RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Sabtu, 29 Januari 2011

UMNO GELABAH, MUHYIDDIN MERAPU TENTANG NIK AZIZ

Oleh: WFAUZDIN NS

SEBELUM saya berbicara lanjut tentang kenyataan dari pemimpin yang jahil tentang Islam ini, mari kita baca petikan dari kenyataan beliau terhadap Mursyidul Am PAS seperti yang disiarkan oleh Malaysiakini;

"Beliau yang juga menteri pelajaran berkata, label jahiliah terhadap mereka yang tidak mengundi PAS itu tidak sepatutnya keluar daripada mulut seseorang yang dikatakan mursyidul am dan dipanggil ustaz."

Nik Aziz yang juga menteri besar Kelantan itu dikatakan mengeluarkan perkataan jahiliah itu pada sidang media di Kampung Redong semalam, semasa berkempen dalam pilihan raya kecil DUN Tenang.

Muhyiddin berkata, Nik Aziz telah mengeluarkan pelbagai fatwa songsang termasuk menyatakan orang Pas tidak boleh memakan sembelihan orang Umno.

NONE"Tetapi di DUN Tenang ini, kita nampak orang PAS makan di kedai-kedai orang Umno," katanya sambil menambah, Nik Aziz juga mengeluarkan fatwa melarang wanita daripada menjadi calon dalam pilihan raya.

Beliau meminta umat Islam tidak terperangkap dengan fatwa songsang Nik Aziz itu." (Malaysiakini)

Pertamanya, beliau menyebut Mursyidul Am Pas Tuan Guru Nik Aziz tidak patut mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana beliau dipangil `Ustaz'. Muhyiddin silap, Tuan Guru Nik Aziz tidak dipanggil `Ustaz' tetapi beliau dipanggil `Tuan Guru' yang martabatnya lebih tinggi dari Ustaz. Beliau tidak seperti Ustaz Nakhaie, Ustaz Firdaus (bekas Imam Besar Masjid Negara), jauh sekali seperti Ustazah Mashitah. Mereka ini pun hanya orang-orang Umno yang menggelar mereka `Ustaz', sedangkan gelaran itu pun tidak layak dipegang oleh mereka kerana seorang `Ustaz' tidak akan bersekongkol dengan parti sekular seperti Umno.

Kedua, menyerlahkan kebodohannya lagi apabila dikatakan Tuan Guru Nik Aziz mengeluarkan `fatwa' bahawa tidak boleh memakan sembelihan orang-orang Umno. Bila masa Tuan Guru Nik Aziz `berfatwa' sedemikian? Bolehkah Tuan Guru memberikan `fatwa' selain dari Mufti atau Majlis Fatwa? Ini fitnah yang dicipta oleh pemimpin sekutu Apco terhadap Tuan Guru Nik Aziz. Apa yang kita diajar, sekiranya seseorang itu menghina hukum Islam atau menolak hukum Islam maka sembelihannya tidak boleh kita makan kerana menghina hukum Islam dan menolaknya bererti kufur. Bolehkah kita makan sembelihan orang yang Kufur ini? Mengapa Umno pula yang terasa?

Ketiga, beliau mempersoalkan mengapa orang-orang PAS makan dikedai orang-orang Umno. Ini jelas menunjukkan PAS tidak mahu bermusuh dengan Umno, jauh sekali mengkafirkan Umno. Usahkan makan, terdapat anak orang PAS yang dikahwinkan dengan anak orang Umno. Ini tiada masalah, selagi mereka tidak memperlihatkan penderhakaan atau penentangan terhadap hukum Islam. PAS sedar, ahli-ahli Umno ramai yang jahil dan dikelabukan oleh pemimpin mereka tentang Islam. Justeru itu, PAS ingin memberikan kefahaman kepada mereka agar mereka tidak menentang Islam di dalam keadaan mereka tahu hukumnya.

Keempat dan akhir sekali, pemimpin jahil ini terus menerus mencipta fitnah bahawa Tuan Guru Nik Aziz pernah berfatwa melarang kaum wanita menjadi calon PAS. Mungkin ketika PAS mencalonkan seorang wanita berpuluh tahun dahulu beretanding di Terengganu, Muhyiddin belum lahir dari perut ibunya. Maka, beliau tidak tahu cerita. Tuan Guru Nik Aziz tidak mengeluarkan hukum melarang wanita bertanding, cuma beliau pernah menyebut bahawa PAS akan memilih wanita sebagai calon pilihanraya mengikut situasi dan keadaan semasa.

Jelas kepada kita, tidak banyak yang Muhyiddin tahu tentang sejarah PAS jauh sekali dasar PAS. Sebab itu, tidak hairan jika Muhyiddin selamba sahaja apabila Chua Soi Lek menghentam hukum Islam di dalam isu berjabat tangan baru-baru ini. Amat malang jika umat Islam di Tenang masih ingin mengikut nasihat pemimpin yang jahil ini./wfauzdin.blogspot.com

1 ulasan:

  1. Salam!Betoi ka dia ni anak Tuan Guru Mohd Yassin? Nama saja anak Tok Guru tp Perangai mcm Jahilliah.La ni Kuah Tak Semesti Tumpah Ke Nasi!Iman Tak Leh Dijual Beli,Tapi Mangkok Ni Dah Juai Iman Kat Chua Sek Lek.Wassalam!

    BalasPadam