun salah seorg ahli DUMC yg akan merpertahankan DUMC bermati-matian? di akan dilihat sebagai seorg yg sanggup menjual agamanya untuk populariti dan kepentingan politik dan peribadi. Saya merayu pada MB kalau nak duit raya lebih jangan la jual agama mcm ni. Gunalah cara lain yg tidak melibatkan agama Islam.

    BalasPadam