RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Sabtu, 7 Januari 2012

PECAT HASSAN ALI ATAU PILIH DIA JADI PRESIDEN

Oleh:  WFAUZDIN NS

MASIH lagi isu Hassan Ali yang menjadikan PAS sekarang serba salah samada mahu mencampakkan `musang berbulu ayam' ini keluar dari PAS. Hari ini dikatakan `musang' ini akan turut berhimpun di Seremban kononnya mahu selamatkan akidah.  Buat apa mahu berhimpun selamatkan akidah orang lain?  Bukankah akidah orang lain itu soal peribadi masing-masing?  Jaga sahaja akidah diri sendiri.

Ayat di atas adalah perumpamaan yang dipetik dari kata-kata Hassan Ali yang mendakwa kes yang menimpa DS Anwar di mahkamah yang bakal diputuskan 09 Jan ini nanti adalah masalah peribadi, tiada kena mengena dengan orang lain.  Hassan Ali sebelum ini telah berpesan kepada anak-anak beliau agar tidak menyertai orang ramai yang ingin berhimpun menyokong DS Anwar nanti, dan beliau awal-awal lagi tidak akan turun, katanya.  Semenjak bila kita dapat melihat Hassan Ali ini rajin berhimpun atau berdemontrasi?

Mengulas kenyataan Hassan Ali yang mengajak Mahasiswa dan orang ramai agar tidak hadir di mahkamah memberikan sokongan kepada DS Anwar pada 09 Jan nanti, Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata, " Pas hanya mempunyai seorang presiden dan oleh itu setiap ahli perlu patuh arahan ketua, bukannya pihak lain berhubung keputusan menyokong perhimpunan Bebaskan Anwar 901 (Sinar).

Ertikata lain Hassan Ali tidak patuh kepada ketua malahan mengajak ahli-ahli PAS agar tidak patuh kepada ketua.  Itulah bersihnya jiwa nurani Pakar Motivasi ini.  Sudah tentu PAS tahu apa yang patut dilakukan kepada Hassan Ali.  Kalau PAS tidak mahu pecat Hassan Ali, lebih baik PAS lantik dia sebagai Presiden PAS./wfauzdin.blogspot.com

9 ulasan:

  1. sekadar renungan;sekiranya kita tak mampu memberi kebajikan kpd kumpulan takusah pula menyusah knnya..apakah ini caranya menarik perhatian tujuan menonjolkn diri adalah"bijak"? kadang2 ada insan graduate dikatakn bijak tp tingkahlaku bak budak tadika kemas.harap bersabar sehingga parlimen bubar,

    BalasPadam
  2. Bro, aku rasa catatan ni x de membawa apa2 erti selain dr akan menambahkan masalah hubungan antara parti. Aku faham, tetapi hati kita semua terguris tetapi jgn melatah dalam membuat tindakan dan ulasan. Soal Pas, kita serah kat Pas

    BalasPadam
  3. Melatah tak melatah tapi Hasan Ali terang2 dh mewakili umno hancurkan PAS

    BalasPadam
  4. Jangan pecat Hasan Ali ni.... biarkan saja dia meroyan sorang diri... lepas ni PAS akan singkirkan dia sedikit demi sedikit.... yang pasti PRU 13 nanti PASTI nama dia dah takder... lepas tu baru dia sedar diri... bila dah takder kuasa.,, lagipun kebanyakan pemimpin utama PAS dah tak kuasa nak layan sangat 'meroyan' dia tu. Tu tanda diaorang dah MELUAT sangat kat Hasan Ali ni.

    BalasPadam
  5. ini la, dia pada pendapat aku nak keluar PAS dan masuk UMNO tapi kerana Baiah, nanti menduda dan menjanda lak deme. So dia buat gitu supaya PAs buang dia dan ada peluang dia akan dicalonkan dalam UMNO.

    Jadi tindakan yang paling baik ialah biarkan dia menyalak sampai semput dan bila PRU diumum dia masih dalam PAS so dia tak leh gi mana. Biarkan dia menyalak puas puas dan layan bagi dia syok je. Kalau tak pun usah layan. Lantak kat dia meroyan sesorang. Amacam.

    BalasPadam
  6. kah kah kah!
    kau orang semua tiada akal ke atau tak cukup akal?.
    buatlah kerja guna kepala otak!, telah termaktub dalam perlembagaan parti, seseorang ahli PAS hanya boleh disingkirkan melalui jawatankuasa disiplin parti, bukan dengan mengundi dalam blog atau FB.
    kalau kau orang berjaya kumpul 15 juta undi sekali pun, si Hasan Ali yang durhaka itu tidak akan tersingkir dari PAS.
    Ini bermakna, kuasa untuk menyingkirkan Hasan Ali daripada PAS adalah AJK disiplin parti.
    Kuncinya, adakah pimpinan parti mahu buang si Hasan Ali yang didakwa telah dengan sengaja "berak atas bendera PAS dan kentut atas muka pimpinan PAS", .
    Jawapannya jelas, adakah TGHH, anak Tuan Man, Harun Din, Harun Taib, Mustafa Ali, Nasaruddin al-Tantawi dan Nik Abduh menantu Fatah berpendapat bahawa Hasan Ali bersalah. Jelas sekali bahawa mereka berpendapat sebaliknya, dimana kentut yang dilepaskan Hasan Ali kepada PAS telah diputuskan sebagai "kentut yang berbau harum dan sedap didengar".
    Asas inilah yang menyebabkan pimpinan PAS membisu dan kelu lidah untuk berkata-kata.
    Kalau kau orang gila sangat nak buang Hasan Ali, lebih baik kau orang kempen untuk hapuskan pelindung Hasan Ali daripada pimpinan parti.

    BalasPadam
  7. Berahim katak bagi jawatan Al Kalifah ( PERKOSA )kepada asan A/L ali sekiranya menyatai PERKOSA.

    BalasPadam
  8. Hasan Ali eloklah jadi kera sumbang.Kalau apa dah diputus oleh mesyuarat,kita kena ikut.Walau pun kita rasa diri kita betul.ITU LAH AKIBAT KALAU ORANG RASA DIRI NYA PANDAI.

    BalasPadam
  9. Hasang Ali seorang instigator, orang kanan Kolonel Mat. Hasan Ali belum dapat pangkat Kolonel lagi.

    BalasPadam