RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Sabtu, 6 Jun 2015

TOK USIN UG CEROI BUAT LAWAK BANGANG TAPI REALISTIK !!!

Copy Paste Lawak Usin UG Ceroi dalam FB dia sat.....

Kehkehkeh...tak tahan perot tok. Tok ingat nk berehat ptg ni, tapi tok terbaca knyataan KM Penang, LGE yg cabar ksemua ahli parti tok yg pegang jwtn atas lantikan politik di p.pinang agar letak jwtn sbb utk hormati kputusan muktamar pas yg putuskan hubungan dgn Dap.

Ini semua bmula dr usul Tar Snake, yg bawa usul mlalui dewan ulamak. Lulus tanpa bahas pulak tu, kononnya sensitif. Bawa usul tak fikir sensitif, nk bahas fikir sensitif?

Yg tok rasa lucu sgt tu, walaun2 tok jd burung belatuk dlm muktamar sokong usul Tar Snake, lepas tu skrg mereka jadi mangsa kena suruh letak jawatan kat Penang.

Tar Snake? Dia tak rugi maaa....dia masih terima bantuan dari Yayasan Pondok 1 Msia....hangpa yg kena bhenti kerja maaa....kehkehkeh...bijok sungguh anak murid tok Tar Snake ni kenakan kawan2 dia....kehkehkeh...adeesss...

Khamis, 4 Jun 2015

KEPIMPINAN ULAMAK BAKAL DIHORMATI OLEH SEGENAP LAPISAN MASYARAKAT

AHLI Pas dikhabarkan mencapai jutaan orang.  Perwakilan yang hadir untuk menentukan pimpinan PAS di semua peringkat sekitar seribu orang.  Inilah sistem pemilihan yang telah lama diamalkan oleh Pas dan itulah juga sistem yang diamalkan oleh Umno iaitu sistem perwakilan, begitu juga dengan KEADILAN sebelum KEADILAN mengubah kepada sistem yang lebih demokratik iaitu sistem satu kepala satu undi. 

Muktamar Pas sedang berlangsung sekarang.  Dewan Pemuda dan Muslimat telah menyaksikan penyandang jawatan ketua dan Timbalan kecundang.  Sebentar tadi, Presiden juga turut dikekalkan oleh Hj Hadi, manakala Mat Sabu yang sebelum ini amat dipuji oleh Almarhum Tok Guru Nik Aziz turut kecundang.  Lawan Hj Hadi, Ustaz Ahmad Awang tewas manakala Ustaz Tuan Ibrahim berjaya menewaskan 'ayam sabung" Pas selama ini, Mat Sabu.  Naib-Naib Presiden sebelum ini kesemuanya tewas iaitu Husam Musa dan Salahuddin Ayob.  Ertinya, dari jumlah jutaan ahli Pas, sekitar seribu perwakilan mahukan golongan Ulamak memimpin Pas.

Selepas Muktamar ini, aku yakin tentu Pas bertambah baik dan efisyen dan lbih dihormati kerana kepimpinan Ulamak tentulah tidak sama caranya dengan orang biasa. Tentunya pimpinan baru ini nanti akan menjadi contoh kepada ahli-ahli di bawah bagaimana untuk mengurus parti dan jemaah dengan baik dan diminati rakyat.  Tentunya mereka akan lebih zuhud dan tawadhuk, penuh hikmah di dalam mentadbir parti dan menentukan parti Islam ini kelihatan amat telus, bersih dan sederhana kehidupan pemimpinnya.  Tentulah masyarakat Non Muslim lebih mendekati mereka kerana Ulamak pewaris Nabi akan menampilkan akhlak dan kebijaksanaan yang pernah ditunjukkan oleh Nabi.

Kita amat yakin, selepas ini Pas akan dapat menjadi 'leader' kepada Pakatan Rakyat kerana pimpinan Ulamak yang mewarisi perjuangan Nabi tidak akan menjatuhkan imej Ulamak itu sendiri.  Semoga tercapai cita-cita Islam yang ingin diperjuangkan, InsyaAllah.


