RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Sabtu, 25 Disember 2010

SIAPA TIDAK KENAL SPR ?

Oleh: WFAUZDIN NS

SIAPA tidak kenal SPR? Siapa yang tidak kenal SPR, maka tergolong dalam golongan yang tidak kenal kepada ketidakadilan. "Tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh 22 dan 30 Januari depan iaitu hari cuti sebagai tarikh penamaan dan pengundian bagi PRK Dun Tenang, jelas memperlihatkan sikap 'double standard' suruhanjaya itu."(Us Nasha - Harakahdaily).

PRK Galas 4 November lalu, pengundian dibuat pada hari bukan cuti umum sehingga memaksa kerajaan negeri Kelantan pada waktu itu mengumumkan tarikh itu sebagai cuti peristiwa. Apabila berdepan PRK di kerusi yang dikuasai Pakatan Rakyat, SPR dilihat cenderung mengadakan proses penamaan dan pengundian pada hari bekerja, sedangkan apabila di kerusi BN, tindakan sebaliknya dilakukan SPR.

Di sini, kita lebih kenal dengan SPR. Namun di sebalik ketidakadilan yang sering dilakukan oleh SPR, kita masih beruntung kerana tetap mendapat sokongan rakyat sehinggakan banyak kerusi yang telah kita menangi. Bayangkan jika SPR ini mampu melaksanakan peranannya secara profesional dan tidak berlagak sebagai parti komponen Bn. Kita boleh menjamin, sekiranya SPR boleh berlaku adil dan melaksanakan peraturan Pilihanraya tanpa memihak kepada sesiapa, sudah lama PR menguasai Putrajaya.

Di dalam PRK Dun Tenang ini nanti, mahu tidak mahu PR terpaksa hadapi walau sebangsat mana sekalipun SPR itu. Rekod perkhidmatan SPR sejak dari dahulu lagi tidak pernah bertambah baik walaupun silih berganti bosnya bertukar. Alasan SPR apabila kita mengkritiknya, SPR akan berkata pihaknya teramat adil sehinggakan parti pembangkang boleh menguasai beberapa negeri sekarang ini. Itu alasan paling bodoh yang selalu kita dengar. Adakah sebelum kita menguasai beberapa negeri, ini bererti SPR tidak berlaku adil?

Hakikatnya gelombang kebangkitan rakyat yang terlalu kuat tidak mampu dibendung oleh SPR untuk membantu Bn. Berbagai peraturan dipinda oleh SPR untuk menunjukkan kununnya Badan itu telus, tetapi ternyata mereka gagal untuk menunjukkan ketelusan sebenar. SPR gagal untuk menguatkuasakan peraturan rasuah pilihanraya. Setiap kali adanya pilihanraya, maka berlambaklah projek datang mencurah ke kawasan berkenaan. SPR diam tidak mampu berbuat apa-apa.

Kempen oleh Bn dengan menggunakan segala kemudahan dan jentera Kerajaan Pusat tidak asing lagi setiap kali adanya pilihanraya. SPR masih juga menjadi bisu seperti tidak tahu apa-apa tentang peraturan yang mereka cipta sendiri. Inilah SPR yang kita kenali. Amat malang bagi sesiapa yang dilantik untuk menjadi Pengerusi dan pegawai di dalam SPR. Mereka sering diperbodohkan oleh pemimpin yang berkuasa. /wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan