Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pulau Pinang, Amir Ghazali, menyifatkan penahanannya bersama Ketua Cabang Nibong Tebal dikenali sebagai Haji Wan selama empat jam, semalam, sebagai perbuatan pilih kasih.
Beliau berkata demikian kepada KeadilanDaily selepas dibebaskan dari lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Selatan kira-kira jam 11.30 malam tadi selepas keterangan mereka diambil.
Amir kesal kerana demonstrasi yang dilakukan badan bukan kerajaan (NGO) yang ada hubungan dengan Umno tidak diganggu polis, sekalipun melibatkan isu yang tidak wajar.
“Ini tindakan dwistandard polis kerana demo Umno BN tidak pula diganggu polis. Malah mereka semakin rancak berdemo dan diberi liputan media dengan meluas,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Sikap polis yang sebegini, kata Amir, akan menjadikan golongan belia mengambil sikap lebih kritikal dengan kerajaan. Amir ditahan kira-kira jam 6.30 petang sewaktu mengetuai demontrasi menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Anwar
Ibrahim yang kini berhadapan kes Fitnah II untuk tidak menyerahkan DNA beliau.
Demontrasi berkenaan disertai antara 30 hingga 50 orang ahli parti dan rakyat kebanyakan.
Untuk rekod, undang-undang Malaysia tidak membenarkan seseorang tertuduh diambil sampel DNA tanpa kebenaran.
Selain itu, wujud kebimbangan kemungkinan sampel DNA disalah guna sebegaimana dalam kes Fitnah I pada 1998 apabila seorang pegawai polis, ASP Rodwan memanipulasikannya dengan meletakkan DNA itu pada tilam yang dijadikan bahan bukti.
P.D.R.M Pasukan Dajal Rosakan Melayu.P.D.R.M Perancangan Datin Rosmah Menjadi realiti. P.D.R.M Polis Dahului Rasuah Menguatkan Umnoapco. P.D.R.M Pembangkang Dimangsakan Rakan Mahadhir diutamakan.P.D.R.M Penuh Duit Rasuah Menyeksakan Diri kah! kah! kah! dulu kini selamanya
BalasPadam