RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Rabu, 12 September 2012

US NASHA BAKAL BERTANDING MENENTANG DR HASSAN ALI DI GOMBAK SETIA?


Oleh:  WFAUZDIN NS

SEMUA kena terima keputusan Majlis Syura PAS iaitu isu Us Nasha tidak perlu dibincangkan sekurang-kurangnya sehingga selepas PRU ke 13 akan datang.  Apabila diberitakan lagi bahawa Us Nasha juga di antara yang tersenarai sebagai calon, ertinya beliau mungkin agak selamat sekurang-kurangnya sehingga selesai PRU ke 13 nanti.

Semoga Us Nasha lebih berdisiplin..
 
Tersenarai sebagai di antara calon belum tentu menjadi calon.  Kita pun tidak tahu di kawasan manakah PAS akan mempertaruhkan bekas Timbalan Presiden mereka ini jika beliau terpilih sebagai calon.  Buat masa ini beliau adalah Ahli Parlimen Bachok, Kelantan dan difahamkan PAS Bachok sudah serik untuk berwakil rakyatkan Us Nasha lagi.  Bolehlah dikatakan Parlimen Bachok bukan lagi tempat untuk beliau di dalam PRU akan datang (jika dicalonkan).

Keputusan PAS untuk tidak membincangkan isu Us Nasha ini boleh dikatakan satu keputusan yang adil dan bijaksana.  Adilnya adalah kerana Us Nasha perlu diberi peluang untuk berubah sikap dari seorang yang suka membuat kenyataan yang berlawanan dengan dasar parti kepada ahli parti yang lebih berdisiplin.  Peluang ini juga telah diberikan kepada Dr Hassan Ali dahulu, tetapi sikap Dr Hassan Ali yang beranggapan bahawa PAS tidak akan berani bertindak terhadap beliau ternyata silap.  Diharapkan Us Nasha tidak berfikiran seperti Dr Hassan Ali.

"Sub Contract" Umno?
Kebijaksanaan PAS yang tidak terlalu fokus kepada isu Us Nasha ini patut juga diberi pujian.  Di dalam PAS, Majlis Syura adalah badan yang tertinggi samada disukai atau tidak, semua ahli PAS mesti akur kepada keputusan badan yang dianggotai oleh para Ulamak di dalam PAS ini.  Apabila para Ulamak berbincang, sudah pastinya mereka menjadikan Al-Quran atau Hadith sebagai rujukan bagi menyelesaikan masalah.  Isu Us Nasha tidak dibincangkan, ertinya tiada nas atau dalil yang boleh menghukum atau membebaskan beliau melainkan PAS merasakan isu beliau terlalu kecil untuk diberikan fokus berbanding dengan isu yang lebih besar bagi menghadapi PRU akan datang.

Justeru itu, hujah Dr Hassan Ali baru-baru ini yang menyebut pengekalan Us Nasha di dalam PAS dan sebagai Ahli Majlis Syura membuktikan bahawa Ulamak di dalam PAS bersetuju dengan bekas Timbalan Presiden PAS itu ternyata meleset.  Apabila isunya tidak dibincangkan, di mana datangnya persetujuan atau penentangan?  Nampaknya Dr Hassan Ali terlalu kecewa dengan keputusan PAS membiarkan Us Nasha begitu sahaja.  Paling kecewa sudah tentu Umno kerana Umno kini kehabisan isu dan modal untuk memburukkan PAS.  Dr Hassan Ali mungkin kecewa kerana kempunan untuk menambah keahlian JATI, yang mungkin beliau telah sediakan satu kerusi penting buat Us Nasha jika beliau dipecat dari PAS.

Lupakan isu itu sementara waktu.  Sekarang di mana kawasan yang wajar dan baik sekali untuk PAS berikan kepada Us Nasha jika PAS berpendapat beliau masih layak menjadi Wakil Rakyat?  Apabila PAS mahu meletakkan calon, sudah pasti PAS mahu menang.  Justeru itu, suka dicadangkan agar PAS meletakkan Us Nasha bertanding di kerusi Dun sahaja iaitu di kerusi yang sekarang ini diwakili oleh Dr Hassan Ali, iaitu di Dun Gombak Setia, Selangor.  Pada PRU ke 12 yang lalu, Dr Hassan Ali yang bertanding atas tiket PAS telah menang di kerusi ini dengan majoriti 2, 797.  Ini kerusi selamat buat PAS dan selamat buat Us Nasha jika beliau bertanding di kawasan ini akan datang. 

