RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Jumaat, 24 Disember 2010

PRK DUN TENANG - MASAKAN MAHU DITIPU BANYAK KALI

Oleh: Mandor

DIBERITAKAN seorang tokoh muda terkenal dari PAS yang juga orang kuat pembela Felda , Mazlan Aliman bakal menjadi calon PAS di PRK Dun Tenang nanti. Aku setuju sungguh jika beliau dicalonkan memandangkan Dun Tenang terdapat pengundi-pengundi dari golongan Peneroka Felda. Di situ kita akan melihat samada para Peneroka Felda ini masih tertipu atau tidak lagi dengan Umno.

Kerajaan telah menguji rakyat dengan kenaikan harga barang sekarang ini, maka di dalam PRK ini nanti adalah ujian samada rakyat gembira atau tidak dengan kenaikan harga barang tersebut. Jika mereka merasa gembira, maka mereka akan menyokong Umno/Bn, tetapi jika mereka merasa benci atau meluat maka pasti mereka akan mengundi PR yang diwakili oleh PAS.

Seandainya Umno/Bn menang, tidak mustahil Najib tidak teragak-agak lagi untuk mengumumkan kenaikan yang lain. Yang sedia menunggu untuk kenaikan selepas ini adalah bil letrik. Jadi, semuanya di atas pilihan rakyat terutamanya di Dun Tenang. Buatlah keputusan yang bijak, jangan sampai ditipu berulangkali. Masakan mereka lupa ditipu oleh Muhyiddin yang memberi jaminan bahawa minyak Ron 95 tidak akan naik , tetapi beberapa hari kemudian Najib umumkan minyak tersebut dinaikkan juga./mandor.blogspot.com

1 ulasan:

  1. Salam Tuan. Kalau PRK di Tenang ini, BN/UMNO letaklah Sammy Vellu, Muhd Taib, Khir Toyo, atau siapa sahaja calon pun asalkan memakai lambang UMNO/BN pasti akan menang. PR tak payahlah memeningkan kepala memikirkan soal calon. Itulah susahnya kalau "Melayu" dah bertukar dari nama bangsa menjadi sebuah agama. Kalau di tahun 70-an dahulu, Kelantan dikatakan taksub sangat kepada negeri mereka, itu tak mengapalah 20 tahun dahulu, tapi Johor yang dikenali dengan negeri agak maju di Malaysia tapi fahaman penduduknya (tidak semua) dilihat makin terkebelakang dari hal politik dan keadilan sejagat. Dunia akhir zaman, begitulah seadanya.

    BalasPadam