Rabu, 3 Jun 2015

SUHAIZAN TEWAS, PAS BERSAMA PR LEBIH KUKUH?

SUHAIZAN Kayat, Ketua Pemuda PAS selesai sudah berucap sempena Muktamar Pemuda PAS semalam. Intipati penting dari anak muda yang digelar "jebon" oleh pro Ulamak ini adalah betapa pentingnya PAS kembali ke pangkuan rakyat yang ingin melihat Umno/Bn tumbang dan Kerajaan PR mengambil alih Putrajaya.  

Suhaizan ada harapan tewas kali ini kerana dikatakan perwakilan mahu golongan Ulamak memimpin Pemuda.  Tiada masalah dari segi itu, sesiapa pun boleh diangkat untuk menjadi Ketua Pemuda.  Itu hak para perwakilan.  Mereka yang menjadi perwakilan tentunya sudah berfikir ke arah mana PAS mahu dibawa.  Jika mereka mahu tokoh baru bagi menggantikan Suhaizan, tentunya tokoh baru ini lebih komited dari Suhaizan untuk memperkukuhkan PR.  Itu pun jika PAS masih berminat dengan PR.  

Setakat ini, semua pimpinan PAS dari segi zahirnya mahu terus bersama PR.  Ertinya, mereka sedar PR banyak membantu PAS di dalam memperluaskan pengaruhnya.  Tentulah tidak bermaruah jika mulut berkata mahu bersama PR tetapi di hati pula lebih senang dengan Umno/Bn.  Mustahil PAS bersikap sedemikian jika dilihat dari dasar parti Islam tersebut.  

Kalau Suhaizan tewas, adakah PAS bertambah kukuh di dalam PR?  Itu persoalannya.  Jika dirasakan PAS akan terus longgar bersama PR jika tokoh baru menggantikan Suhaizan diangkat, perlu apa Suhaizan digugurkan?  Melainkan jika memang PAS mahu dilihat sedemikian.

Sabtu, 30 Mei 2015

KUBU NAN YAAKOB DIGEMPUR MALAM INI

KEADILAN Cabang Bentong terus melangkah berani bagi memperluaskan lagi pengaruh dan sokongan rakyat terhadap parti reformasi ini.  Kali ini cabaran diterima oleh KEADILAN apabila di kawasan kubu kuat Umno di Pahang iaitu di kawasan MB Pahang, Dun Pelangai, Bentong akan diwujudkan Ranting KEADILAN di bawah Cabang Bentong.

Petang nanti, Sabtu (30 Mei 2015) jam 03.00 petang bertempat di Pekan Kecil Spg Pelangai (bersebelahan Pej Umno Spg  Pelangai) akan diresmikan Pejabat Ranting KEADILAN Spg Pelangai yang akan disempurnakan oleh Presiden KEADILAN, DS Wan Azizah Wan Ismail.  

Pada sebelah malam, jam 09.00 malam ini pula akan diadakan Ceramah Mega bertempat di Dataran Pakatan Rakyat di Pekan Kecil Spg Pelangai berhampiran pejabat ranting.  Penceramah yang akan tampil malam ini adalah;

1.  YB Nurul Izzah Anwar (Naib Presiden/MP Lembah Pantai)
2.  YB Dato' Fauzi Abdul Rahman (Pengerusi MPN Pahang/MP Indera Mahkota)
3.  YB Tengku Zulpuri (Pengerusi DAP Pahang/Adun Mentakab)
4.  Us Tuan Hj  Jusoh  Darus (Wakil Pimpinan PAS Pahang)
5.  Sdr Badrul Hisham Shahrin @ Chegu Bard (Penyelaras SAMM)

Orang ramai dijemput hadir beramai-ramai untuk mendengar berbagai isu yang melanda negara ini.

