RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Rabu, 22 Disember 2010

1 MALAYSIA CIPTAAN NAJIB ? MENGAPA NAJIB TAKUT UNTUK BERDEBAT?

Penafian konsep 1Malaysia tidak ciplak idea 1Israel tidak bermakna apa-apa selagi Perdana Menteri Najib Abdul Razak terus mengelak dari mencabar kesahihan dokumen perjanjian Apco-Israel dan Apco-Malaysia di arena awam.

Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata keengganan Najib satu-lawan-satu dengan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat hanya membuktikan bahawa ada kebenaran di sebalik dakwaan Pakatan Rakyat.

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata beliau terluka dengan dakwaan yang mengatakan konsep 1Malaysia diciplak dari konsep One Israel.

Beliau mendakwa 1Malaysia dan slogan Rakyat Didahulukan adalah ciptaannya sendiri.

Najib bagaimanapun tidak menjelaskan kesamaan kempen antara dua konsep itu. Klinik 1Malaysia diperkenalkan sepertimana One Israel membawa mesej akses kesihatan menyeluruh, manakala slogan Rakyat Didahulukan secara kebetulannya sama dengan tema "People First" yang menjadi slogan One Israel.

"Dokumen yang dibawa Anwar menunjukkan bahawa Apco yang sama, orang yang sama yang mewujudkan 1Israel itu ialah orang yang berada dalam pentadbiran Apco itu sendiri, dan dibayar RM70 juta oleh Kerajaan Malaysia," kata Abdullah Sani.

Dua individu, Paul Stadlen, yang mengepalai Apco Kuala Lumpur memeterai perjanjian bersama Kerajaan Malaysia melalui syarikat berjenama tempatan, Mind Teams Sdn Bhd.

Antara pengarahnya adalah Margery Kraus yang mempunyai keterlibatan langsung dengan akaun Apco di Israel.

Perjanjian ini dimeterai Setiausaha Akhbar kepada Najib, Tengku Shariffudin Tengku Ahmad pada 14 Ogos 2009, sebelum konsep 1Malaysia diperkenalkan.

"Penafian RM70 juta, dokumen-dokumen penting, perjanjian dengan syarikat yang didominasi oleh Yahudi-Israel harus dibuktikan. kalau setakat menafikan, itu sekadar retorik," katanya.

Anwar mendakwa salah satu rakan niaga Apco adalah syarikat Asero Worldwide, yang dipimpin oleh Penasihat Apco, Major Jeneral Bersara Doron Bergerbest-Eilon.

Eilon adalah pegawai kanan Shin Bet, yang bertanggungjawab dalam pembunuhan pemimpin Hamas antaranya Nizar Rayan dan Said Siyam.

Nizar dibunuh di Gaza bersama-sama isteri dan 11 anaknya di rumah mereka dalam satu serangan jet pejuang Israel.

(TVSnews)

2 ulasan:

  1. bila la pulak nicky ajis nak terangkan pasal ISRAEL for ALL = PAS for ALL..

    bukan setakat slogan je sama, tp ciri2 logo pun hampir sama..

    ni sape ciplak sape ni?

    BalasPadam
  2. PAS ada bayar RM70 juta ke nak guna slogan tu? Itu isu sebenar nya.. adoi la.

    BalasPadam