TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

ADAKAH WAJAR DITERUSKAN RUNDINGAN DENGAN PAS ?

PROGRAM 14 OKT 17

PROGRAM 14 OKT 17

Khamis, 13 Januari 2011

DR HASSAN ALI, ADAKAH INI SATU USAHA MOTIVASI ?

Oleh: WFAUZDIN NS

SYABAS buat Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali yang menegur Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Hassan Ali yang memberikan kenyataan negatif dan bersifat songsang dengan keputusan PAS di dalam isu perlantikan SUK Selangor.

Memang benar, Dr Hassan Ali tidak menyebut bahawa PAS Selangor menentang usaha Kerajaan PR Selangor menolak Datuk Khusrin sebagai SUK Selangor. Beliau juga tidak menyebut bahawa PAS Selangor menyokong usaha Kerajaan PR Selangor menentang perlantikan Datuk Khusrin. Maka, ianya seperti `neutral'. Adakah ini keputusan PAS Selangor atau keputusan beliau seorang? Adakah Dr Hassan Ali menjual nama PAS Selangor atas kapasitinya sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor?

Kenyataan Dr Hassan Ali dilihat ada betul walaupun ada yang salah, tetapi tidak bijak. Betulnya, beliau berkata beliau boleh bekerjasama dengan Datuk Khusrin sewaktu Datuk Khusrin memegang jawatan Pengarah JAIS. Walaupun kita dengar dan lihat berbagai kerosakan dan sikap berat sebelah Datuk Khusrin ketika menjawat jawatan itu, namun Dr Hassan Ali kata dia boleh bekerjasama dengannya.

Salahnya pula, anggapan Dr Hassan Ali bahawa apabila beliau boleh bekerjasama dengan Datuk Khusrin maka semuanya boleh berjalan lancar nanti. Beliau silap, sekarang ini Datuk Khusrin tidak berada di kerusi Pengarah JAIS tetapi di kerusi SUK Selangor. Ini bererti masa untuk MB Selangor pula berdampingan dan berurusan dengan Datuk Khusrin. Jika Dr Hassan Ali dakwa beliau boleh bekerjasama dengan Datuk Khusrin, belum tentu Tan Sri Khalid boleh berbuat demikian. Belum tentu semua Exco boleh satu kepala dengan Dr Hassan Ali. Mereka semua kenal Datuk Khusrin tidak seperti Dr Hassan Ali kenal.

Susah sangatkah selaku Pesuruhjaya PAS Selangor beliau menyebut "PAS Selangor akan tetap bersama keputusan PAS Pusat dan PR di dalam isu perlantikan SUK Selangor ini". Jika begitu, barulah dikatakan `Wala' terhadap keputusan pimpinan. Mengapa perlu banyak celoteh lagi? Mengapa mesti sebut dan memberi amaran agar Kerajaan Selangor jangan menyerang peribadi Datuk Khusrin? Bila masa peribadi Datuk Khusrin diserang? Menyebut kelayakan beliau dari Gred C ke Gred A terus itu sebagai serangan peribadi?

Mengapa perlu disebut bahawa menyerang Datuk Khusrin dikhuatiri kakitangan awam akan berdemontrasi atau mogok? Kita tidak pernah dengar pun ura-ura sebegini, tiba-tiba Dr Hassan Ali sebut seolah-olah memberikan idea pula kepada semua kakitangan awam di Selangor. Adakah beliau anggap semua kakitangan awam bodoh dan tidak tahu apa yang berlaku sekarang? Malahan, mereka semua lebih tahu dari kita prosedur pentadbiran seperti ini.

Pada saya, Pesuruhjaya PAS Selangor perlu ditarbiyyah lagi agar tidak menyalahgunakan kepakaran `motivasi'nya itu. Ada tempat dan ketikanya motivasi itu perlu, tetapi berdepan dengan puak ini seribu petua atau motivasi pun tidak guna. /wfauzdin.blogspot.com

2 ulasan:

  1. Kenapa terlalu politikkan isu plantikan SUK... Ingatlah ada 28 ribu lagi kakitangan di bawah SUK Slgr.. Maka apa relevannya terus menentang plantikan tersebut.
    Jujur harus diakui... tindakan Hassan Ali adalah berlandaskan pengalaman beliau juga sbgai penjawat awam satu ketika dahulu.....
    Hentikanlah pergolakan memualkan oleh PR ini...

    BalasPadam
  2. anon 13:02
    jika dibaca ayat hang ni kira ok dan logik juga.tapi bila hang bagi tau hang ni orang umno,macam mana pr nak terima.
    umno pun selama ni tolak apa yang pr buat.

    Hentikan pergolakan memualkan olih PR ini..menunjukan hang umno piang.

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini