RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Ahad, 10 Oktober 2010

MEDIA LAGAKAN AZMIN - NURUL IZZAH, ZAID TETAP TIDAK SETUJU BOIKOT MEDIA

Manipulasi Fakta, 'Pelacuran' Media Makin Keterlaluan

SHAH ALAM 9 OKT: Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail mendapati media arus perdana semakin keterlaluan dalam memanipulasi kenyataan dan memutar belit fakta bagi memburuk-burukkan imej pimpinan Pakatan Rakyat di mata masyarakat.

Secara sinis, Azan ketika bercakap kepada TV Selangor, berkata media sedemikian yang senantiasa dikawal kerajaan sudah mencapai tahap maksimum dalam memanipulasi dan memutar belit kenyataan pemimpin pembangkang

"Saya rasa media kerajaan sudah sampai ke tahap yang orang kata maksimum. Cara manipulasi berita sampai ke tahap maksimum. Selepas ini tiada lagi kaedah untuk tahap manipulasi yang lebih tinggi," kata beliau ketika ditemui TV Selangor hari ini.

Akhbar seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian dan saluran TV arus perdana seperti RTM, TV3 dan Astro Awani saban minggu cuba menerbitkan laporan yang menimbulkan kemarahan kalangan pemimpin Pakatan Rakyat.

Terbaru, calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali menjadi mangsa apabila kenyataannya diputar belit portal MStar yang cuba melaga-lagakan beliau dengan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Bagi Azan, beliau langsung tidak hairan kerana bagi beliau inilah cara kerja media arus perdana yang secara terang-terangan melanggar prinsip media dan etika kewartawanan.

"Ini kerja mereka, tak pernah berubah. Sehingga beberapa isu yang sepatutnya dilihat mengutamakan nilai kewartawanan itu sendiri sudahpun digadai."

"Tugas induk dia, iaitu menjatuhkan pembangkang ataupun menghina dan mengaibkan seseiapa saja yang menentang kerajaan dan Barisan Nasional,” katanya.

Azan turut membuat taakulan bahawa media arus perdana akan terus meningkatkan 'serangan' sempena pilihan raya kecil DUN Galas tidak lama lagi.

"Mereka dah lama lacurkan entiti dan etika kewartawanan dan media.

"Kita lihat beberapa hari lagi tentang insiden atau calon pilihan raya kecil Galas, dan mereka akan guna semua kekuatan media sebaik mungkin,” katanya lagi./TVSelangor

4 ulasan:

  1. kalau media pro umno yang lakukan,kita tak berapa heran,tetapi kalau peranan ini ditokok tambah olih blogger pro pakatan,ia tentu paling membimbangkan

    BalasPadam
  2. kalau cerita ditokok tambah oleh blogger pro pakatan......sahlah bloger ini berjiwa ezam sanatak .....cari makan bro......

    kah kah kah kah kah kah ...

    BalasPadam
  3. jangan percaya kepada semua pemimpin yg suka pergi ke media urus perdana, termasuk zaid

    BalasPadam
  4. http://selamatkanpkr.blogspot.com/

    JIKA MURSYIDUL AM PAS BOLEH MENGHENTAM DR SYED HUSIN ALI MAKA APA LAGILAH DATUK ZAID!

    Di dalam kenyataan medianya pada 24 September 2010 bertajuk “A Celebration of Democracy”, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menghentam Datuk Zaid Ibrahim dengan menyebut dua perkara:
    1. “The run up to the party elections has seen some very harsh words coming from certain leaders in a fashion not befitting the position that they aspire to be in.”
    2. “In this regard, the criticism that there is an emergence of “UMNO Culture” in the campaign for party positions is unfounded. At the same time, we cannot rule out entirely the possibility of Trojan horses having found their way in.”

    Di dalam artikel ini kami hanya akan mengulas hentaman Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pertama sahaja yang merujuk kepada kenyataan Datuk Zaid Ibrahim di dalam portal Free Malaysia Today pada 23 September 2010 bertajuk “Syed Husin Sudah Nyanyuk – Zaid”……………….

    Kenyataan Datuk Zaid Ibrahim di dalam portal Free Malaysia Today pada 23 September 2010 ini pula adalah sebagai maklum balas kepada kenyataan Dr Syed Husin Ali di dalam portal Merdeka Review………….

    Kami mengakui bahawa perkataan “nyanyuk” atau “nyanyu” adalah sedikit kasar untuk ditujukan ke atas seorang pemimpin veteran yang berjasa seperti Dr Syed Husin Ali.

    Dalam masa yang sama, kami juga menyedari dan menghormati hak Datuk Zaid Ibrahim untuk menyebut perkataan demikian ke atas Dr Syed Husin Ali.

    Apa yang lebih penting di sini adalah sikap Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Umum kepada PKR yang sepatutnya bersikap adil di dalam hal ini.

    Jika Datuk Seri Anwar Ibrahim benar-benar seorang yang adil, selain menghentam Datuk Zaid Ibrahim, beliau juga perlu menghentam atau mengingatkan Dr Syed Husin Ali di atas hentamannya ke atas Datuk Zaid Ibrahim, barulah adil namanya.

    Jika Datuk Seri Anwar Ibrahim benar-benar membaca dan memahami kandungan al-Qur’an, beliau tentu tahu dengan Ayat 194 Surah al-Baqarah yang bererti: “Dan tiap-tiap perkara yang dihormati itu (jika dicabuli), ada balasannya yang seimbang. Oleh itu, sesiapa yang melakukan pencerobohan terhadap kamu maka balaslah pencerobohannya itu seimbang dengan pencerobohan yang dilakukannya kepada kamu.”

    Berdasarkan kepada Ayat 194 Surah al-Baqarah ini maka apabila Dr Syed Husin Ali terlebih dahulu menghentam Datuk Zaid Ibrahim dengan secara terbuka maka memang wajarlah untuk Datuk Zaid Ibrahim menghentam Dr Syed Husin Ali dengan secara terbuka juga.

    Selanjutnya, apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim terlebih dahulu menghentam Datuk Zaid Ibrahim dengan secara terbuka maka tidaklah menjadi kesalahan lagi untuk Datuk Zaid Ibrahim menghentam Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan secara terbuka juga selepas ini.

    Dalam pada itu, apa sangatlah perkataan “nyanyuk” atau “nyanyu” ke atas Dr Syed Husin Ali itu berbanding dengan hentaman lebih teruk Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, ke atasnya menjelang Pilihan Raya Umum 2004 dahulu?

    Jika Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tanpa mendapat sebarang provokasi pun, boleh menghentam Dr Syed Husin Ali maka lebih-lebih lagilah Datuk Zaid Ibrahim, yang terlebih dahulu mendapat provokasi dari Dr Syed Husin Ali, boleh menghentam Dr Syed Husin Ali!

    BalasPadam