Di kawasan tersebut, PAS pastinya akan berdepan dengan Umno.  Adakah Dr Hassan Ali akan turut bertanding mengekalkan kerusi tersebut sebagai calon Bebas?  Jika beliau benar-benar anak jantan yang hebat atas kekuatan pengaruhnya, kita yakin Dr Hassan Ali akan mempertahankan kerusi tersebut.  Beliau tidak akan berani bersemuka dengan YB Khalid Samad di Parlimen Shah Alam, walaupun di dalam setiap ceramahnya beliau menghentam Ahli Parlimen Shah Alam tersebut sehingga menyeru orang ramai agar jangan memberi walau satu undi pun kepada YB Khalid Samad.

Kita jangkakan, Dr Hassan Ali tidak sebacul itu untuk melarikan diri dari Gombak Setia. Kita mahu saksikan Presiden JATI yang tidak diketahui berapa kerat ahlinya ini menyeru kepada pengundi-pengundi di Gombak Setia jangan berikan walau satu undi pun kepada Us Nasha di kawasan tersebut. Ketika itu, ketaatan dan kesetian kita di Gombak Setia akan diuji. Mungkin ramai yang tidak suka kepada Us Nasha, tetapi apakah mereka akan memilih Dr Hassan Ali atau calon Umno? Jika ditakdirkan Us Nasha menang di situ, ertinya rakyat telah cukup ditarbiyyahkan iaitu parti mesti diutamakan dari individu./wfauzdin.blogspot.com



























38 ulasan:

  1. Salam bro... gua rasa gua tak setuju lah beb untuk beliau dicalonkan walau satu kerusi pun dalam PRU13... sebab gua dah tak percaya dengan beliau ni... memang gua setuju beliau tak dikenakan tindakan... tapi harap gua beliau ni dibekukan sementara dalam PRU13... dan kita tengok bagaimana kesetiaan beliau...

    BalasPadam
  2. agak agaknya klu berfikiran cara berfikir org yg otak lembam sekali pun....klu nak menang se seorang calon itu,tak kira dari parti apa pun atau pun calon bebas yg tak berparti...agak agaknya le...mahu ke pengundi pengundi di dun gombak setia tu mengundi calon seperti si nasha tU yg dah memang klu org tengok muka dia pun org rasa meluat sampai muntah berlelah keluar isi perut,sampaikan rasa nak terberak keluar semua taik taik seperti kata SHAHANON...SHIT SHIT SHIT ...KEPALA TAIK.......agak agak pengundi dun gombak setia org PAS belaka ....yg konon kononnya sentiasa WALA.....klu nak cakap biar pakai akal jgn pakai rasa.....wakakaka gelak oh gelak nya aku ni ...hidup ni jgn buat org benci....klu selalu sumpah dek org...nanti badan pun megheket (bak kata org melaka kurus kering makan sumpah)....porrrraaaah

    BalasPadam
    Balasan
    1. cucu mamak kutty...no wonder mulut bau longkang...Ust nasha hina keturunan kau ke? Kau tak setuju dgn pendapat dia diam.

      Padam
  3. BUDAKBOY

    setuju cakap pejuang mat indera tu. taat pada parti, patuh pada jemaah beb. harap2 kepemimpinan PAS boleh dengar cadangan peringkat bawahan.

    PR menang kalu PRU 13, kasi Us Nasha jawatan, ada gaji beb..

    Ingat pesanan Almarhum Dato' Us Fadzil Nor. Masuk PAS bukan nak projek..

    p/s. Gua bukan ahli PAS bro. tapi undi TETAP PAS

    BalasPadam
  4. Kalau diberi pilihan supaya pilih satu antara 3: Nasha, Hassan Ali dan UMNO.

    Aku pilih yang keempat semua jawapan adalah salah atau pangkah besar - besar kertas undi tu.

    Sokong keputusan syura tidak pecat, tapi syuara juga perlu ambil kira sensitiviti ahli, "jangan jadi macam melepaskan anjing tersepit".

