RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Isnin, 4 Julai 2011

BERSIH - KITA SEBENARNYA TELAH MENANG, MEREKA TERPAKSA GUNA TALIAN HAYAT


Oleh: WFAUZDIN NS

JIKA ditanya kepada semua penyokong Perhimpunan BERSIH, adakah mereka bersetuju untuk membatalkan perhimpunan BERSIH yang dijadualkan pada 09 Jul ini semata-mata kerana tekanan atau ugutan dari puak penentang BERSIH, sudah pasti mereka semua akan menjawab TIDAK. Tetapi, jika ditanya adakah perlu dibatalkan Perhimpunan BERSIH selepas kita mendapat nasihat dari DYMM YDP Agung, maka tentulah jawapannya bercampor baur.

Secara peribadi, di peringkat ini BERSIH sebenarnya sudah memenangi dari segi moral kerana kita mampu bertahan sehinggakan ke peringkat Istana di mana kita bagaikan `ditelan mati mak, diluah mati bapak'. Apa pun, saya berpendapat semangat BERSIH harus dikekalkan walaupun akhirnya kita mengambil keputusan taat kepada Raja.

Cadangan yang harus diambil kira oleh Penganjur BERSIH sekiranya Perhimpunan BERSIH `terpaksa' dibatalkan adalah dengan kita menggantikan dengan Perhimpunan Mega dan Ceramah Mega di Stadium Shah Alam pada tarikh yang sama beserta pakaian Kuning BERSIH yang sama. Sejurus selepas ceramah, BERSIH akan menghantar wakil untuk menyerahkan memorandum ke Istana.

Program tersebut mesti diadakan demi untuk `menjaga hati' semua penyokong BERSIH yang telah bersedia untuk ke KL. Ianya juga adalah satu isyarat bahawa BERSIH tetap komited untuk memperjuangkan 8 tuntutan tersebut dan kita boleh buktikan kepada pihak yang anti BERSIH (kotor?) bahawa kita sebenarnya telah `berjaya'. Walaupun kita tahu lebih awal, sekiranya perhimpunan tersebut dibatalkan, berkumandanglah media pencacai menyiarkan berita `Perhimpunan BERSIH tidak mendapat sambutan rakyat'.

Justeru itu, tiada pilihan lain momentum ini mesti dikekalkan dengan pendekatan lain. Kita cabar pihak berkuasa untuk memberikan jaminan bahawa sekiranya perhimpunan ini ditukarkan ke Stadium Shah Alam, mereka harus berani memberikan kebenaran dan tidak cuba menganggunya lagi. Terpulang kepada PERKOSA, Patriot (Pakturut?) atau Pertubuhan Silat Pulut yang lain untuk berhimpun samada bersama kita di dalam stadium mahu pun di luar stadium.

Kita tunggu keputusan pihak Penganjur BERSIH yang dikatakan akan mengadap Ke Bawah DYMM YDP Agung selepas ini. Apa yang pasti, satu kemenangan moral buat kita kerana akhirnya pihak mereka terpaksa menggunakan `talian hayat' mereka yang terakhir. /wfauzdin.blogspot.com

17 ulasan:

  1. Daulat tuanku -- sembah patik sembah beradat -bersihkan spr dari kekotoran puak puak umno yang zalim lagi menzalimi

    BalasPadam
  2. ambiga ngan puak fuckatan sbnarnya da goyang..kecut telor..nasib baik ade titah tuanku Agung, so boleh la diorg nak sembunyikan kekecutan telor mereka dgn menggunakan titah sultan sbg alasan..

    ambiga dah hint sejak minggu lepas lagi, yg BERSIH ni kang kalu buat dah la takde permit, tak dapat sambutan plak tu, kang tak pasai2
    memalukan kemaluan diri sendiri..

    tula pasal anwar jubor dah awal2 cabut lari ke Jerman..

    kah kah kah..

    Kesian

    BalasPadam
  3. Anon 6:38 jangan cakap besarlah, Najib tu dalam ucapan depan kakitangan di Putrajaya pagi tadi dah macam nak menangis dah. Aku tahulah sebab aku.... kau fikir sendirilah. Sebut je BERSIH dia sebak, sebut je perhimpunan haram dia sebak... so sapa yang kecut, aci lawan kalau londeh seluar mangkuk seekor tu bukan takat telur... satu set burung dah hilang dari sarang.

