RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Selasa, 21 Disember 2010

Lim Guan Eng menyaman Utusan Malaysia

| Dec 20, 2010

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng akan mengeluarkan saman malu ke atas Utusan Malaysia kerana mengeluarkan fitnah dan tohmahan ke atasnya dalam laporan muka depan dan rencananya hari ini. Dalam rencana di Utusan, banyak fitnah dibuat atas KM Pulau Pinang seperti tidak benarkan Perarakan Maulud, tidak benarkan Pasar Ramadan di Komtar bila ia terus berjalan dan juga bahawa telah robohkan kampung-kampung Melayu bila tidak ada sebuah kampung diroboh oleh baik KM ataupun kerajaan negeri Pulau Pinang.

Oleh kerana Utusan tidak memberikan hak jawab kepada Ketua Menteri, maka tidak ada pilihan lain kecuali untuk buat saman malu di mahkamah untuk dapat balik kebenaran dan keadilan. Kes saman malu ini akan diuruskan oleh peguam Karpal Singh & co.

Jelas sekali Utusan dan setengah pemimpin BN akan menggunakan isu 3R (Race, Religion, Raja) untuk membohongi rakyat bahawa DAP dan Ketua Menteri adalah anti-Melayu, anti-Islam dan anti-Raja. Kumpulan yang berniat jahat ini tidak dapat memberikan sebarang bukti tetapi mereka akan tetap dengan agenda bahawa DAP anti-Melayu, anti-Islam dan anti-raja untuk menjatuhkan DAP dan PR.

Jelas Konvensyen PR kedua semalam begitu berjaya sehingga Utusan dan pemimpin BN menggunakan sekali lagi senjata fitnah untuk cuba sabotaj dan menjejaskan kejayaan Konvensyen PR ini, khususnya kejayaan Program 100 Hari yang memberikan faedah kepada rakyat bila PR berkuasa.

*Kenyataan media oleh Cheong Yin Fan selaku Setiausaha Akhbar kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan