TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

ADAKAH WAJAR DITERUSKAN RUNDINGAN DENGAN PAS ?

Rabu, 16 Mac 2011

DNA - KETUA AMK SUDAH BERSUARA

Kenyataan Media Ketua AMK
16 Mac 2011

Paksaan Untuk Menyerahkan DNA, pencabulan terhadap prinsip utama Undang-Undang.


Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) menyifatkan tindakan pihak-pihak tertentu yang kelihatan bersungguh mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) untuk menyerahkan sampel DNA beliau adalah sebahagian daripada episod terancang yang bermotifkan politik jahat dan khianat.

Baik pihak pendakwaan mahupun NGO-NGO picisan yang bersungguh mendesak ini, kelihatan tidak faham akan prinsip asas undang-undang bahawa 'seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah'. Dalam mana-mana kes mahkamah, adalah menjadi tugas pihak pendakwaan untuk membuktikan bahawa pihak tertuduh itu bersalah berdasarkan bukti yang jelas melampaui sebarang keraguan dan bukannya meminta atau mencipta bukti ! Dalam kes DSAI, beliau tidak perlu mengemukakan hatta secebis bukti sekalipun kerana beliau sendiri telah mempunyai alibi yang kukuh untuk menyatakan bahawa beliau tidak terlibat dalam dakwaan penuduh.

Apa yang berlaku dalam kronologi kes fitnah kedua ke atas DSAI ini lebih bersifatkan pembunuhan karakter yang paling dahsyat pernah berlaku dalam sejarah politik negara. DSAI dinafikan akses ke atas pelbagai dokumen, malah pihak peguambela sendiri terhalang daripada menjalankan pelbagai ujian bebas ke atas bahan-bahan bukti yang dikemukakan oleh pendakwa.

Isu DNA ini berterusan dimainkan agar dengan mudah pihak pendakwaan memalitkan tuduhan ke atas DSAI. Percanggahan fakta sedari awal perbicaraan menunjukkan bahawa kes ini langsung tidak mempunyai asas undang-undang yang jelas dan fakta yang kukuh, di tambah pula dengan kredibiliti penuduh yang jahanam.

Tindakan pihak pendakwaan ini sekaligus bertentangan dengan Artikel 10 Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia (DUHAM) 1948:

"Everyone is entitled in full equality to a fair and public hearing by an independent and impartial tribunal, in the determination of his rights and obligations and of any criminal charge against him."

Pembocoran awal hujahan pihak pendakwaan di dalam permohonan jahat mereka untuk memaksa DSAI menyerahkan sampel DNA membuktikan lagi hujah bahawa usaha membunuh karakter beliau dilakukan secara terancang oleh pihak pendakwaan dan media massa di bawah telunjuk Umno-BN.

AMK dengan tegas menyatakan bahawa tidak ada sebarang keperluan untuk DSAI tunduk kepada desakan-desakan bebal yang sedang dilakukan oleh beberapa pihak. Ini akan menyebabkan berlakunya perubahan terhadap prinsip asas undang-undang itu sendiri dan menjadikannya sebagai seseorang itu bersalah sehingga dibuktikan tidak bermasalah.

AMK yakin dan percaya bahawa kelompongan kes ditambah dengan kekarutan pihak pendakwaan serta penyalahgunaan kuasa oleh pasukan polis terbabit di dalam kes yang sedang dipertontonkan ini, berpotensi besar merosakkan imej Malaysia di mata dunia, susulan daripada apa yang telah berlaku sebermula tahun 1998.


Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK)

6 ulasan:

  1. amboi pandainya saudara bercakap pasal undang2 mahkamah di msia ni yek....."a person is not guilty until he is proven guilty" tak perlu cakap frasa tu sbb semua orang dr yang ada master sampai ke budak2 sekolah rendah di msia nipun boleh faham pasal tu....tapi apa yang kami tak faham dan hairan ialah apabila "OKT" pujaan saudara bermati2an tak mahu bagi dna untuk menyelesaikan kes yg dah berapa kali ditangguh, tangguh lagi n tangguh lg (agaknya kalau boleh ditangguh lagi sampai ke liang kuburpun akan dicuba oleh okt tersebut) so tang mana yang nak diprovenkan innocentnya si okt tersebut cuba hang pikiaq sikit.

    selepasa ini Dewan Bahasa dan Pustaka msia boleh menyenaraikan satu lagi peribahasa baru di msia selepas "Berani Kerana Benar"...iaitu "Tangguh kerana Salah"....lu pikirlah sendiri......