    BalasPadam
  4. nak komen letak nama laaa atau id anda. aku gelak juga bila putera dan pemuda umno berbicang dgn hishamudin. Bermakna hshammudin terbabit dengan demo putera dan pemuda. yang kalut adalah umno / bn . sampai minta DYMM campor tangan . DYMM bertitah bawa berbincang. Tapi UMNO / BN tak faham. Itu satu masaalah juga. Aku tak suka kata - kata kesat .. kerana puak umno / bn yang suka bergitu .

    BalasPadam
  5. Menang moral apa?

    Agong larang, Mufti2 larang, Drebar Teksi marah, Pekedai marah, Polis nak tangkap, Gabungan Persatuan Persilatan nak tampar, HINDRAF yang haram pun tak sokong, 2,000 lebih lapuran polis membantah, habis manusia yang waras dok kutuk kamu....,

    Kamu kata kamu menang moral??

    Ptuuiihh...!!

    BalasPadam
  6. http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=6bc4krVVcfY

    BalasPadam
  7. http://www.youtube.com/watch?v=rGNfHJXlvIY&feature=player_detailpage

    BalasPadam
  8. http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=dqITXZ8ljrU

    BalasPadam
  9. Kesian tgk Puak PAS, PKR dan tuan punya blog sbb terpaksa bertuankan Ambiga (musuh Islam) sbb nak jatuhkan kerajaan.

    Dah takde tuan lain ke?

    Tuan punya blog pun terpaksa ikut tukar background kaler kuning?

    Kesian...

    BalasPadam
  10. kalau susah sangat nak diteruskan perhimpunan tu....,apa kata kalau di tukar jadi larian rakyat "BERSIH 2.0" macam larian 1 malaysia tu atau larian feel good run ...atau macam larian-larian amal yg lain tu!!!.....kita sama-sama tengok boleh tak,..kalau boleh ,rasanya tentu ramai yg datangkan siap bawa ahli keluarga lagi tu...rasa-rasanya cara ni boleh kot

    BalasPadam
  11. hahaha bemoral le tu ye,
    setelah pas nak kan negara kebajikan, tiada negara islam dlm alquran, bila org mengungkit syuhadah mamali tu, ape nak dihukumkan. mengafirkan umno, kena kat diri sendiri.

    anuar aljuburi, gelaran yg dianugrah oleh mat sabu tanpa saksi, tanpa bukti

    ape lagi yg ada melainkan nak test pandangan umum. adakah mereka gulungan taksub, fanatik atau memang mudah lupa.

    ambiga tu hanya alat, org lain tu alat, spr tu baba black sheep hahaha

    hina islam buat dek pas.

    BalasPadam
  12. Melayu Perak tak yang bincang di sinilah, akidah kau dalah luruh beberapa hari yang lalu. Aku ni jenis Melayu tak boleh lupa punya.

    BalasPadam
  13. Ini apa yang aku faham dari Titah Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.

    Jika dilihat kepada situasi terkini, dengan hadirnya titah Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, matlamat Himpunan BERSIH 2.0 dapat dikatakan telah mencapai matlamatnya. Cuma memorandum rasmi sahaja tidak di tangan Seri Paduka namun sememangnya di dalam pengetahuan Baginda. Matlamat kita untuk berhimpun pada 9 Julai 2011 adalah untuk mendapatkan perhatian Seri Paduka bagi menzahirkan hasrat rakyat di Malaysia yang ingin agar SPR dapat mewujudkan pilihanraya yang adil dan telus di dalam hakikat yang sebenar. Dengan titah dari Seri Paduka secara tidak langsung Baginda sememangnya telah sedia maklum akan kegusaran kita tentang ketidaktelusan dan ketidakadilan SPR.

    Titah Seri Paduka juga secara tidak langsung telah menempelak tindakan zalim dari kerajaan Barisan Nasional yang cuba menghalang hasrat rakyat untuk mendapat perhatian Baginda. Titah Seri Paduka juga turut menghendik salah laku kerajaan Barisan Nasional yang menyalahguna kuasa dan pentafsiran undang-undang secara salah oleh pelbagai pihak dan agensi kerajaan. Lebih memalukan, Baginda turut menasihatkan kerajaan di bawah Perdana Menteri agar lebih bijaksana dan adil dalam setiap tindakan yang dilakukan. Ini bermakna, Seri Paduka tidak menggemari tindakan kekerasan dan penipuan kerajaan Berisan Nasional yang dilihat kurang bijaksana dan adil dalam urusan pentadbiran kerajaan.

