RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Sabtu, 19 Mac 2011

USTAZ ISMAIL KAMUS SEMAKIN PULIH

Semoga Allah sembuhkan Ustaz Ismail Kamus..Ini semua Ujian Allah

Di Khabarkan Datuk Ismail Kamus sedang diuji Allah dengan penyakit. Beliau sedang menderita kerana penyakit buah pinggang.

Assalammualaikum! Sahabat , malam Khamis (3/3/2011) saya berpeluang menziarah ustaz di rumahnya. Ustaz menceritakan tentang rawatan laser yang dia buat ke atas matanya. Dia kelihatan ceria namum agak kurus. Keadaan buah pinggangnya juga beransur baik.



Syukur alhamdulillah, ustaz beransur pulih. Akan tetapi ustaz belum boleh berkuliah ataupun ceramah. Saya fikir untuk sebulan dua ini, tidak ada sebarang program bersama ustaz. Kita doakan supaya ustaz sembuh seperti sediakala. Bersama ini saya sertakan gambar terbaru ustaz untuk tatapan semua.

Malam Rabu (17/3/2011) saya sempat menziarah ustaz di rumahnya. Ustaz kelihatan ceria dan melayan kami seperti biasa. Namum begitu beliau masih lagi dalam proses rawatan. Alhamdulillah rawatan mata dan buah pinggangnya juga sudah menampakkan kesan positif. Rawatannya memerlukan ustaz berpantang makan. Senarai makanan yang perlu ustaz elakkan sangatlah banyak. Kita doakan ustaz kembali sihat./muslimmall.blogspot

5 ulasan:

  1. Semoga uztz pulih dan sehat sperti sediakala..amiin,da terlalu ckit uztz2 begini..

    BalasPadam
  2. saya pakdinrasa .............semasa kecik kecik dulu bermain main dirumahnya ketika itu beliau menuntut di UKM. Adik lelakinya sebaya saya sama bersekolah di SKB Rasa.

    BalasPadam
  3. Semoga ujian yang ditempuhi al-Ustaz Ismail Kamus yang dipenuhi rahmat dan keberkatan dari Allah. Musibah yang menimpa merupakan ujian daripada Allah untuk memilih hambaNya yang taqwa.

    Sorry!
    Aku ingat al-Ustaz kita ni telah diganggu jin atau saka, maklumlah sl-Ustaz kita ni selalu kacau jin dan suka sangat keluarkan saka dari tubuh manusia.
    Sepatut beliau scan kali kedua, takut-takut bukan sakit buah pinggang, tapi saka atau jin sedang bertelur dalam perutnya.
    Lepas ni ceramah agama aje, tolonglah ramai lagi manusia diluar sana nak keluar dari kegelapan. Ceritalah yang benar, jangan pula ambil kesempatan dari kejahilan mereka mengenai agama yang indah ini.

    BalasPadam
  4. ya Allah,panjangkanlah umur ustaz..masih banyak lagi ilmu2Mu yang perlu ku timba melaluinya

    BalasPadam
  5. pemberian ilmu yg bersahaja tetapi banyak perkara perlu didalami . aq quote ayat yg agak famous "ckp byk2 xblh nnt kna gam plak"

    BalasPadam