    BalasPadam
  2. Kerbau-kerbau yang telah dicucuk hidung itu akan diheret ke mana-mana jua. Kesian makcik-makcik yang tidak tahu langsung hukum biologi bahawa DNA kalau dah ada tak perlu diperbaharui. Tengok DNA dinasor biarpun dah berjuta-juta tahun tapi masih boleh dipakai. Itulah sebabnya kerajaan nak teruskan PPSMI!

    BalasPadam
  3. sy setuju, org yg bersalah hanye bersalah sekiranya dibuktikan bersalah..

    justeru itu, Anwar perlu menyerahkan DNAnye dgn rela hati, utk membuktikan yg beliau tidak bersalah, dan seterusnya bebas dari dituduh bersalah (sekiranya male y bukan dna yg same masuk dalam mulut kak jijah)..

    demi utk membuktikan bahawa anwar tidak bersalah dan mencari kebenaran, maka anwar perlu menyerahkan dna kerana sekiranya gagal berbuat demikian maka anwar telah awal lagi memberi persepsi bahawa dia adalah bersalah kerana org yg benar pasti berani menunjukkan kebenaran tanpa perlu dipaksa..

    BalasPadam
  4. Suruh Anwar serah DNA hanya alasan. DNA tidak akan berubah. Dulu dah ambil,rambut dan bekas botol dalam sel telah diambil, Nak apa lagi.UMNO terkantoi. Sekiranya Anwar serah DNA....apa lagi. yang tak sah pun disahkanlah. Senang aje. Ini permainan.

    BalasPadam
  5. Anonymous said...

    Siapa kata Anwar enggan memberi sampel darahnya untuk dipadankan dengan mani yang terdapat didubur Saiful.
    Sabagai saorang yg melaung2kan trasparency,demokrasi dan tadbir bersih maka sudah pasti beliau sentiasa menunggu2 saat seperti ini untuk membuktikan male y bukan beliau dan beliau adalah bersih.
    Dgn itu teori konspirasi terhadap beliau selama ini hampir2 terbukti betul dan benar.
    Anwar besedia utk memberi sampel darahnya bukan atas desakan sesiapa tetapi semata2 hendak membuktikan kesuciannya pada Wan Azizah, Nurul Azah, anak menantu, cucu2 serta kerabat2nya yg lain yg turut menyangsikan kebenaran Anwar selama ini.
    Beliau ingin juga membuktikan kebenaran beliau pada Nik Aziz serta PAS.
    Nik Aziz dan PAS bermati2an mempertahankan bahawa Anwar itu bersih.Apa hal sekiranya Anwar betul2 dah meliwat saiful tidakkah ulama2 besar ini telah sesat dan menyesatkan orang lain pula.Mereka ini akan dituduh bershubahat besar.
    Tok guru tahulah kedudukanya nanti.
    Yg menghairankan Tok Guru tak nasihatkan Anwar bersumpah, tak nasihatkan Anwar beri sampel darahnya secara sukarela. Nampanya Tok Guru pun berperanan besar nak menyurukkan sesuatu.
    Sekali sekala taufiq dan hidayah kena Tuhan beri kepada ulamak2 besar serta kepada anak isteri Anwar.

    March 16, 2011 9:23 PM

    BalasPadam
  6. 1. SUMPAH Al-Quran. Aku dan kau bukan ahli yang berpengetahuan berkenaan hukum-hakam sumpah Al-Quran. Tetapi antara kau dan yusof Al-Qardawi dan Nik Aziz, seandainya berbicara berkenaan Islam... Aku percaya bahawa kau bukanlah orang yang patut dirujuk...... Rest my case.

    2.Andaian kau Anwar bersalah. Tetapi pihak pendakwa hanya terpaksa bergantung pada DNA Anwar untuk membuktikan sama ada beliau bersalah atau pun tidak. Kenapa? Sebab semua bukti2 dan fakta lain itu tidak boleh mensabitkan Anwar? The math = Jika ada 10 bukti. dan kesemuanya tidak menunjukkan ANWAR bersalah.. Cuma satu sahaja iaitu DNA Anwar yang boleh menyelamatkan pihak pendakwaan.... Kenapa mesti bergantung kepada satu sebab DNA sahaja.... Kalau kesalahan memang berlaku, pastinya jika tidak sepuluh bukti telah menjurus, setidak-tidaknya 5 bukti menunjukkan Anwar bersalah pun sudah memadai kita menyatakan ANWAR bersalah... betul tak?

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini