RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Khamis, 5 Januari 2012

RAJA PETRA HANYA MENGULANGI PEMBOHONGAN UMNO SEMATA-MATA


Tuan/Puan Editor,

Raja Petra Kamaruddin membuat tuduhan baru-baru ini kononnya tauke-tauke Cina membayar duit kopi untuk mendapat kontrak di Selangor.

Maka, kesimpulannya adalah kerajaan Selangor masih korup seperti sebelum ini.

Suka saya bertanya kepada Raja Petra, masa bilakah Menteri Besar Selangor sekarang ini telah membelanjakan RM1.5juta semata-mata untuk pergi bercuti ke Disneyland dan Perancis?

Saya menyokong kenyataan SU Politik Menteri Besar Selangor, Cik Faekah Hussin, yang meminta Raja Petra membuat laporan rasmi terhadap tuduhan beliau itu.

Hairan saya, mengapa perlu mengeluarkan tuduhan yang tidak berasas ini di media-media milik UMNO sedangkan beliau hanya perlu membuat laporan rasmi sahaja kepada Kerajaan Negeri Selangor. Malahan, Kerajaan negeri Selangor menyediakan peruntukan sejumlah Rm15 juta setahun bagi tujuan membasmi korupsi.

Suka saya nyatakan tindakan Raja Petra membuktikan beliau telah menjadi seorang blogger upahan UMNO.

Segala prinsip dan pegangan yang beliau ada sebelum ini telah terjual kepada musuh yang hanya mahu mengekalkan sistem korup dan bernanah yang ada sekarang ini.

Saya cukup kesal akan tindakan Raja Petra yang telah mengkhianati perjuangan dan hasrat jutaan rakyat Malaysia yang mahukan sebuah negara yang bebas dari rasuah dan korupsi.

PENGUNDI DUN KOTA ANGGERIK
 
Sumber:  Melalui email

4 ulasan:

  1. Poie JAHA6 dgn anak raja separa melayu ni ,,, dia jenis manusia pengecut yg tidak berani menghadapi kemungkinan.. Anwar ibrahim hebat ,, berani dan ada pendirian ,,,,

    BalasPadam
  2. Dah jelas RPK ni jenis hidup nak makan takda bezanya dgn yg ada di ladang NFC .

    BalasPadam
  3. hahaha...Tapi dulu aku berdansa dengan music beliu..Kini aku berdengung lagi...silap aku kah atau silap dia..
    bergitu juga lah sampai bila2,,..
    heheheee..

    BalasPadam
  4. Dia cuba membeli "one way ticket back to Malaysia". Itu je cara yg ada pd ny utk kmbali ki negara ini scara selamat.Kita smua sdia mklum yg mereka2 yg mnyerang DSAI dn PR akn mndapat imbuhan.

    BalasPadam