TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

ADAKAH WAJAR DITERUSKAN RUNDINGAN DENGAN PAS ?

Rabu, 12 Januari 2011

DR HASSAN ALI - JIKA KELUAR DARI MULUT ITU SUMBANG, LEBIH BAIK DIAM

Justify FullOleh: WFAUZDIN NS

SEKIAN lama merindui suara YB Dr Hassan Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor semenjak dari rakyat Selangor bangkit menyerahkan memorandum ke Istana membantah tindakan SYABAS sehinggalah kehangatan isu perlantikan SUK Selangor, kali ini Dr Hassan Ali bersuara. Sebelum ini yang banyak bersuara mewakili PAS di Selangor adalah YB Khalid Samad, mungkin saya silap atau ketinggalan mendengar suaranya sejak kebelakangan ini.

Pernah beberapa blog sebelum ini bertanyakan di mana Dr Hassan Ali tatkala ribuan rakyat Selangor dan Lembah Kelang beserta pimpinan PR berhimpun di Masjid Negara bagi menyerahkan memorandum ke Istana membantah tindakan SYABAS. Peliknya, yang kelihatan di pintu Istana bersama MB Khalid Ibrahim adalah YB Khalid Samad. Mungkin Dr Hassan Ali hadir tetapi terlewat atau pun beliau keuzuran ketika itu. Ada blog melaporkan beliau langsung tidak hadir semasa perhimpunan tetapi hadir ke rumah MB Selangor setelah selesai perhimpunan. Saya tidak percaya berita itu, kerana mana mungkin Dr Hassan Ali bersikap sedemikian kerana beliau adalah Pesuruhjaya PAS Selangor.

Di dalam isu perlantikan SUK, boleh dikatakan semua pimpinan PR termasuk PAS sepakat mengingatkan MB Selangor tentang sejarah di Perak. Hampir semua bersetuju bahawa perlantikan itu tidak beretika dan mempunyai motif politik. Cuma Dr Hassan Ali sahaja mempunyai nada yang agak ganjil sedikit tentang isu ini. Memetik laporan di dalam Malaysiakini, "Hasan turut memberi amaran, kerajaan negeri mungkin akan menghadapi masalah sekiranya melancarkan serangan peribadi ke atas Khusrin. Jelasnya, tindakan itu tidak adil kepada 28,000 penjawat awam di negeri itu. "Jika mereka berpiket, kita mungkin akan bermasalah," katanya (Malaysiakini). Mungkin Datuk Khusrin lega sedikit dengan AMARAN oleh Dr Hassan Ali kepada Kerajaan Negeri Selangor yang beliau sendiri sebagai Exconya.

DR Hassan Ali juga menyebut, beliau tiada masalah untuk bekerja dengan Datuk Khusrin kerana beliau mempunyai pengalaman bersamanya. Mungkin beliau tiada masalah dengan Datuk Khusrin kerana Datuk Khusrin dilantik sebagai SUK Selangor yang bekerja rapat dengan MB Selangor serta ramai lagi Exco, bukan beliau seorang. Jika MB Selangor merasakan tidak selesa dan mungkin bermasalah dengan Datuk Khusrin, begitu juga Exco-Exco yang lain kecuali Dr Hassan Ali, adakah bijak Datuk Khusrin diterima?

Mungkin Dr Hassan Ali hanya nampak bagaimana suatu ketika bekas Pengarah JAIS ini menarik kembali tauliah kepada YB Khalid Samad, maka Datuk Khusrin telah mematuhi peraturan? Bagaimana dengan kisah Adun DAP memasuki ruang masjid, kisah Najib ingin menggunakan masjid untuk politik dan kisah pemimpin MIC yang juga memasuki ruang masjid?

Walau bagaimanapun, Dr Hassan Ali mengakui kaedah perlantikan Datuk Khusrin itu agak luar biasa. Tetapi, Dr Hassan Ali tidak pula memikirkan mengapa ianya terjadi secara luar biasa. Luar biasa tentu ada sebab, bukan?

Apabila membaca kenyataan Dr Hassan Ali itu, kesimpulannya bolehlah dikatakan bahawa Dr Hassan Ali berharap agar Kerajaan Negeri Selangor usah kecuh atau sibuk sangat tentang isu ini. Seperti katanya, Dr Khusrin masih boleh dibimbing dan dibentuk. Kalau begitu nasihat beliau, elok sangatlah. Kita cuma bimbang nanti tidak sempat kita membentuk Datuk Khusrin, dia pula yang `membentuk kerajaan baru' menggantikan PR di Selangor. Tidak tahulah jika Dr Hassan Ali masih tertunggu-tunggu saat itu. Pada saya, jika yang keluar dari mulut itu sumbang, lebih baik diam saja macam dulu. /wfauzdin.blogspot.com

10 ulasan:

  1. APA KEJADAH NYA HASSSANALI INI, DIAM TOLONG JGN BUKA MULUT...ADA FAHAM

    BalasPadam
  2. inilah yang dikatakan "anai2 dalam pas".

    BalasPadam
  3. pesuruhjaya PAS selangor tuh yg ko suh diam..khalid samad bagaimana pula..?

    BalasPadam
  4. Sudahlah jangan gaduh sesama kita.. tumpuan kita sekarang pakatan rakyat bersatu...itu yang paling mustahak!!!!supaya kita mara ke putrajaya allahhuakbar!!!

    BalasPadam
  5. Berhati2 Sahabat apabila menerima satu-satu berita:

    Malaysiakini seangkatan Utusan Malaysia?