    Titah Seri Paduka dilihat tidak menyalahkan Himpunan BERSIH yang ingin diadakan memandang himpunan ini adalah sebahagian intipati yang dibolehkan bagi sebuah negara demokrasi berparlimen, di dalam hak untuk bersuara, berkumpul dan bergerak di serata pelusuk negara. Walau bagaimanapun tidak dinafikan Seri Paduka dilihat gusar terhadap kebarangkalian buruk yang berlaku jika Himpunan BERSIH 2.0 terus diadakan. Ini memandangkan terdapat dua kumpulan pelampau yang sebelum ini dengan sengaja cuba mencetus provokasi dalam dalam menggugat Himpunan Aman yang ingin dilakukan oleh rakyat, selain oleh pihak agensi kerajaan sendiri angkuh menutup pintu rundingan selain melakukan kekerasan dan tangkapan atas alasan pencegahan walaupun secara nyata melanggar undang-undang. Ini menyebabkan titah Baginda terungkap, 'Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.' yang bermakna Seri Paduka memahami niat baik Himpunan BERSIH 2.0 diadakan.

    Secara nyata, titah Seri Paduka berkehendakkan kedua-dua pihak melakukan runding atas perkara yang berbangkit. Ketidakupayaan kedua-dua pihak untuk mengada rundingan mampu dilihat sebagai cuba mencemar saranan Seri Paduka.

    Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku.

    Allahhu Akhbar, Allahhu Akhbar, Allahhu Akhbar.

    BalasPadam
  14. Faktanya...Umporno guna Agung....Macam masa debat yg tak jadi antara PAS - Umno dulu la....guna nama agung gak batalkan debat...mueheheeee...taktik lapok maaaaa....dayus juga...alasan kunun Ambiga tu Hindu...masa BERSIH 1 dulu, Syed Shahir org Islam yg pimpin BERSIH, puak dayus tu tentang juga....itu alasan org dayus dan bacul je.....ehehhhh

    BalasPadam
  15. yg pastinye, org yg paling lega dgn titah agung ini adalah ambiga dan fuckatan..malu wei kang berhimpun sekangkang kera je yg kuar..bygkan diorg dok menyalak, padahal rakyat duk rumah lepak tgk tv tgk kebodohan mereka dijadikan babi hitam ambiga, si pro murtad..

    bila agung kuarkan titahnye, segera puak2 fuckatan menyebut "daulat tuanku, daulat tuanku" hahahahaha..lega la akhirnya ada alasan utk mereka tak kuar sambil tak menanggung malu..

    kah kah kah!

    BalasPadam
  16. babi terlepas kandang berkeliaran dalam ladang.tuan punya ladang pula masih hanyut entah kemana dengan membiarkan babi tersebut terus menyondol sana menyondol sini sementara makan dihulurkan.jika makanan telah diperolihi akan tidurlah kekenyangan untuk seketika dan akan menyondol semula jika lapar kerana mereka tahu setiap sondolan akan ada upahnya.
    babi tidak bernama ini sukar dikenali samada babi hutan atau babi belaan.
    tuan punya babi inlah yang pernah melafazkan perkataan "NATANG' yang membawa makna binatang pada seorang yang amat dihurmati dan kini tuan babi cuba menunjukan dirinya baik tetapi sudah terlewat kerana orang tau mereka juga babi,sama macam babi peliharaan mereka.

    BalasPadam
  17. yo bro wfauzdin..

    hang tokey ladang babi ka?

    kuang hajar betul Jap SP 9.14 am tuduh hang tokey ladang babi..kalu betul hang tokey babi pun, sbg tokey, hang kena la bertanggungjawab kat babi2 hang tu..kena la bagi babi2 hang makan dgn cukup..sbb babi sifatnye kalu bila da menyondol, dia da taknak mengaku yg dia babi..

    hanye tokey babi je yg paham sifat2 babi ini..

    sekian

    BalasPadam