Dialog tuntut penjelasan lanjut Nik Aziz
Pertemuan Datuk Nik Aziz Nik Mat dengan penulis blog dan pengguna Facebook pro-Pakatan Rakyat 15 Januari ini dijangka dipanaskan dengan isu pertemuan mursyidul am PAS itu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Seorang peserta program dialog di Kuala Lumpur itu berkata, pengguna media baru yang menentang idea kerajaan perpaduan berhasrat menuntut penjelasan lanjut Nik Aziz kerana masih terdapat kekeliruan berhubung perkara itu.

"Kita hendak tahu cerita sebenar kerana masih terdapat banyak kekeliruan. Antaranya, kenapa undangan kepada Tok Guru (Nik Aziz) disampaikan melalui bekas timbalan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, bukannya setiausaha atau wakil istana sendiri.
"Dan, kalau betul (undangan) dari istana, kenapa tidak dibuat terus kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai presiden PAS?" kata penulis blog terkenal itu yang merupakan antara 25 orang yang didatangkan khas dari Kelantan.
Sementara itu, jurucakap program dialog itu Tarmizi Mohd Jam memberitahu, program pada hari Sabtu depan itu akan diadakan di Hotel Grand Seasson Kuala Lumpur melibatkan 180 penulis blog dan Facebook.

Ia antaranya bagi membincangkan isu-isu sekitar pentadbiran kerajaan Kelantan dan bagi menghadapi pilihan umum ke-13 yang dijangka tidak lama lagi.
"Ia ekoran laporan media perdana tidak menyebelahi kita," kata Tarmizi yang juga editor akhbar organ PAS Harakah.
Diminta mengesahkan sama ada pertemuan kontroversi 25 Disember lalu antara Nik Aziz dan Najib akan dibangkitkan, Tarmizi (kanan) bagaimanapun enggan mengulasnya.
Program itu akan dimulakan jam 8 malam, diikuti ucapan ringkas Nik Aziz sebelum dibuka untuk sebarang soalan dari peserta.
"Bukan hanya Nik Aziz, exco kerajaan negeri juga akan terlibat sama," kata Tarmizi lagi./Malaysiakini
kepala bana apa nak soal lagi ni.Agong dah panggil,tak kiralah melalui siapa pun,kena pergilah.
BalasPadammusuh kita dah banyak,jangan tambah musuh lagi.
HAMAS pun tak pernah tolak jemputan melalui orang tengah walaupun depa dah tau jawapan ini akan menghampakan depa.
belajarlah jadi manusia,bukan jadi binatang