Selasa, 26 Mei 2015

HEBAT STRATEGI POLITIK UMNO GUNAKAN HUDUD, KITA PUN TIDAK RUGI, KAN?

AKU ingin merujuk kepada laporan yang dikeluarkan oleh Harakahdaily.net di bawah ini.  Memang amat mendukacitakan kita semua jika benar seperti yang disebut oleh Pensyarah ini di hadapan orang kuat PAS yang memperjuangkan Hudud, Ustaz Mokhtar Senik.

Mungkin masih ada rasa 'bersangka baik' dengan Umno.  Namun, samada benar Umno ikhlas atau sekali lagi kita dikencing, hakikatnya Umno berjaya pecahkan Pakatan hanya bermodalkan "Hudud".  Selepas ini, bagi Umno tidak penting lagi kerana jelas sekarang Pakatan sudah tidak bersatu.  Ini lebih utama dari Hudud bagi Umno.  Awal lagi aku sebut, Umno Kelantan memang tunjuk ikhlas menyokong Hudud sampai menangis-menangis di dalam Dun Kelantan sebab mereka tahu menangis air mata darah sekalipun yang berkuasa melaksanakan Hudud ini adalah Kerajaan Pusat, parti induk mereka juga.

Jika benarlah Umno Kelantan itu ikhlas mahu Hudud tetapi gagal dibawa masuk ke Parlimen, Umno Kelantan masih mampu tersenyum kerana Pakatan tidak lagi seperti dahulu.  Mereka sudah terbayang peluang baik mereka di Kelantan pada PRU 14 nanti.  Lojik akal, di dalam keadaan Pakatan kukuh pun, Umno Kelantan berjaya rampas 6 Kerusi Dun dari Pas, tentulah di waktu Pakatan sedang 'berbalah' di dalam soal Hudud, peluang Umno terbuka luas.  Siapa yang rugi?  Tiada siapa yang rugi kerana kemenangan itu tidak penting.  Redha Allah itu penting.

-----------------------------------------------------------------------------------

Petikan: Harakahdaily.net

Biarpun sudah diwujudkan Jawatankuasa Teknikal Undang-undang Jenayah Syariah peringkat Persekutuan, namun Umno dan Kerajaan Pusat dilihat masih berdolak-dalik.

Malah kemungkinan tidak dapat ditolak Umno akan kembali serius membincangkan pelaksanaan Kanun Jenayah Syariah (KJS) di Kelantan apabila tiba kempen Pilihan raya Umum ke-14.

Sedangkan pada 28 Mac tahun lepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Bahrom memberitahu di Dewan Rakyat, sekiranya kerajaan Kelantan bersedia melaksanakan hukum hudud, kerajaan Pusat turut bersama-sama.

“Terpulang kepada ahli-ahli Yang Berhormat untuk membawa usul persendirian bagi membentang Rang Undang-Undang daripada ahli yang bukan ahli kerajaan di Dewan Rakyat,” kata Jamil Khir ketika menggulung perbahasan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong.


 
 
Pensyarah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias), Dr Azhar Abdullah berkata sehingga sekarang tidak kelihatan keazaman yang kuat daripada Umno untuk memastikan KJS dapat dilaksanakan di Kelantan.

“Kita tahu Umno tidak ikhlas untuk memastikan perundangan tersebut benar-benar dapat dilaksanakan di negeri ini,” katanya pada penerangan KJS dan GST di Kampung Kasar malam tadi.

Hadir sama Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Dr Khairuddin Aman Razali, Ketua Dewan Ulama PAS Pahang, Mokhtar Senik dan Yang Dipertua PAS Pasir Mas, Datuk Hanifa Ahmad.

Dr Azhar berkata ketidaksungguhan Umno juga dapat dilihat apabila sehingga sekarang gagal membentangkan pindaan Akta 355 di Parlimen.

Sedang difahamkan pada 15 Disember 2014 Mesyuarat Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersetuju supaya pindaan di buat ke atas Akta 355.