    BalasPadam
  5. nasib nasa tak kena tendang...

    kalu kena tendang kena bertanding dgn Kapal Sing la pulakkk

    elok tajuk ni...kurang2 buleh mengubati sket hati yang lara krn nik aziz gagal mempengaruhi majlis syura...

    nik azizs balik awal malam tu..wartawan dikatakan terkema2 tak dapat apa2 dari nik azis..

    bukan senang jadi tuan guru hdi awang ..otak dia ligat pikir tapi terbukti dia agak genius walau nampak mcm biasa saja..jika bukan dia master mind...sukar ditelah sapa think tank dia...

    BalasPadam
  6. aggak2 dlm hati awang apa....bagero punya anwar.-..ko ingat parti aku parti biawak ke...senang2 ko nak tanggong...


    ko bukan kira walhal kelantan buleh kalah skalipung

    yg ko pkir selangor kotu je..dgn projek negeri ke2 pkr N.9. bagero..

    amacam telly dgn all keadaan semasa tak?? tp jgn baca air muka..org2 politik sama sj..

    BalasPadam
  7. Jangan sebut pun Hassan Ah Lee ni, kerana rata-rata ahli PAS sudah anggap beliau seperti "kera kena belacan" (cuma kera tak berbini dua seperti beliau). Sekarang ini Nasya pula nak mengikut jejak "kera" tersebut, cumanya kera ini bantut sedikit dan giginya senget sebab suka cakap dolak dalik. Apalah istimewanya "kera" ini, berjuang tak sehebat mana (tak pernah kena tahanan atau penjara pun), naik cara mudah dalam PAS, apabila tak dipilih oleh perwakilan, begitu mudah patah semangat..... jauh sekali dengan sikap dan perjuangan seperti Abg Mat Sabu, Dr Hatta Ramli, Dr Mujahid atau Dato Husam Musa. Mereka ini sentiasa teguh di belakang parti walaupun 1000 rintangan yang datang. Bagi kera kena belacan dan sahabatnya, jawatan dan periuk nasi menjadi keutamaan walaupun tergadai maruah diri dan menghancurkan parti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalu Ah Lee dah lama dia jd barua Dap tuh


      Ah Nua Ju...ok

      Ah Sat Bu...ok

      Ah Mat Bean....ok

      Padam
  8. Message cukup kuat buat Anwar... mesti paham tu...

    dulu tian cua buat perangai..rasa nak kluar party jugak...selamat tian cua, trus jd escod kemana pun anwar bukak dongenng dia...

    SO MESSAGE CLEAR UTK ANWAR DAN PUAK DIA..

    org lain nk terjemah apa lantak ko la

    BalasPadam
  9. Kemarahan Nik Aziz yang terpaksa keluar awal dari Mesyuarat, khabarnya akan dibalas semula oleh kumpulan Anwarinas dan Dap Mat Sabu dalam Mesyuarat Lujnah Politik dalam masa terdekat. Lujnah ini merupakan Platform kedua mereka untuk menyingkir YB Nasha. Dalam Lujnah ini dijangka kumpulan Nik Aziz akan lebih bertenaga dengan majoriti ahli dilihat berpihak kepada kumpulan sekular Pas.

    Kemenangan Moral YB Nasha dalam Mesyuarat Majlis Syura semalam dikatakan bersifat sementara sahaja. Pelan ketiga mereka adalah Memastikan YB Nasha tidak dicalonkan dalam PRU13 nanti. Bukan YB Nasha sahaja, tetapi mana-mana yang memberi sokongan kepada kumpulan Ulama yang pro perpaduan akan dihalang daripada bertanding.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pandangan UMNGOK! Bagi kamu, UMNO lah segala-galanya dan Utusex perawi maksum!!!

      Padam
    2. itu raMalan..!! puak2 erdagon & pkr punya ulasan ko baca tak?? mrk mahu lebih dr itu..

      Padam
  10. Ini bukan kali pertama si Nasha buat hal. Di Kelantan dulu dia melawan cakap Tok Guru Nik Aziz. Bila "bersedudukan" dgn Najib sekali lagi dia melawan kepimpinan Pas.

