RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Rabu, 16 Mac 2011

MAT SABU TIMBALAN PRESIDEN PAS ?

Oleh: WFAUZDIN NS

TERAMATLAH setujunya saya apabila membaca laporan di dalam Malaysiakini yang menyebut bahawa ada sekumpulan di dalam PAS ingin membawa Mat Sabu ke jawatan lebih tinggi di dalam kepimpinan PAS di dalam Muktamar Pemilihan PAS akan datang. Saya berpendapat tempat paling baik dan sesuai buat tokoh yang `vokal' dan `radikal' seperti beliau adalah sebagai Timbalan Presiden PAS.

Di dalam menghadapi situasi politik di negara ini di masa-masa akan datang memerlukan tokoh seperti Mat Sabu. Jika di zaman Nabi Muhammad S.A.W, beliau mempunyai pejuang yang berbagai watak samada yang lembut mahu pun yang berpewatakan keras. Ini penting untuk `Uslub' perjuangan Islam bergantung kepada situasi yang dihadapi. Sayyidina Omar R.A sebagai contoh adalah sahabat Nabi yang terkenal dengan `tegas dan keras' di dalam membela Islam. Beliau amat digeruni oleh musuh-musuh Islam ketika itu.

PAS perlu tokoh yang seperti Mat Sabu untuk mempertahankan PAS di dalam menghadapi musuh politiknya. Tidak dapat dibayangkan jika semua pimpinan PAS berperwatakan seperti Tuan Guru Nik Aziz atau pun seperti Tuan Guru Haji Hadi. Mereka sebagai Ulamak yang mempunyai cukup kesabaran di dalam menghadapi serangan musuh. Sudah tentu musuh PAS amat gembira jika kesemua pimpinan PAS bersikap sedemikian.

Justeru itu, Mat Sabu boleh diangkat sebagai pengimbang di dalam pendekatan dakwah PAS. Beliau juga layak kerana tidak mempunyai ramai `seteru' samada di dalam parti mahu pun di luar parti. Hubungan rapat beliau dengan pemimpin DAP seperti Lim Guan Eng akan dapat memberi kebaikan bersama kepada PAS dan DAP. /wfauzdin.blogspot.com

3 ulasan:

  1. aljuburi! haha..terima kasih mat sabu kerana gelaran yg ko kasi kat nuar..tak sia2

    BalasPadam
  2. Wan, cuma aku nampak skrg ni Tuan Ibrahim Tuan Man dilihat mampu utk mengambil alih pucuk pimpinan PAS dan Mat Sabu menjadi gandingannya...

    Senang cakap :-

    Presiden = Tuan Ibrahim Tuan Man

    Tim. Presiden = Mat Sabu

    Naib Presiden 1 = Husam Musa

    Naib Presiden 2 = Salahudin Ayub

    Naib Presiden 3 = Mahfuz Omar

    Kepada Ustaz Nasa, selamat jalan buatmu...

    BalasPadam
  3. Ustaz Nasharudin Mat Isa memang patut berundur dari pucuk pimpinan PAS kerana imejnya yg telah dipandang serong oleh sebilangan besar penyokong PAS akibat peristiwa terkantoi dgn pendedahan Pak Lah mengenai isu UG atau perpaduan tempohari...

    Terima kasih jika anda sukarela untuk berundur...

    BalasPadam