TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

CERAMAH DI MENTAKAB

CERAMAH DI MENTAKAB

Sabtu, 25 Disember 2010

SEDIKIT PASAL BOLA MALAM ESOK (AHAD 8 MLM)

Oleh: WFAUZDIN NS

CERITA sikit pasal bola. Malam esok Ahad jam 8 Mlm, Malaysia akan bertemu Indon di dalam kejohanan Piala AFF Suzuki di Stadium Bukit Jalil. Pertandingan akhir malam ini menjanjikan perlawanan yang sengit di mana pasukan kita mesti menang dengan jaringan sekurang-kurangnya 2 - 0 agar dapat memberi keselesaan ketika berkunjung ke Indonesia nanti.

Saya yakin dengan Penyerang kita seperti Safie Sali dan juga Norshahrul Idlan Talha. Bahagian tengah saya mengharapkan agar Amri Yahyah dapat dimasukkan lebih awal kerana pemain ini terkenal dengan kerajinan dan creatifnya di pintu gol bagi membantu jentera serangan. Pemain sayap, Kuna memang patut diberi pujian sepanjang beliau mewakili Skuad Kebangsaan dan pemain ini mempunyai sifat berani mencuba dengan skilnya yang baik.

Di depan pintu gol, Penjaga Gawang utama kita tidak boleh dipertikaikan. Khairul Fahmi setakat ini telah menunjukkan kecemerlangannya. Sehingga kini, saya mempunyai anggapan bahawa kubu kita banyak diselamatkan hanyalah kerana kita mempunyai Penjaga Gol yang terbaik.

Paling merisaukan, di bahagian Pertahanan. Skuad Kebangsaan masih gagal mencari pemain Pertahanan yang baik. Rata-rata pemain di bahagian ini masih muda dan kurang pengalaman. Mungkin kekurangan pengalaman tidak lagi boleh dijadikan alasan kerana Norshahrul Idlan juga kurang pengalaman tetapi tetap berbisa. Saya merasakan Jurulatih Skuad Kebangsaan, Rajagopal masih gagal mencari pemain pertahanan yang mantap. Ketika menentang Indon nanti, di bahagian Pertahanan ini lah yang amat merisaukan kita.

Pemain Pertahanan masih tidak teratur dan kurang persefahaman. Mereka kelihatan mudah tertekan dan gelabah apabila diserang. Sepakan `clearance' kadangkala menuju ke pintu gawang sendiri. Kawalan rapi ke atas penyerang pihak lawan sering gagal dilakukan.

Mudah-mudahan Rajagopal menyedari kelemahan ini. Kita tidak mahu dimalukan di gelanggang sendiri sepertimana kita tewas 1 - 5 kepada Indon sebelum ini. Selamat Berjuang, Malaysiaku./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terdapat ralat dalam alat ini