    Jadi, untuk melihat tanda ketaatan dan kesetiaan si Nasha ni (kalau dia bertaubah nasuha laaaaa...), adalah lebih baik dia ni "di bekukan" dari sebarang jawatan dan calon masa PRU-13 nanti.

    Kita tengok macamana "perangai" dia dalam masa tu. Aku tak berapa yakin kalau setakat tunjuk muka duduk bersama ahli majlis syura ja. Mungkin bermuka-muka ja. Ya laaaa.....macam si Hassan Kayu Jati tu dulu. Mana la tahuuuuuu....! Perangai macam "kerang busuk". Di luar nampak cengkerang ja cantik, tapi isi perut busuk hanyir.

    BalasPadam
  11. malangnya orang gombak (kalau jadi) dapat nasha ni jadi calon di gombak...

    BalasPadam
  12. 'ICEBOX' kan dia...???
    SY TERSGT LAH SETUJU.

    ni salah satu cara mengajar dia dan pd waktu yg sama menguji kesetiaan dia...apkah dia msk parti nak perjuangkan agama atau nak penuhkan tembolok dia.

    kalo tak pandai nak ikut peraturan parti dan dasar parti....kuar jer dan tubuh parti sendiri...pas tu melalak lah ko sorng2...kalo ada yg nak dengor.

    pada aku...dia adalah nobody di luar PAS.

    BalasPadam
  13. ni semua salah PAS sendiri kerana tidak tetapkan syarat tuk bertanding sesuatu jawatan. sepatutnya kenakan syarat kalo nak tanding jawatan Top 5 PAS...contoh kena menjadi ahli pas selama setidak2nya 20 tahun dan terbukti kesetiaannya pd parti. ni tidak...mangkok2 yg jd talibarut umno pun boleh bertanding bila2 masa shj.

    harap pembuat dasar parti dpt membaca cadangan ako nih kerana aku syngkan PAS melebihi individu....ALLAH HUAKBAR

    BalasPadam
  14. Nasha sepatutnya dicalonkan semula dalam PRU13. Kawasan yang sesuai untuk beliau bertanding sebagai calon parlimen adalah Parlimen Marang Trengganu.
    Dikawasan ini beliau akan mendapat sokongan padu dari ahli PAS Marang. Kemungkinan besar UMNO Marang pun akan menarik diri daripada bertanding dikawasan tersebut.
    Kalau beliau diletakkan dikawasan lain, bukan sahaja ahli PAS sendiri yang tidak mahu menyokong beliau, bahkan ahli PAS akan terasa terhina menjadi penyokong PAS.

    BalasPadam
  15. Walaupun Nasharuddin bertanding atas PAS, orang PAS akan menyesal menyokongnya. Mungkin ketika itu ahli majlis syura boleh datang berkempen beramai-ramai.
    Lebih baik mengundi UMNO daripada mengundi calon ada cita-cita nak masuk UMNO.

    BalasPadam
  16. kah kah kah ramai nya barua DAP kat sini...

    kalau nasa pergi bergambar dgn LKY KAT SINGAPORK..TENTU PAK2 Barua ni tepuk tangan..kalu cium mulut plak akan disanjung PEJUANG YG BERANI

    JILAT JGN TAK JILAT..BONTOT CINA TUA TU..MASINNN PERKK dah nama pkrrr apa nal buattt...

    BalasPadam
  17. gambar setan yg mengelilingi Tuan Ibrahim:


    http://4.bp.blogspot.com/-iO6iHOW03i8/UE8mCOz4fyI/AAAAAAAAJAY/-I47hNjZw3Q/s1600/anwar+lks+lge+pas+setan.jpg

    BalasPadam
  18. Gambar bapak dia:
    http://1.bp.blogspot.com/_rbqlI_m1Ahg/Suf3ypoBNkI/AAAAAAAAF8E/7t5x7NPlDW4/s400/mahafootinmouthyb6.jpg

    BalasPadam
  19. aku cabar pas ug berambos keluaqr dari n pi masok umno je le

    BalasPadam
  20. pas HADI nasa pas asalll...

    passsit la gelombang babi PAS

    dok mai..di asap kemeyan ...oleh syaitan JIN katak GILAK JAWATAN

    Passsit la kena cabar tubug parti baru

    ''UPAS''

    Unta P.A.S.

