TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

ADAKAH WAJAR DITERUSKAN RUNDINGAN DENGAN PAS ?

Rabu, 12 Januari 2011

APABILA ANWAR CABAR NAJIB, BERLUMBA MAHU JADI PENGAMPU DAN PENCACAI`

Debat Anwar - Shabery yang menjadi sejarah memalukan buat Umno...

Oleh: WFAUZDIN NS

APABILA DS Anwar mencabar Najib untuk berdebat di dalam isu ekonomi kerana Najib telah `berkokok' di dalam TV memperlekehkan janji 100 hari oleh PR jika memerintah negara, maka inilah peluang para `penjilat dan pengampu' Najib untuk menonjolkan diri membela atau `cover' bos mereka itu. Cuba rujuk laporan oleh Malaysian Insider tentang kisah pengampu-pengampu ini.

Pertamanya, tentulah `pencacai nombor Wahid' iaitu Nazri Aziz. Di zaman Mahathir, muka inilah yang tidak lekang mencium tangan Mahathir. Selepas itu di zaman Pak Lah, muka ini juga mengipas gila Pak Lah sehingga sanggup menghina Mahathir sebagai nyanyuk. Sekarang, muka yang sama ini juga membodek dan `menjilat' Najib. Begitulah kaedah cari makan oleh Menteri tidak ada standard ini.

Beliau mencabar DS Anwar untuk berdebat dengannya sebelum mahu berdebat dengan Najib. Perasan sungguh Nazri Aziz ini, apa `standard' beliau untuk `bersilat 'dengan DS Anwar? Nazri bukan lawan bagi DS Anwar, kerana sejarah telah membuktikan betapa Shabery Cheek `berbuih mulut' apabila berdepan dengan Ketua Pembangkang ini. Mungkin kali ini tidak sampai hati DS Anwar `bersilat' dengan anak murid Najib yang baru belajar `silat pulut atau silat pengantin' itu. Kita berharap DS Anwar menolak bertemu dengan Nazri ini kerana ianya akan menjatuhkan darjat DS Anwar sahaja sepertimana ketika beliau bertarung dengan Shabery Cheek dalam isu minyak dahulu. Ketika itu ramai memberi komen betapa jauhnya taraf Menteri berkenaan dengan DS Anwar sehinggakan tidak tentu hala hujahnya sepanjang perdebatan isu minyak tersebut.

Bersuara pula orang Jelebu, YB Rais Yatim yang pernah dikaitkan dengan kes keji baru-baru ini yang mana beliau telah nafikan. Samada disiasat atau tidak, Wallahu Aklam. Rais lagi tidak layak untuk memberi komen kerana manusia yang pernah `membakar jambatan 'dengan Umno ini sememangnya mahu hidup lebih lama di dalam politik. Lebih baik Rais Yatim buat kerja di Jelebu kerana orang Jelebu sudah bertahun bermasalah dengan kemudahan bas awam. Selesaikan masalah bas di Jelebu terlebih dahulu. Sediakan WIFI di Jelebu dahulu sepertimana beliau mahu sediakan WIFI di Gua Musang sewaktu PRK Dun Galas baru-baru ini. Di Jelebu, usahkan WIFI, komunikasi 3G pun banyak kawasan yang yang tiada. MP menjawat jawatan Menteri yang jaga komunikasi, tetapi hampeh. Jangan Rais fikir bila beliau menyampuk isu debat ini rakyat boleh lupa kisah beliau? "Sori, tak dapek den nolong eh."

Memang dijangka, suara `raja katak' Ibrahim Ali dari Pasir Mas pasti berbunyi. Beliau menyebut DS Anwar tidak layak berdebat dengan Najib tentang ekonomi kerana DS Anwar tiada kelulusan. Betapa bodoh punya `raja katak' kita tidak tahu. Najib ada kelulusan apa? `Raja Katak' ini pula kelulusan dan pengalaman apa? Pengalaman jadi `katak dan melompat ' beberapa kali? Kerusi Parlimen yang beliau duduk itu pun atas ihsan PAS. Tidak tebal muka ke atau menggerutu seperti katak puru?