Selain itu usul persendirian bagi membolehkan KJS dilaksanakan di Kelantan, yang dibawa anggota parlimen Marang, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada sesi lepas tidak mendapat kebenaran parlimen.

“Saya percaya Umno akan perap usul persendirian tersebut sehingga PRU ke-14. Kalau lulus pun mungkin pada peringkat bacaan pertama, selepas itu kerajaan pusat akan menangguh sekali lagi untuk membolehkan kajian dilakukan kabinet,” katanya. - HARAKAHDAILY 25/5/2015

Khamis, 21 Mei 2015

ISU UG MULA BERKUMANDANG - SIAPA BERBOHONG?

TUAN Guru Hj Hadi menyatakan cadangan UG (Kerajaan Perpaduan) dulu telah dipersetujui oleh DS Anwar selaku Ketua Pembangkang dan juga Almarhum Tok Guru Nik Aziz selaku Mursyidul Am PAS waktu itu.

Tidak sampai 48 jam, kenyataan Hj Hadi itu telah dinafikan oleh Setiausaha Agong yg juga Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli kemudiannya ditegaskan semula oleh Presiden KEADILAN, DS Dr Wan Azizah.  Anwar tidak dapat menjawab waktu ini kerana beliau berada di penjara.  Almarhum Tok Guru Nik Aziz juga begitu kerana Almarhum telah tiada lagi bersama kita.

Namun, semua tahu yang ditentang keras sewaktu hayat Almarhum masih ada ialah UG.  Kita boleh dapatkan banyak kenyataan dari Almarhum berkaitan UG ini di dalam klip video di Youtube.  Begitu juga, kita semua tahu yang ingin dicadangkan oleh Anwar bukan UG tetapi Konsensus Nasional (KN) yang samasekali jauh berbeza dengan UG.  

Ertinya, belum dipastikan adakah Hj Hadi tersilap di dalam kenyataannya kerana Anwar tidak boleh menjawab, mustahil Almarhum juga boleh mengesahkannya.  Namun kita boleh merujuk kepada kenyataan kedua-dua tokoh ini iaitu Anwar dan Almarhum Tok Guru melalui klip-klip video yang mudah kita perolehi melalui Youtube.
 
Apapun, sewajarnya isu UG ini tidak bijak sekali ditimbulkan kembali.  Melalui Muktamar PAS terdahulu juga sering Presiden PAS sebut isu UG tidak lagi berbangkit.  Kita faham Hj Hadi ditanya tentang isu UG ini di dalam wawancara tersebut, tetapi sebijaknya Hj Hadi patut komen rengkas dengan menyebut bahawa PAS telah menutup isu UG ini, tanpa beliau ulas panjang lebar dan kenyataannya itu pula kini menjadi kontroversi.
 
 


Selasa, 19 Mei 2015

PERWAKILAN TAHU ATAU TIDAK MENGAPA US AHMAD AWANG PERLU BERTANDING PRESIDEN?

HUSAM Musa akhirnya mengumumkan hanya bertanding untuk mengekalkan jawatan Naib Presiden PAS sahaja.  Satu keputusan yang bijak walaupun beliau mendapat pencalonan tertinggi selepas Presiden PAS sekarang, Haji Hadi.  Ini membuka ruang dan peluang kepada Us Ahmad Awang, bekas YDP Persatuan Ulamak Malaysia dan Ketua Ulamak Sedunia Cawangan Malaysia.  

Aku berpendapat Hj Hadi akan terus dikekalkan oleh perwakilan sebagai Presiden di dalam Muktamar PAS yang akan diadakan pada Jun ini.  Walaupun saingan memang sengit dari Us Ahmad Awang tetapi atas faktor 'status quo" amat janggal jika Presiden ditentang.  Tetapi sejarah PAS pernah menunjukkan atas beberapa faktor Presiden akan ditentang mahupun ditekan untuk meninggalkan jawatan itu.

