RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Rabu, 21 Mei 2014

DEMO DI HADAPAN PEJABAT PKR TROPICANA MALAM TADI TANDA AHLI SAYANG KEPADA PARTI

MALAM tadi dkhabarkan lebih kurang 200 orang berkumpul di hadapan Ibu Pejabat PKR di Tropicana kerana ingin menunjukkan rasa tidak puas hati mereka terhadap JPP (Jawatankuasa Pemilihan Pusat) yang dianggap mereka gagal menguruskan pemilihan di dalam parti dengan telus.  Mereka hadir dengan berbagai sepanduk yang mengecam beberapa tokoh tertentu yang dianggap mereka sebagai tali barut segala penipuan sepanjang pemilihan berlangsung.

Jika dilihat secara zahir, perbuatan berhimpun seperti ini dilihat tidak bijak untuk meningkatkan imej parti.  Tentunya orang akan kata mengapa tidak dibantah secara dalaman tanpa diperlihatkan terutamanya kepada media pencari berita longkang seperti Utusan meloya atau TV3 suku.  Modal besarlah mereka.  

Kita mesti ingat, pemilihan tahun 2010 dulu pun banyak aduan yang dilaporkan.  Adakah dapat diselesaikan dengan baik?  Berapa banyak yang disimpan di bawah karpet?  Aduan dilakukan secara resmi melalui prosedur yang ditetapkan juga.  Waktu itu tiada himpunan seperti malam tadi.  Oleh kerana pihak atasan melihat bantahan itu seperti tidak serius, mereka pun anggap tidak serius untuk memperbaikinya.

Oleh kerana itulah pemilihan kali ini berlaku lagi.  Kita jangan tuduh semua tempat berlaku penipuan tetapi kita tidak boleh nafikan ianya berlaku di beberapa tempat.  Yang menuduh juga kemukakan aduan mengikut prosedur.  Di dalam tempoh aduan disiasat, masih berlaku juga di tempat lain.  Ertinya, apa yang berubah dan di mana kepekaan JPP?  Mungkin atas sebab inilah segelintir yang mahu melihat JPP bangun segera dari lena untuk baiki proses pemilihan kali ini dengan serius, maka malam tadi mereka berhimpun di hadapan Ibu Pejabat.  

Tidak cantik dipandang tetapi apa lagi pilihan yang ada?  Tentunya cara malam tadi lebih baik dari cara mereka bertindak keluar dari parti hanya kerana pemilihan yang mereka anggap tidak adil.  Biar kita seperti berbalah waktu ini daripada kita memiliki pemimpin yang tidak amanah dan jujur.  Perlu ada pengorbanan sedikit sebanyak untuk memperbaiki parti.  Ada pendekatan lembut dan ada pendekatan dilihat agak kasar namun ianya semua untuk memperbaiki parti.  Salahkah begitu?

Malam tadi, DS Anwar yang ketika itu ada perjumpaan dengan JPP turun menemui sekumpulan yang berhimpun.  Agak tegas tetapi penuh hikmah, DS Anwar menyebut bahawa semua aduan wajib disiasat dan tiada siapa yang akan dilepaskan sekiranya terdapat bukti kukuh.  Beliau arahkan semua yang berhimpun bersurai kerana beliau bimbang peristiwa ini akan dimanipulasikan oleh media rejim yang sentiasa menunggu peluang.

Kesemua yang berhimpun akhirnya bersurai kerana menghormati tokoh utama mereka.  Semoga JPP lebih peka dan bertindak segera sebelum terlambat.  Jika ada aduan, ada bukti kukuh maka buatlah keputusan.  Jika tiada bukti kukuh, maklumkan secara terbuka agar semua mendapat maklumat di atas aduan mereka.  Tidak guna disimpan atau disorok lagi.

Isnin, 19 Mei 2014

MENGAPA PERTIKAIKAN CALON DAP, DYANA ?

MENGAPA ada yang pertikaikan calon DAP, Dyana Sofya bertudung dan berbaju kurung sewaktu hadir di pentas PAS di dalam kempen PRK Parlimen Teluk Intan?  Adakah kerana selama ini kita lihat beliau tidak bertudung maka kita kutuk dan keji beliau bila bertudung?