    BERGABUNG U-PKR

    UNGKA pkr

    kalu umno beruk..pkr ungka la adik beradik

    ungka dan unta sesuai aaaarr jadi tonggangan apek2 semua..

    BalasPadam
  21. PAKATAN DAP VS PAKATAN MELAYU

    DAP jika berjaya menguasai negara ini kelak, berjanji akan melaksanakan dasar sama-rata seperti mana yang diamalkan oleh Republik Singapura. Tapi sayang di republik itu seorang Melayu pun tidak berada di posisi terpenting dan strategik, misalnya pertahanan dan lain-lain. Difahamkan waima juruterbang pun payah mahu dilantik. Mungkin juga orang Melayu Singapura memang tidak layak dari segi meritokrasi?

    Dasar sama-rata atau Malaysia Malaysian itu ialah matlamat paling tinggi yang telah diletakkan DAP. Mereka sedang menunggu detik-detiknya sahaja. Buku Jingga, yang dicanang oleh Anwar itu hanyalah kacang putih. DAP, sebenarnya tak peduli pun buku itu.


    ...
    JGN BIAR KAN ANWAR MATI SELEPAS DPT JADI PM...COST NYA TERLALU TINGGI..

    MELAYU2 degil mesti pastikan dia hidup selagi DAP ADA..BERTGGJAWAB BAWA BENCANA...BERTGJAWAB UTK JATUHKAN DAP SEMULA..



    BalasPadam
  22. sedikit ttg setan dan bapak setan..



    rungkaian sejarah silam..
    1997/1998.



    Pada ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohammad, sebagai Perdana Menteri Malaysia menyalahkan Soros dan memanggilnya sebagai ‘penyangak mata wang’. Beliau yang telah bekerja keras menjadikan Malaysia sebagai Harimau Asia begitu berang apabila ekonomi negara diserang sehingga hampir ‘hilang kawalan’. Beliau percaya yang ianya bukanlah sesuatu yang ‘semulajadi’ tetapi dirancang lebih awal oleh pedagang matawang seperti Soros, atau terutamanya, Soros.

    Tun Mahathir enggan menerima saranan pemulihan dari IMF bagi menyelamatkan ekonomi negara. Oleh itu, pihak barat telah menggunakan ‘senjata’ mereka yang telah lama disimpan iaitu Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan ketika itu untuk memastikan matlamat mereka meruntuhkan ekonomi Asia, terutamanya, Malaysia berjalan lancar. Ini dilaporkan secara terperinci oleh Executive Intelligence Review, dalam tajuk The Case of Malaysia. (http://www.larouchepub.com/eiw/public/2008/2008_20-29/2008-27/pdf/75-77_3526.pdf)



    Sebagai Menteri Kewangan, Anwar pun memaksa rancangan pemulihan ekonomi mengikut telunjuk IMF iaitu menaikkan kadar faedah walaupun Tun Mahathir menentangnya. Ternyata, cara ini telah menyebabkan begitu banyak perniagaan terpaksa gulung tikar kerana tidak mampu membayar pinjaman sehingga akhirnya bank juga tidak mampu bertahan kerana tiada yang mampu membayar pinjaman dan tiada siapa berani memohon pinjaman. Oleh itu, dalam masa yang singkat, ekonomi negara hampir lumpuh.

    Menyedari situasi yang semakin meruncing, Tun Mahathir pantas mengambil-alih teraju kewangan negara dan mencari pendekatan lain untuk memulihkan ekonomi. Beliau akhirnya mengambil keputusan untuk mengikat Ringgit sekali gus, menyahkan risiko diserang lagi. Dengan itu, ekonomi Malaysia dapat dipulihkan dalam masa yang singkat sedangkan negara-negara jiran terus ranap setelah menerima bantuan IMF.


    SKRG KORANG BERSYUKUR TAK ANWAR DIPECAT???

    JWB : aku pun tidak..sbb paradigma : sian anwar teraniaya..

    beranikan diri mencari paradigma baru..Apa yg Mahathir buat tu..Betulke Selamatkan kroni?? atau Menangkis Penjahanaman Total Ekonomi Asia ! dan Negara..!!

    ingat pelaksanaan IMF dah berjalan separuh.kerosakan sudah separuh. separuh lg berjaya diselamatkan...