Apakah sudah cukup faktor untuk menukarkan Hj Hadi?  Perwakilan PAS bakal menentukan dan kempen di saat-saat akhir oleh Us Ahmad Awang nampaknya memungkinkan beliau tipis untuk menang.  Ramai perwakilan yang tidak mengerti mengapa perlu Us Ahmad Awang bertanding.  Mereka lebih banyak tahu mengapa Hj Hadi perlu dikekalkan.

Mungkin jika ada yang menyokong Us Ahmad Awang pun mereka adalah terdiri dari golongan yang banyak membaca maklumat dari berbagai sumber dan yang peka terhadap situasi politik semasa terutamanya tentang perkembangan PAS.  Mereka ini mungkin telah membuat analisa kenapa PAS menjadi separah ini.  Apakah kerana Presiden itu Ulamak?  Dahulu pun golongan Ulamak memimpin PAS, tetapi PAS mantap.  Dahulu pun Hj Hadi Presiden PAS tetapi tidak berlaku masalah seperti sekarang.  Mengapa?  Mengapa selepas pemergian Almarhum Tok Guru Nik Aziz PAS sudah berbeza?  Adakah perbezaan itu memperkuatkan parti islam ini atau sebaliknya?  Ini yang difikirkan oleh perwakilan yang mungkin boleh mengubah posisi Presiden sekarang.

Manakala bagi yang mengundi untuk mengekalkan Hj Hadi, mereka tentunya berpendapat tiada sebab untuk turunkan Ahli Parlimen Marang ini dari Kerusi Presiden PAS.  Apa silap Hj Hadi?  Apakah pemimpin ini telah melakukan rasuah, penyelewengan mahu pun salah laku sehingga patut diturunkan?  Ini sama seperti Hj Hadi pernah katakan mengapa TSKI perlu diturunkan sebagai MB Selangor.  TSKI tidak rasuah.  TSKI tidak melakukan perkara-perkara yang menyalahi syarak.  Tidak Syarie untuk menurunkan TSKI.  Atas faktor ini juga menyebabkan perwakilan mungkin akan mengekalkan Hj Hadi.

Aku masih tetap dengan keyakinan aku Hj Hadi akan mengekalkan jawatannya sebagai Presiden.  Apatah lagi media kawalan Umno nampaknya bermurah hati membantu kempen untuk beliau.  Umno tentunya berminat agar Hj Hadi kekal sebagai Presiden, mungkin untuk memudahkan kerjasama di antara Umno dan PAS di dalam merealisasikan Hudud di negara ini.  Satu perkembangan yang menarik.


MAHATHIR VS NAJIB - MAHU SOKONG SIAPA?

NAJIB hentam Mahathir. Mahathir hentam Najib. Mahathir pernah menzalimi Anwar. Najib pula meneruskan kezaliman Mahathir. Ertinya, kedua2nya musuh kpd penyokong2 Anwar.

Apabila kedua2 musuh ini bertumbuk, Kita nak tolong siapa?

Ada yg kata, elok tolong Najib dulu, kita belasah Mahathir. Bila Mahathir dah terduduk, kita belasah Najib pulak. Ada yg kata kena tolong Mahathir dulu, bila Najib dan terduduk senang kita ganti.

Eh, betul ke bila Najib dah terduduk kita boleh ganti? Tak mungkin semudah itu. Kalau Najib dah terduduk, ertinya Mahathir berjaya. Mahathir mahu ke kita ganti tempat Najib? Mustahil.

Paling bijak, kita lagakan kedua2 kepala mereka biar sama2 terduduk....lepas tu pandai2 la nak hidup.....

Selasa, 12 Mei 2015

ISU TABUNG HAJI - WARGA TENTERA TURUT GELISAH

APA yg berlaku kpd Tabung Haji amat mendukacitakan. Ramai dikalangan warga tentera yg telah mencarum di dalam Tabung Haji semenjak mereka di Pusat Latihan Asas Tentera lagi merasa kesal kerana wang simpanan mereka telah digunakan sewenang-wenangnya untuk menyelamatkan satu syatikat yg rugi besar seperti 1MDB.