    Malaysiakini ternyata memiliki agenda untuk memporak-perandakan Pakatan Rakyat dan menjatuhkan Datuk Dr Hasan Ali Pesuruhjaya PAS Selangor. Saya nyatakan ini berdasarkan laporan terkini portal berita itu berhubung sidang akhbar yang diadakan oleh PAS Selangor di Pusat Khidmat ADUN Gombak Setia jam 11.30 pagi tadi. Malaysiakini versi Bahasa Inggeris membawa tajuk:

    Selangor PAS now warms to Khusrin (PAS Selangor kini menerima Khusrin)

    Saya hadir dalam sidang akhbar tersebut dari awal ke akhir malah memiliki rakaman audio sebahagian besar rakaman sidang akhbar itu. Tidak pernah sepanjang sidang berkenaan Dato Dr Hasan atau mana-mana pimpinan PAS Selangor yang hadir menyatakan bahawa PAS Selangor bersedia menerima Khusrin apalagi membuat pendirian yang bertentangan dengan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor.

    Malah Dato Hasan secara terbuka menyatakan bahawa beliau sepanjang menjadi EXCO Agama dan ketika Khusrin menjadi Pengarah JAIS memang mempunyai banyak perbezaan khasnya dalam hal pendekatan dengan Khusrin. Khusrin kata Dato Hasan sekadar melihat sesuatu isu dalam perspektif seorang pentadbir dan kerana itu banyak bercanggah pandangan dengan beliau.

    Kalau dibaca satu persatu laporan yang disediakan oleh Hazlan Zakaria dari Malaysiakini itu tidak nampak pun mana-mana baris secara spesifik Dato Hasan atau PAS Selangor menyatakan yang Khusrin diterima malangnya ia memilih tajuk di atas sebagai modal laporannya dan ternyuata ia suatu fitnah yang amat berbahaya.

    Sangka saya cuma media arus perdana yang dikuasai Umno dan BN sahaja punya kualiti penulisan tahap tidak bermoral seperti itu rupa-rupanya media alternatif juga ada yang tidak terkecuali.

    Akibatnya satu demi satu ruangan komentar di bawah artikel itu menyerang dan memukul Dato Hasan dan PAS Selangor sedangkan hakikatnya tidak ada pun kenyataan sebegitu yang dibuat.

    Tahniah Malaysiakini kerana anda kini sudah seangkatan dengan Utusan Malaysia!

    PEMINAT WF BLOG

    BalasPadam
  6. aduh..teruk la malaysiakini...ingatkan boleh diharap..rupa2nya dah last minit nak PRU ni dia dah buat kacau...harapan pada bolgger la utk update selalu berita yg benar lg sahih..

    BalasPadam
  7. salam...jgn ribut2

    lupakah tuan yang mkini pernah beberapa kali diberi amaran dan beberapa penulis@wartawannya diugut dgn isa....

    nak percaya pun jgn le sampai sumenya,serupalah dgn harakah dan suara keadilan

    BalasPadam
  8. Slm,

    Tkasih atas pandangan. Sy rasa semua faham dan mengerti apa yg diperkatakan oleh Dr Hassan Ali. Bahkan Astro Awani menyiarkan kenyataannya. Mmg beliau tidak pernah kata PAS Sgor setuju dgn perlantikan Khusrin, tetapi kenyataannya yg membayangkan bahawa PR Sgor boleh bkerjasama dgn Khusrin sepertimana beliau boleh bkerjasama dgnnya dulu. Bagi sy kenyataan ini agak negatif dan tidak bijak samasekali. Kenyataan itu satu bonus buat Khusrin dan bonus buat media pencacai. Sewajarnya Khursin mengiktiraf malahan lebih vokal terhadap keputusan PAS Pusat. Wslm.

    BalasPadam
  9. Saudara Wan,

    Saya adalah penyokong tegar Pakatan Rakyat, tapi pada PRU akan dtg, saya sesekali tidak akan memberikan undi kpd calon PR yang berstatus 'Geng Perpaduan' terutama sekali Hasan Anak Ali ni dan Ustaz Nasa yg pernah dikantoikan oleh Pak Lah yang suka bermain dalam gelap...

    Jika ramai calon PR akan dtg terdiri drp calon berstatus 'Geng Perpaduan' maka harapan utk menakluki Putrajaya kelihatan semakin samar...

    Maafkan saya...

    BalasPadam
  10. "kenyataannya yg membayangkan bahawa PR Sgor boleh bkerjasama dgn Khusrin sepertimana beliau boleh bkerjasama dgnnya dulu."

    apa yang dititikberatkan di dalam kebanyakan komen berkaitan isu ini ialah 'hassan ali tak kata itu'. dan itu jugalah yang dipertahankan oleh 'penasihat'2 hassan ali.

    tak terlintas/tak nampak langsung kaitan bahawa "PR Sgor boleh bkerjasama dgn Khusrin" dengan "sepertimana beliau boleh bkerjasama dgnnya dulu."

    apa yang diperhatikan, hassan ali lebih memilih bercakap sebagai pj pas selangor dari seorang anggota exco kerajaan selangor.

    pengomen2 juga hilangkan terus dari kepala mereka akan kritikan terhadap kerajaan selangor (yang hassan ali anggotai) oleh hassan ali dan wakil dari selangor di muktamar ke ke 55 dan ke 56 dulu.

    kegagalan mengaitkan peristiwa2 lama dengan peristiwa2 baru/kini menyebabkan komen2 mereka tumpul. kengganan berbuat demikian hanyalah usaha2 untuk mempertahankan hassan ali!

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini