SELAMA dua tahun lepas, termasuk tahun ini CUEPACS merayu-rayu dengan Kerajaan untuk mendapatkan bonus bagi kakitangan awam, namun rayuan tinggal rayuan. Kerajaan sentiasa menggunakan alasan keadaan ekonomi dan kewangan negara tidak mengizinkan untuk memberi bonus kepada kakitangan awam.
Yang peliknya, setiap kali ada pilihanraya Kerajaan mewar-warkan bahawa ekonomi negara kukuh sekali. Tetapi bila kakitangan awam meminta bonus, secara tiba-tiba pula kewangan tidak kukuh. Di dalam keadaan tidak kukuh itu, bangunan 100 tingkat mahu dibina. Sampai bila kakitangan awam mahu dipersendakan?
Di dalam berita TV semalam, sekali lagi kakitangan awam dipermainkan. CUEPACS merayu lagi untuk mendapatkan bonus memandangkan sesi persekolahan akan bermula dan tentunya banyak perbelanjaan akan ditanggung oleh kakitangan awam yang mempunyai anak-anak yang bersekolah. Tambahan pula, baru-baru ini diumumkan kenaikan harga minyak, gas, gula dan terbaru diberitakan kenaikan harga susu pula. Di dalam keadaan sedemikian, Kerajaan seharusnya bersimpati dengan kakitangan awam bukan hanya sekadar memberikan `wang ihsan' sebanyak RM 500. Kakitangan awam bukan peminta sedekah untuk menerima `wang ihsan' seperti itu.
Rayuan CUEPACS tidak mendatangkan kesan kepada Kerajaan, sebaliknya mulut CUEPACS mahu ditutup dengan pengumuman bahawa CUEPACS akan diberi peruntukkan sebanyak RM3 Juta untuk ubahsuai pejabat CUEPACS bagi keselesaan Presidennya dan pegawai-pegawai atau stafnya. RM2 Juta untuk ubah suai manakala RM1 Juta utk pengurusan. Ini diumumkan oleh Najib sendiri di depan Presiden CUEPACS dan semua ahli gabungannya. Kelihatan tersenyum lebar Presiden CUEPACS ketika pengumuman dibuat dan bertepuk sakan semua yang hadir.
Adakah itu perjuangan CUEPACS selama ini? Apa kakitangan awam dapat hasil daripada pengumuman Najib semalam? Adakah Presiden CUEPACS akan menjadi bisu selepas mendapat pejabat baru yang canggih dan selesa itu nanti? Amat malang sekali jika Presiden CUEPACS begitu mudah digula-gulakan oleh Najib.
Bukan kita menentang peruntukan kewangan untuk ubahsuai pejabat CUEPACS, tetapi CUEPACS harus melihat dan fokus kepada perjuangan mereka sebenar. Jangan kerana sudah mendapat keselesaan untuk diri sendiri, maka kehendak dan tuntutan kakitangan awam di luar sana dikhianati. CUEPACS harus berani dan tidak menjual maruah semurah itu./wfauzdin.blogspot.com

SIAPALAH KITA
BalasPadam...dah nasib kau Labu
BalasPadamCUEPACS ???.... cuepacs ni amender natangnya?...
BalasPadamdah bertahun tahun mintak bonos tak dapat dapat..sejak zaman mader kutik lagi....
lebih baik bubarkan jer....takder pekdahnyer..suka nampak dapat 3 juta?....
IQ PAD... kepala dah dbungkus dengan pad laki najib....
kah kah kah kah
Tun Razak Bapa Pembangunan, Najib Bapa Pengumuman.
BalasPadamwow...takziah buat cuepacs kerana dapat peruntukan...buat lah besar2 bangunan tu tapi sementara aje..lepas ni terimalah maki hamun serta kutukan maut dari kakitangan kerajaan yang berjuta-juta tu...terima kasi buat PM kerana bagi pada Qpack...semua orang dapat merasa duit tu....TQ
BalasPadamhttp://wanazizahblog.files.wordpress.com/2010/12/buku-jingga1.pdf
BalasPadamkerja tak setakat mana,sikit sikit minta bonus.
BalasPadampunch kad jam 0800,pi kantin sampai jam 0900,pukui 1000 keluak pula untuk tea break,masuk sat,gembang panjang,sok sek sok sek,macam ni pun nak minta bonus.
fail yang nipis makin bertimbun,kalau tak huluk makin lepas kebawah.macam ni nak bonus.....piraaaaaaaaah.
****** untuk yang berperangai macam tu saja.yang betoi ikhlas kerja jangan terasa.
itulah tumbangkan saja kerajaan lamani kita cuba kerajaan baru nanti ..aaapa mcm...kerajaan najis ni buat sesak nafas jee
BalasPadam