Apa perlunya Tabung Haji membeli tanah yg jauh lebih mahal dari yg sepatutnya dari 1MDB, walhal Tabung Haji milik Kerajaan dan mereka boleh membeli tanah dari kerajaan sendiri dengan harga yg lebih murah.
Mengapa 1MDB, sebuah syarikat yg bermasalah dengan hutang RM42 Bilion itu menjual dengan harga yg begitu tinggi sedangkan mereka membelinya dari kerajaan sebelum ini dengan harga jauh lebih murah? Sepatutnya, syarikat yg boleh dikatakan amat tenat itu menjual tanah mereka dengan lelongan saja kerana mereka amat terdesak untuk membayar hutang yg semakin bertambah faedahnya.

Siasatan harus dijalankan segera ke atas urusan jual beli yang 'pelik' ini kerana Tabung Haji adalah pemegang amanah kpd pencarum2. Kami mahu urusan selanjutnya selepas ini dimaklumkan tanpa berahsia lagi. Pencarum berhak tahu untuk apakah duit mereka digunakan.

Sabtu, 9 Mei 2015

KEBIJAKSANAAN PENYOKONG-PENYOKONG PAS DI PERMATANG PAUH WAJAR DIPUJI

AZIZAH akhirnya menang di Permatang Pauh dengam majoriti menghampiri 10K juga.  Calon yang menentang Kak Wan adalah seorang lelaki, kontraktor muda berjawatan Setiausaha Umno Bahagian Permatang Pauh.  Lojik di atas kertas, tentulah tokoh muda ini boleh menang mudah apatah lagi dibantu oleh segala jentera kerajaan termasuk media kawalan Umno.

Kak Wan sedar dia bakal menghadapi kesukaran di Permatang Pauh bukan kerana Umno kuat di situ tetapi terdapat sedikit masalah persefahaman di dalam PR di Permatang Pauh.  Awal-awal lagi Ketua Pemuda PAS P.Pinang, Yusni Piah telah memberikan amaran dan 'ugutan' kepada KEADILAN yang bertanding.  Walaupun isu tersebut telah lama, peliknya sengaja diungkit sewaktu menjelang PRK Permatang Pauh.  Mengapa tidak cuba ditimbulkan lebih awal?  

Apakah benar kritikan dari AMK P.Pinang kepada Presiden PAS itu boleh dianggap menghina?  Apakah selama ini PAS tidak pernah mengkritik KEADILAN atau Ketua Umum mahu pun Presiden?  Bolehkah kita anggap PAS menghina?  Presiden PAS pernah menjaja ke merata-rata tempat memberitahu Kak Wan tidak layak sebagai MB Selangor.  Beliau juga pernah menuduh calon-calon dari KEADILAN terlibat dengan mengedar pil kuda tetapi sehingga kini gagal dibuktikan.  Kes tersebut dibawa ke mahkamah dan Hj Hadi menang kes bukan kerana beliau tidak melakukan 'fitnah' tetapi beliau menang kes kerana beliau tidak sebut nama siapa pengedar pil kuda itu.  KEADILAN tidak pernah meletakkan syarat agar PAS memohon maaf sewaktu kempen PRK di Dun Pengkalan Kubur, Dun Chempaka dan juga di Rompin baru-baru ini.

Aku tidak menyalahkan PAS kesemuanya kerana PAS Pusat secara resmi menyokong calon KEADILAN di Permatang Pauh seperti juga KEADILAN menyokong calon-calon PAS di PRK kawasan-kawasan tersebut.  Aku hanya terkilan di atas sikap beberapa pimpinan yang hanya mementingkan diri dan masih ada perasaan dendam kesumat.  Dukacita sekali, sikap ini ada pada pimpinan sebuah parti Islam.  

