Oleh: WFAUZDIN NS
BERTUAH rakyat di Kedah di enam kawasan Parlimen kerana mendapat wang ihsan sejumlah RM 17.5 juta akibat banjir baru-baru ini. Wang tersebut disalurkan oleh Kerajaan Pusat, iaitu hasil dari cukai rakyat negara ini tetapi seperti biasa, rejim di bawah Najib menyalahgunakan kuasa dengan mengagihkan wang tersebut melalui Umno Bahagian.
Enam kawasan Parlimen tersebut adalah terdiri dari Parlimen Alor Setar, Kubang Pasu, Pokok Sena, Pendang, Padang Terap dan Kuala Kedah. Kesemua mangsa banjir akan diberikan wang ihsan sebanyak RM 500 setiap keluarga. Masalahnya, apa kena mengena duit dari Kerajaan Pusat dengan Umno? Wang ihsan itu dari cukai kesemua rakyat Malaysia bukannya dari tabung Umno tetapi mengapa Umno Bahagian pula yang diberi kuasa untuk mengagihkannya?
Bayangkan jika ini berlaku di Selangor atau P.Pinang. Sudah pasti media pencacai berebut-rebut menjadikannya sebagai isu umpama anjing berebut bangkai. SPRM sudah pasti segera melaksanakan tugasnya dengan penuh bersemangat. Kita tidak mempertikaikan pemberian wang tersebut malah rakyat Kedah harus bersyukur menerimanya. Apabila Umno digunakan sebagai saluran pemberian wang ihsan tersebut, maka rakyat Kedah boleh menilai sendiri samada ikhlas atau tidak pemberian tersebut.
Walau bagaimanapun, rakyat Kedah harus sedar bahawa semenjak PAS/PR memerintah Kedah, mereka kini telah mula dihargai. Inilah nikmatnya bila berada di bawah PR. Adakah rakyat Kedah mahu segala nikmat ini dihentikan? Jika rakyat Kedah mahu merasai susah semula dan tidak dihargai oleh Kerajaan Pusat, berilah peluang semula kepada Umno memerintah.
PR di Kedah, khususnya di bawah PAS hendaklah memantau serapi-rapinya agihan wang ihsan tersebut. Ini adalah wang rakyat dan rakyat tidak mengira apa fahaman politik sekali pun mesti diberi bantuan sekiranya mereka terdiri dari mangsa banjir yang lalu. Seandainya terdapat sebarang penyelewengan atau ketidakadilan, Kerajaan Negeri mesti mengambil tindakan tegas.
Kepada semua penerima wang ihsan tersebut, mereka wajib bersyukur di atas pemberian ini. Tanda kita bersyukur kepada Allah adalah dengan mematuhi perintah Allah dan menjauhi larangannya, bukan tanda bersyukur itu adalah dengan menyokong puak yang bersekutu dengan APCO Israel itu. Selagi kita bersyukur kepada Allah, nescaya rezeki akan bertambah. Tunjukkan kesyukuran kita dengan bersama menyokong parti yang berjuang kerana Allah bukannya berjuang atas nama ketuanan Melayu.
Ringkas cakap, beri kita ambil tetapi undi tetap kepada PAS. Mengundi PAS menunjukkan kita bersyukur kepada pemberian rezeki dari Allah kerana wang ihsan itu bukan milik Umno./wfauzdin.blogspot.com

saya cadangkan debat petrol diadakan lagi bagi menerangkan kepada rakyat kenapa rakyat malaysia tak dapat nak merasai nikmat petrol yg ALLAH bagi di tanah melayu kami ini?alangkah manisnya DSAI akan jadi candidate dan saya nak najib sendiri yg hadir utk berdebat dan bukan hantar org yg cetek ilmu dan malas membaca mcm yg lain dan najib sepatutnya jwp krn beliau yg naikkan harga tanpa bw ke parlimen..TQ
BalasPadam