RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Isnin, 2 Januari 2012

MAHASISWA JANGAN PUTUS SEMANGAT - NURUL IZZAH

Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad (bawah) pula mendakwa mahasiswa yang tercedera itu Muhammad Safwan Anang dipukul oleh lapan anggota polis menyebabkan "beliau mula-mulanya koma dan mengalami tulang pipi yang patah sebelum beliau akhirnya sedar diri."

 
 
"Tindakan polis pada hari ini jauh berbeza dengan tindakan mereka ketika perarakan mahasiswa ke PWTC yang berkesudahan dengan berkibarnya panji kebebasan akademik," katanya dalam kenyataan hari ini.

NONE
Sementara itu, Naib Presiden Nurul Izzah Anwar menyifatkan tindakan polis sebagai tidak demokratik, bersifat “negara polis” dan memalitkan titik hitam di awal sambutan tahun baru 2012.

Anggota parlimen Lembah Pantai itu berkata, ia memberikan mesej yang jelas kepada rakyat Malaysia tentang "kerakusan" kerajaan menggunakan polis untuk mengekang hak dan kebebasan bersuara yang termaktub dalam perlembagaan.
Ini juga bertentangan dengan Akta Perhimpunan Aman 2011 yang diumumkan oleh Perdana Menteri dan seterusnya diluluskan oleh Parlimen Malaysia baru-baru ini.

"Saya tekankan bahawa Mahasiswa atau anak muda punyai hak menuntut kebebasan dan pemansuhan AUKU dan tindakan menangkap dan merempuh mahasiswa yang datang berhimpun di bawah Suara Mahasiswa tidak merupakan satu kesalahan," katanya.

Nurul Izzah juga percaya gerakan mahasiswa tidak akan lemah ekoran insiden awal pagi tadi untuk terusterus memperjuangkan perubahan untuk mereformasikan Universiti, kebebasan akademik serta pemansuhan AUKU./Malaysiakini

3 ulasan:

  1. TERUSKAN PERJUANGAN WAHAI ANAK2 MUDA. LAWAN SAMPAI MENANG...

    BalasPadam
  2. ya anda ada hak untuk bersuara tapi bukan memanggil pihak berkuasa sebagai anjing .

    anda bebas menuntut kebebasan akademik tapi anda perlu sedar kebebasan akademik bukan dijalanraya.

    anda boleh berdemo tapi bukan dengan memanjat dan menggoncang pagar tempat anda mencari ilmu

    anda boleh zahirkan ketidakpuasan hati tapi bukan cara melawan undang2 dan larangan pihak berkuasa.

    anda bebas untuk memperjuangkan hak tapi bukan dengan memecahkan pintu klinik.

    anda boleh mengutarakan prinsip anda tapi bukan dengan cara menjadi kuda tunggangan ahli politik

    dan anda boleh berbaring diatas jalan sampai anda tua tapi jangan sesekali menyusahkan orang lain.

    BalasPadam
  3. Isu utama yang sedang dihadapi oleh mahasiswa UPSI ialah graduan UPSI tiada tempat untuk mengajar.

    Cara penyelesaiannya ialah melakukan conversion ijazah Sarjana Muda Pendidikan kepada ijazah Sarjana Muda Sains/Kejuruteraan/Sains Komputer/Pentadbiran Perniagaan/Ekonomi dengan PGCE yang mempunyai nilai mata kredit untuk ijazah sarjana (perlu ditambah setahun atau setahun setengah lagi) supaya graduan UPSI lebih mempunyai nilai komersil.

    Apabila ini dilakukan, peristiwa UPSI pasti tidak akan berlaku lagi

    BalasPadam