RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Jumaat, 14 Januari 2011

EZAM `RAJA SESUMPAH' MENEMUI JODOH DENGAN UMI `RATU SESUMPAH' ?

`Andartu' ini pernah bersumpah memegang Al-Quran tanpa menutup aurat, Al-Quran diperhinakan oleh wanita ini...


Oleh: WFAUZDIN NS

EZAM raja sesumpah kini telah menemui `pasangan' atau `jodoh'. Ini bermakna Ezam sesumpah bukan orang lain dengan YB Azmin kerana `jodoh' Ezam sesmpah adalah adik kandung kepada Azmin iaitu Umi Hafilda, suatu nama yang `glamour' di era 98 dan insan `terbuang' dari keluarga.

Di dalam media haprak, wajah `andartu' yang dikatakan masih belum laku ini muncul kembali dengan membawa `sumpah' sepertimana yang kerapkali dilakukan oleh Ezam sesumpah. Setelah `konspirasi'nya gagal di awal kemunculannya di mahkamah di era 98, kemudiannya gagal untuk menceburi kerjaya politik apabila `andartu' ini ditolak oleh Puteri Umno atas kesalahan disiplin, kali ini beliau muncul untuk mendendangkan kembali cerita penglipur lara karangan Mahathir Kutty.

Umi Hafilda telah banyak memalukan keluarga Almarhum Ali, iaitu bapa YB Azmin Ali dan juga artis Azwan Ali. Jika dahulu, Azwan Ali begitu rapat dengan `andartu' ini setiap hari ulang-alik ke mahkamah di dalam kes Liwat 1 melibatkan drama DS Anwar dan Azizan. Pada waktu itu hubungan Azwan Ali begitu renggang dengan abangnya Azmin Ali. Sekarang, hubungan di antara Azwan Ali amat baik dan kembali bersatu dalam satu keluarga. Ini tidak berlaku kepada `andartu' ini. Beliau dikatakan tidak diakui anak oleh ayahnya sehingga ayahnya menghembuskan nafas terakhir. Begitulah nasib seorang yang terbuang.

Kemunculan `andartu' yang ingin mencari glamour murahan ini untuk membawa kembali episod tahun 98 memperlihatkan betapa beliau sanggup berbuat apa sahaja hatta menjadi `pelacur politik' kepada sekutu Apco. Beliau telah diberi peluang untuk mendedahkan segala yang beliau tahu tentang kes liwat 1 dahulu, namun ianya tidak berhasil sama sekali. Kini, beliau ingin kembali menyelit di tengah-tengah kejahatan puak sekutu Apco untuk menjatuhkan kredibiliti DS Anwar. Adakah kali ini beliau akan berjaya?

Tindakan beliau untuk menyaman DS Anwar, DS Wan Azizah malahan abang kandungnya sendiri YB Azmin adalah satu usaha terbaru `andartu' ini. Beliau besumpah dengan kalimah Allah sama seperti Ezam sesumpah pernah lakukan hanya kerana untuk menjatuhkan imej DS Anwar. Tetapi, semakin banyak mereka ini bersumpah, semakin tinggi imej dan darjat DS Anwar di mata rakyat dan semakin jatuh kredibiliti pemimpin sekutu Apco. DS Anwar terus diberi kekuatan moral dan beliau bukan semakin takut, bahkan semakin berani untuk berdepan dengan Najib. Siapa yang takut untuk berdepan dengan DS Anwar?

Inilah anugerah Allah seperti yang diperkatakan oleh DS Wan Azizah. DS Anwar tidak pernah gentar untuk berdepan dengan sesiapa sahaja, lebih-lebih lagi untuk berdepan dengan `andartu' yang gila glamour ini. Tidak hairanlah jika Mahathir Kutty amat takut berdepan dengan DS Anwar hatta untuk menjadi saksi di dalam kes Liwat 1 dahulu. Najib juga bakal dipanggil untuk menjadi saksi di dalam kes Liwat 2 yang sedang berjalan sekarang. Adakah Najib akan mewarisi sifat penakut Mahathir Kutty? Bayangan penakutnya Najib telah mula kelihatan apabila enggan berdebat dengan DS Anwar di dalam isu ekonomi negara.

Saya mengalu-alukan usaha terbaru `andartu' Umi Hafilda ini. Beliau telah kembali mengingatkan kita tentang konspirasi tahun 98. Walaupun ramai yang terlibat di dalam konspirasi itu telah kembali ke dalam tanah seperti Peguam Mokhtar Abdullah (Mokhar Dugung), Penulis Buku Fitnah iaitu Khalid Jeffri, Hakim `Hacks' Augustine Paul, Dr Kristina Majid (Anwar pernah ditelanjangkan di depannya) dan beberapa orang lagi yang masih hidup tetapi `tersiksa' atau `terpulau', namun Umi Hafilda masih hidup untuk meneruskan `perjuangan' puak-puak yang telah ditanam itu. Syabas Umi `Ratu Sesumpah'./wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan