RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Isnin, 24 Januari 2011

INTIPATI UCAPAN YB AZMIN DI DUN SELANGOR PAGI TADI


Sedutan Ucapan YB Azmin

" Antara lain, Noh Omar mendakwa Pakatan Rakyat sanggup melakukan apa sahaja yang bercanggah dengan undang-undang. Beliau juga membuat tuduhan jahat bahawa pindaan ini bermaksud untuk memberikan kuasa kepada YAB Dato’ Menteri Besar dan bukan memberikan kuasa kepada Tuanku Sultan."

" Di akhir mesyuarat pada hari ini, saya yakin rakyat akan dapat menjawab persoalan yang dilontarkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar dalam pembentangan pagi ini yang berbunyi, “Derhakakah kami jika kami mahu mengembalikan kedaulatan negeri dan Baginda Sultan yang memerintah negeri yang berdaulat ini?”

" Kalau kita kembali kepada Penyata Rasmi (Hansard) Parlimen semasa membahaskan Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) 1993 yang ditaja oleh Dr. Mahathir Mohamad, ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang mengeluarkan kata-kata kesat dan celupar terhadap institusi Raja-Raja Melayu. Antaranya, seorang Ahli Parlimen UMNO berkata : Adakah Yang Berhormat hendak menuduh akhbar yang putar belit. Saya tidak. Saya hendak mengatakan raja yang putar-belit, sehari bersetuju, dua hari tidak bersetuju. Ini kenyataan yang tepat, yang jelas.

" Kita rujuk pula kepada kenyataan-kenyataan media dan ucapan Dr. Mahathir Mohamad sekitar tahun 1983 dan 1993, jelas membuktikan bahawa Dr. Mahathir adalah penderhaka dan UMNO adalah pengkhianat. Media yang dikuasai oleh UMNO digunakan untuk memaparkan cerita-cerita yang mengaibkan peribadi Raja-Raja Melayu bagi mewujudkan sentiment dan emosi benci rakyat terhadap institusi Raja-Raja Melayu. Berita Harian pada 19 Januari 1993 menyiarkan kenyataan seorang Ahli Parlimen UMNO dari Perak yang mengingatkan Raja-Raja supaya mengambil kira suara rakyat jika tidak Raja-Raja tidak dapat kekal lama “malah takhta mereka mungkin akan beralih ke muzium…”.

" Hari yang keramat ini menyaksikan Pakatan Rakyat, sebuah gabungan parti-parti politik yang mewakili rakyat Malaysia pelbagai kaum mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu."

" Malangnya, perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri oleh Sidek telah membelakangkan suara dan hak rakyat Negeri Selangor. Apabila diasak oleh rakyat Selangor, Sidek memberikan respon yang tidak bertanggungjawab dengan mengatakan bahawa beliau telah berbincang dengan Dato’ Ramli Mahmud. Mungkin Sidek terlepas pandang atau kedangkalannya sendiri untuk menghayati prinsip Federalisme di mana prinsip Demokrasi Berparlimen membawa maksud Ketua Negara adalah DYMM Yang Di-Pertuan Agong manakala Raja-Raja Melayu adalah Ketua Negeri masing-masing. Ketua Kerajaan Pusat adalah Perdana Menteri dan Ketua Kerajaan Negeri adalah YAB Dato’ Menteri Besar".

" Siapa Ramli Mahmud? Beliau hanya merupakan seorang penjawat awam yang bertanggungjawab untuk melaksanakan dasar-dasar Kerajaan Negeri. Malangnya, diakhir talian hayat perkhidmatannya dengan Kerajaan Negeri, saya difahamkan Ramli Mahmud menjadi tali barut kepada Sidek Hassan untuk mencapai agenda politik Kerajaan Pusat.

" Najib mendakwa Program 100 Hari Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga akan menyebabkan negara muflis. Inilah masalah Najib, bila Pakatan Rakyat hendak menolong rakyat, kita dituduh tidak bertanggungjawab dan akan memufliskan negara tetapi apabila memberi subsidi kepada kroni, negara tidak muflis. Sebenarnya Program 100 Hari hanya melibatkan kos RM19.2 bilion sedangkan kalau diambil kembali subsidi yang dianugerahkan kepada empat syarikat Penjana Kuasa Bebas (IPP) dan mengatasi masalah ketirisan, Kerajaan akan memperolehi RM51 bilion."

Ucapan Penuh lihat di : Duniacarcamerba

3 ulasan:

  1. sekalung TAHNIAH buat kerajaan selangor dan MB selangor...gagal pinda pelembagaan bukan bererti kalah,tapi sebenarnya PRK dah menang besar kerana dapat menyedarkan semua sultan2 dan raja2 di setiap negeri...bahkan semua rakyat tersedar apa yg berlaku...sejarah tak dapat berubah...segala yg berlaku telah pun mempunyai mitos ngeri yg akan menghantui hari2 akhir UMNO dan BN,tetapi sy sedih kerana SULTAN selangor sendiri dah perkenan sidang ini tetapi UMNO masih mengibaratkan seperti Sultan tidak mampu berfikir dan memerintah dengan baik sedangkan perlantikan SU juga yg sebelum ini Sultan juga masih perkenan utk diteruskan...SULTAN patik amat bijak dan baginda pasti dah melihat dan yakin untuk melakukan apa yg terbaik utk negeri baginda...so kenapalah tidak terbuka fikiran UMNO untuk meminda perlembagaan sedangkan selangor tetap menerima SU sekarang untuk hadir dalam sidang dan tidak menghalangnya...fikiran yg cetek lag kering kepada yg buat perhimpunan haram termasuk ahli pembangkang...ini lebih buruk daripada apa yg berlaku semasa di istana perak..

    BalasPadam
  2. YANG TEMAN HERAN SULTAN2 YG ADA TAK SEDOR-SEDOR... SIAPA YANG KENA... UMNOOO HANYA ADE SATU RAJE JE YANG BERDAULAT YANG DIPERTUAN DOKTOT MAHADIT PUTAQ ALAM

    BalasPadam
  3. cadangan Khalid Ibrahim untuk buat penerangan seluruh Selangor amat baik.Dedahkan dan beritahu rakyat Selangor(jika 100 umno yang hadir nanti,dapat 10 yang paham pun sudah cukup)bahawa pada UMNO tuan mereka adalah orang kerajaan persekutuan bukan hak rakyat selangor.
    jelas umno selangor DEMI PERUT .lebih suka pihak luar buat keputusan untuk selangor.hanya tuan tuan mereka yang akan tentukan apa yang patut Selangor ada dan dapat.

    BalasPadam