Alhamdulillah, PAS Pusat tidak jumud dan tidak termakan provokasi yang dibuat oleh beberapa ahli mereka di Permatang Pauh.  Kenyataan Naib Presiden PAS yang juga Ahli Majlis Syura PAS, Datuk Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man yang dengan tegas menyebut PAS menyokong Kak Wan di Permatang Pauh kerana KEADILAN bukan menolak Hudud seperti yang disalahertikan oleh beberapa pihak.  Dalam kenyataan resmi KEADILAN sendiri jelas menyebut KEADILAN tidak menolak hukum Allah ini tetapi KEADILAN mempunyai perbezaan pendapat dari segi uslub dan keutamaan tindakan.  
 
Apabila kesemuanya ini berjaya kita jelaskan di Permatang Pauh, Alhamdulillah, kekeliruan dapat diselesaikan dan mereka terutamanya para penyokong PAS di Permatang Pauh menyedari bahawa tindakan beberapa pihak yang sengaja ingin mencetuskan kontroversi bagi memudahkan kerja Umno di Permatang Pauh akhrnya gagal.  Di Permatang Pasir, kubu kuat penyokong PAS terbukti solid menyokong KEADILAN dan PR.  Ertinya, provokasi mereka yang masih memainkan isu hudud tidak berjaya.  Mereka sedar hukum Allah ini tidak boleh 'dijual' untuk menjayakan dendam kesumat mereka.
 
Tahniah Kak Wan, tahniah semua jentera PR yang bertungkus lumus di Permatang Pauh.  Pengalaman di PRK Rompin dan Permatang Pauh sudah cukup untuk mengajar kita betapa PR harus diperkuatkan lagi dan tiada parti yang boleh menjatuhkan Umno/Bn secara bersendirian.  
 

Ahad, 3 Mei 2015

PERMATANG PAUH DAN ROMPIN, UMNO KELIRU BAGAIMANA MAHU BERKEMPEN

BERCELARU.  Sungguh bercelaru Umno mahu berkempen untuk hadapi KEADILAN di Permatang Pauh dan PAS di Rompin.  Mana satu Umno mahu angkat untuk dijadikan isu?  Pokoknya isu GST tetap berkesan untuk meranapkan Umno.

Umno mahu main isu Hudud.  Di mana tempatnya?  Di Permatang Pauh?  Atau di Rompin?  Umno mahu sebut KEADILAN menolak Hudud untuk kempen mereka di Rompin?  Pertamanya, mana fakta KEADILAN menolak Hudud?  Kedua, apa pendirian Umno tentang Hudud?  Ketiga, Apakah Umno sedar MCA dan Gerakan paling kuat menolask Hudud bahkan sanggup tinggalkan Bn jika Umno terima Hudud.  Adakah Umno bersedia untuk berpura-pura kali ini?

Di Rompin, Umno langsung tidak boleh main isu Hudud sebab khabarnya Umno sudah bersetuju dengan Hudud.  PAS pun tidak bijak jika mahu bermain dengan isu Hudud di Rompin kerana isu yang paling berkesan di Rompin waktu ini adalah isu Felda dan GST.  Isu hak kaum Orang Asal juga amat penting di Rompin.  Jika PAS lebih menekankan isu Hudud lebih ke hadapan dari isu-isu ini, langkah PAS amat silap kerana tidak meletakkan sesuatu kena pada tempatnya.

Akhirnya, Umno mengumpan RM4 Juta di Permatang Pauh dan Uniform baru untuk RELA di Rompin.  Ini yang ditawarkan oleh Zahid Hamidi.  Terpulanglah kepada para pengundi di dua kawasan ini samada sanggup terima Umno lagi atau tidak.  Permatang Pauh tradisinya memang kenal siapa itu Umno dulu, kini dan selamanya.  Di Rompin, harap mereka boleh kenal Umno sekarang.