    BalasPadam
  23. amin..ABU...

    Allah Bersama Umno.

    BalasPadam
    Balasan
    1. KENAPA YEEE

      IMF YG PAKAR KEWANGAN DUNIA'

      TIDAK MENGESYOR MATA WANG DIKAWAL DGN MENGAWAL LAMBAKAN DUIT NEGARA..(Benda yg lebih bernas)

      CONTOH MUDAH :


      1.MEMBELI SEMULA DUIT SENDIRI- Solve jugak (ini digunakan amarika pun)

      2.Membatal duit note2 besar spt 1000 buat sementara-(ini almaklum pd currency player, lg besar lg mudah manipulasi wang tsb)

      KENAPA Ekk..?

      Padam
    2. susah baiii

      ia mudah dilihat sbg anti-Anwar..

      Padam
  24. nasha muka dah le buruk,mulut buruk,perangai pun buruk....agenda ug

    BalasPadam
  25. jgn buruk hati sudah.. mcm dap tu.. lglah tersirat..tu

    BalasPadam
  26. Jgn buruk cam setan yg dikenali

    BalasPadam
  27. ok ok lah DAP SGT BAIK HATI

    BUKAN DAP YG MEMBUNUH ORG2 MELAYU MASA 13MEI... ORG HUTAN KOT...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Negara jiran kita Brunei tidak menerima sebahagian penduduknya yang berketurunan Cina sebagai warga. Orang Cina ini hanya diberikan taraf pemastautin tetap (PR).

      Sungguhpun golongan orang Cina ini sudah generasi kedua atau ketiga lahir di Brunei, mereka masih lagi PR sahaja (bermakna tidak memegang paspot Brunei).

      Brunei agak luarbiasa. Ia mempunyai sistem pemerintahan beraja di mana Sultan Brunei adalah Muslim dan Brunei ialah sebuah negara Islam yang agama rasminya Islam. Akan tetapi taburan penduduk Muslimnya sekadar 51.9 peratus sahaja, mengikut anggaran oleh Pew Research Center pada tahun 2008.

      Hampir separuh (kira-kira 48 peratus) daripada penduduk di Brunei bukan Muslim kerana mereka kaum minoriti yang berstatus ‘stateless people’.

      Kebanyakan penduduk bukan warga di Brunei adalah etnik Cina yang tidak mempunyai hak-hak penuh dan faedah yang dinikmati seorang warga biasa. –laporan tahun 2012 oleh badan hak asasi Freedom House

      Penduduk bukan warga (stateless people) tidak dibenarkan untuk memiliki tanah di Brunei. Mereka tidak mendapat rawatan kesihatan yang dibiayai penuh oleh kesultanan kaya-raya itu. Mereka tidak layak mendapat pendidikan percuma tahap pengajian tinggi. – laporan amalan hak asasi oleh Jabatan Negeri Amerika Syarikat (24 Mei 2012).

      Brunei adalah sebuah negara kecil yang jumlah penduduknya pun kecil, iaitu 390,000 orang: Melayu (67%), Cina (15%), pribumi (6%) and Lain-lain (12%).

      Jumlah stateless people 21,000 orang (5.4%) dan seperti yang disebut tadi, kebanyakan mereka Cina. Kewarganegaraan tidak diberikan secara automatik.

      Sesiapa yang ingin memohon untuk menjadi warga Brunei dikehendaki lulus ujian yang mana calon tersebut wajib menunjukkan bahawa dia memahami budaya dan bahasa Melayu.

      umno yg terlebih baik pada mca,akibatnya 'dap'nya lupa daratan...

      Padam
  28. Tapi lembu2 waksatiyah teramatlah baiknya. Suka baling2 batu, cat dan paku payung.

    BalasPadam
  29. baling batu cat??? soalan: boleh tak aku tuduh ni kerja org dalam? utk proganda...kalau zionist boleh runtuhkan twin tower dan tuduh osama bin laden yg dlm gua tu...tak hairan aku ni MUNGKIN kerja org dlm...maklumlah kawan DSAI kan org zionist...soros, wolfowiz, cater algure...

    piliharaya dah dekat ... hmmmm...mcm2 taktik...

    BalasPadam
  30. Ingat org bangang cam lembu umno.

    BalasPadam