RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Khamis, 9 Jun 2011

PAS SATU-SATUNYA PARTI POLITIK SOSIALIS YANG MEMPUNYAI MAJLIS SYURA ULAMAK?

Oleh: WFAUZDIN NS

HARI ini seorang Penganalisa Politik, Datuk Dr Zainal Kling membuat kenyataan di dalam akhbar Sinar bahawa PAS kini menuju ke arah parti sosialis. Saya tidak tahu selama ini apa yang dianalisa oleh Penganalisa Politik yang pro Umno tersebut berkaitan dengan PAS dan adakah beliau faham dengan dasar PAS semenjak ia ditubuhkan.

Kenyataan beliau itu tidak lebih daripada untuk membantu Umno di dalam menjalankan propaganda terhadap PAS yang kini semakin mendapat sokongan rakyat berbilang kaum dan agama. Apa buktinya PAS menuju ke arah sosialis dan bukti menunjukkan PAS telah mengubah dasarnya? Adakah kerana kemenangan Mat Sabu yang bukan dari golongan Ulamak menjadikan PAS sebagai sosialis? Mat Sabu seorang sosialiskah?

Mengapa Dr Zainal Klin ini tidak mengulas tentang Majlis Syura Ulamak dan Dewan Ulamak yang masih dikekalkan di dalam PAS sebagai badan yang mempunyai kuasa tertinggi melebihi Presiden dan Mursyidul Am PAS sendiri? Cuba sebutkan di mana contoh sebuah negara sosialis atau parti sosialis yang mempunyai Majlis Syura atau Dewan Ulamak?

Beliau selanjutnya menyebut bahawa PAS telah berubah daripada ingin membentuk Negara Islam kepada sebuah Negara Berkebajikan. Mengapa terlalu cetek pemahaman Dr Zainal Kling di dalam hal ini? Adakah sebuah Negara Islam itu tidak menitikberatkan kebajikan? Apa ertinya negara yang hanya menjadikan kebajikan sebagai slogan atau retorik seperti Umno yang juga mempunyai Kementerian Kebajikan, Rumah Kebajikan termasuk loteri kebajikan? PAS meletakkan harapan untuk mewujudkan Negara Berkebajikan berpaksikan kepada Islam bukan mencontohi seperti apa yang Umno telah lakukan selama ini.

Sekiranya PAS menyebut Negara Islam sekali pun, asasnya adalah juga kebajikan dan keadilan sejagat. Umno sering mendakwa negara ini adalah Negara Islam, tetapi apa yang telah mereka lakukan banyak yang menyimpang dari Islam. Ini bukti menunjukkan mempopularkan nama Negara Islam tidak membawa apa-apa erti tanpa penghayatan sebenar. Islam hanya digunakan oleh Umno hanya untuk meneruskan kuasa mereka menindas rakyat.

Konsep Negara Berkebajikan lebih mudah difahami oleh semua termasuk yang bukan Islam. Mereka akan mengetahui betapa Islam itu bukan hanya memperjuangkan hukum Hudud semata-mata. Hukum Hudud juga tidak boleh dilaksanakan sekiranya negara ini rakyatnya susah dan miskin akibat kebajikan rakyat tidak terbela. Justeru itu, pengutamaannya adalah melaksanakan kewajipan untuk membentuk negara yang adil dan berkebajikan terhadap rakyatnya./wfauzdin.blogspot.com

2 ulasan:

  1. Ni satu lagi tenaga untok kucar kacirkan Pas.

    BalasPadam
  2. manusia kalau dah makan hasil haram..gelap hatinya tentang kesucian islam..takkan nampak sampai kiamat.

    BalasPadam