Tanpa kelulusan ekonomi sekali pun DS Anwar pernah menjadi Menteri di beberapa Kementerian dan menjadi Menteri Kewangan bertahun-tahun bahkan pernah menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri serta memangku tugas Perdana Menteri. Mahathir pernah memuji DS Anwar sebagai Menteri Kewangan terbaik ketika Mahathir menjadi PM. `Raja Katak 'pula apa pengalamannya? Ketika beliau menjadi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga undang-undang dahulu, adakah beliau pakar di dalam bidang perundangan? Bodoh teramat bodoh punya hujah, nasib baik bukan MP dari PR.

Saya malas untuk mengulas komen seorang `Profesor kangkung' yang turut mahu `cover' Najib. Saya tidak tahu macam mana beliau boleh jadi Profesor dengan komen sedangkal itu. Saya lebih loya dengan kenyataan Ketua Pemuda Umno Perak yang mahu DS Anwar berdebat dengan KJ. Hilang akal agaknya puak-puak Umno ini apabila disergah oleh DS Anwar untuk berdebat dengan Najib. Siapa KJ mahu berdebat dengan DS Anwar? KJ hanya Ketua Pemuda, lawan beliau memadai kita letakkan Chegu Bard sahaja jika beliau takut untuk bertemu dengan Ketua AMK, Shamsul Iskandar. Kita masih ingat sewaktu Pilihanraya Umum yang lalu, entah di mana KJ menyorok tatkala Chegu Bard mencabarnya berdebat di Rembau. Itu baru Chegu Bard sudah bisa buat KJ kecut. KJ harus cermin muka dia dahulu, dan bertanya kepada Ketua Pemuda Umno Perak yang kecut perut apabila dicabar oleh Ketua Pemuda PAS Perak untuk berdebat baru-baru ini.

Saya malas mahu ulas komen `beberapa ekor lagi mengkarung ' di dalam Umno yang cuba membela Najib daripada dimalukan oleh DS Anwar nanti. Kita cuma mahu tanya, Najib berani atau tidak berdepan dengan DS Anwar, itu sahaja. Persetankan suara-suara pengampu dan pencacai yang lain itu kerana mereka membela bos hanyalah untuk mencari makan. Teringat saya akan kata-kata Ezam sesumpah dahulu, "tunjukkan pada saya siapa yang masuk Umno ikhlas?". Inilah wajah-wajahnya yang dimaksudkan oleh Ezam sesumpah termasuk dirinya sendiri./wfauzdin.blogspot.com

4 ulasan:

  1. sy merayu wfauzdin sokong DSAI berdebat dgn nazri..smmgnya sy mmg tunggu nazri berani mencabar DSAI atau sesiapa pembangkang..skrg baru dia tunjuk taringnya yg tak tajam tu...bukan tak ada standart, tp sy mmg suka dgr hujah DSAI dan sy pastu debat ini akan mengulangi kes dgn sabery yg petrol dulu tu...bukan kami ketawakan mulutnya berbuih saja tapi jwpn yg ibarat DSAI berckp dgn org tua pekak,lain yg di tanya lain yg dijwp hahahha..kali ni mesti lebih hebat nazri buat lawak yg mengalahkan raja lawak,tp yg penting kami nak tgk menteri ni menjwp apa yg di cabarnya...tolong sokong yek..cayok2 nazri...jgn tak jadi pulak tau bila DSAI terima debat ni...

    BalasPadam
  2. anwar ni tak berkelayakan langsung bercakap tentang ekonomi, tgkla background dia, sastera melayu.. masih tak nak mengaku yg dia pernah hampir membawa malaysia terjerumus dgn perangkap IMF..

    anwar byk bermain persepsi, dan ini yg dimakan oleh penjilat2 tegarnya..

    BalasPadam
  3. hahaha..lawak la jwpn saudara ttg DSAI..tapi tlg bgtau sy kenapa byk adun yg kelayakan SPM aje?knapa byk ahli parlimen ada ijazah yg ntah apa2?bila memangkah DSAI mcm2 keluar mcm org yg tahu segalanya..tapi bile debat ngan DSAI lari topik je dan bagi jwpn yg salah...kalau saudara kata DSAI tak layak,minta saudara bgtau PM tlg pecat semua adun yg ada SPM tu yek sbb dia org pun tak layak nak ckp apa2...tlg ye saudara...

    BalasPadam
  4. DEBAT DENGAN NAZRI ? PERGHH ANAK BOREK BAPAK RINTIK KAHKAHKAH :)

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini