RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Isnin, 7 Mei 2012

AWAS !! JAGA PEJABAT PARTI MASING-MASING, MUSUH SUDAH MULA GELABAH

Oleh: WFAUZDIN NS

BARU menerima berita bahawa Ibu Pejabat PKR Negeri Pahang telah diceroboh dan ianya mungkin dari perbuatan khianat serta sabotaj berunsur politik.  Laporan awal boleh dibaca di Blog PKR Pahang.

Saya merasakan ianya perbuatan khianat berunsurkan politik kerana terdapat beberapa dokumen parti serta beberapa komputer dikatakan telah hilang, di samping itu juga penceroboh telah memotong beberapa wayar letrik di dalam pejabat.

Mungkin tarikh Pilihanraya Umum sudah semakin hampir, dan pihak-pihak tertentu merasa amat gelisah dengan kejayaan cemerlang PR terutamanya PKR di negeri ini yang berjaya menarik sokongan rakyat di Pahang melalui beberapa program parti yang berjalan rancak sekarang.  Kemungkinan juga mereka ingin mengetahui data atau strategi berkaitan parti bagi memudahkan mereka untuk berdepan dengan PR di dalam pilihanraya nanti.

Sehubungan itu, saya mencadangkan kepada semua pimpinan parti PR seluruh negeri bahawa amat penting untuk menentukan aspek keselamatan pejabat parti dan tentukan segala dokumen atau data penting tidak disimpan di pejabat selepas waktu bertugas./wfauzdin.blogspot.com 


4 ulasan:

  1. Samseng umno akan bermaharajalela
    Polis pula membenarkan samseng2 ini membuat sesuka hati.
    Pemimpin2 umno pula makin meracau...

    BalasPadam
  2. nampaknya pr x belajar dari sejarah. perkara ni byk berlaku dulu. pejabat peguam kena pecah dokumen hilang, kereta kena pecah (yg bangang ialah org yg simpan dokumen sensitif dlm kete), pejabat pkr dan mb org pasang kamera, mikrofon. tekalah sapa yg pakar keje2 espionage ni.

    BalasPadam
  3. ala esok dpt putrajaya hangpa repair la balik...apa susah

    1. ....da tentu hadi jd PM ... DAH TENTU mat sabu jd TPM ... puas hatiii

    2.PKR jaga kementerian yg penting .. mcm KDN, TENTERA, KeWANGAN. KEM LUAR, komunikasi dsb

    3. DAP jg XPENTING.. kesihatan .. pengangkutan..SUKAN...BELIA jalanraya dsb

    AKU BANGGA PAS MMG BENAR2 Ganti UMNO SUBHANALLAH... AMACAM PUAS HATI...

    BalasPadam
    Balasan
    1. BUNYI MACAM FRUST JEEEE.. HAHAHA. LEBIH DR PUAS HATI SEBAB MASA TU PEMIMPIN UMNGOK DAH CABUT. MANA YG TAK SEMPAT KENA SUMBAT DLM PENJARA TERMASUK PENCACAI LAGU HANG.. AMACAM BETULKAN!

      Padam