Memang benar, sebagai orang Islam menutup aurat itu wajib.  Tidak kira di mana pun fahaman politiknya maka hukum asas menutup aurat ini tetap wajib apatah lagi orang itu orang besar dan pemimpin negara yang sentiasa menjadi perhatian, contoh kepada rakyat.  

Dyana Sofya adalah ahli DAP.  Namun beliau umat Islam dan tentunya beliau tidak boleh lepas dari hukum Islam di dalam bab aurat.  Ini perlu kita peringatkan kepada beliau bahkan sesiapa saja yang mengaku Islam.  Tetapi apabila beliau bertudung dan berbaju kurung atas apa niatnya sekalipun mengapa kita pertikaikan?  Patutnya kita memuji langkah permulaan itu dan doakan agar berterusan, bukannya mempertikaikan penampilannya itu.

Bimbing Dyana, bukan kutuk dan pertikaikan niatnya
Samada Dyana Sofya berniat untuk menjaga adab di pentas PAS atau apa pun niatnya, kita tidak ada hak pertikaikan nawaitu seseorang.  Sesiapa yang hampir dengan beliau mesti gunakan kesempatan ini untuk menasihatkan Dyana agar terus bertudung dan menjaga auratnya kerana itu adalah kewajipan umat Islam, bukannya memperlekehkannya.  Mudah-mudahan beliau diberi taufik dan hidayah untuk terus bertudung seterusnya menutup aurat dengan sempurna.

Apakah kita wajib undi calon Gerakan/Bn atas hujah Dyana tidak bertudung?  Soalan ini mudah untuk dijawab.  Pertamanya, Dyana tetap orang Melayu berugama Islam.  Beliau berada bersama PR iaitu satu gabungan yang menolak rasuah, kezaliman, fitnah dan penganiyaan ke atas rakyat.  Calon Gerakan pula berada di dalam Saf yang meneruskan rasuah, zalim dan terus menganiayai rakyat.  Terlalu banyak isu yang boleh kita sebut betapa Bn ini menyusahkan rakyat.  Di antara dua pilihan ini, pilihlah yang kurang mudharatnya, atau paling baik untuk rakyat.  Tiada pilihan lain, kecuali calon dari PR, iaitu Dyana.

Sabtu, 17 Mei 2014

BELUM LAGI GST, LETRIK DAH NAIK...OHHH...LETRIK BUKAN MAKANAN ASASI RAKYAT!!

SELEPAS kita bulat-bulat kena kelentong oleh Mat Said dengan "Three Stroogers"nya di Terengganu, semalam diumum pula kenaikan harga kadar elektrik.  Kononnya jika tidak naik harga, TNB rugi.  Jika TNB rugi maka keraplah nanti terjadi 'blackout" seperti yang melanda beberapa negeri baru-baru ini.  Rakyat susah dan derita, peduli apa?
 
Jika dulu, kerajaan naikkan harga gula kononnya untuk mengelakkan rakyat dari kena kencing manis.  Harga ayam naik, rakyat disuruh makan daging atau ikan saja.  Daging dan ikan murah kot kat Malaysia ini?  Harga beras naik, cuba tanya pesawah di bendang adakah kehidupan mereka berubah bila harga beras dinaikkan?  Cuba tanya pula tokeh-tokeh yang menguruskan beras ini, miskinkah mereka?  
 
Kini, harga letrik dinaikkan.  Cuba tanya tokeh-tokeh IPP, YTL dan seumpamanya.  Semakin terhimpitkah kehidupan mereka?  Tahukah kita letrik tidak dikecualikan dari dikenakan GST tahun depan kerana letrik bukan makanan asas buat rakyat negara ini.  Belum GST lagi, harga letrik naik, bayangkan jika sudah dikenakan GST.  Berapa yang rakyat kena tanggung?  
 
Kilang menggunakan banyak tenaga letrik.  Kilang-kilang akan cas semua ini atas bahan produk mereka dan pengguna tanggung.  Kilang pun menanggung GST juga.  Cas lagi.  Pengguna tangung lagi.  Bukankah kesemua keperluan makanan asasi kita kesemuanya dihasilkan melalui proses di kilang?  Tidakkah kita akan menanggung kesemua kesan ini?  
 
Maka, jangan jadi bodoh lah.


Rabu, 14 Mei 2014

SI WAJAH LUCU DAN KELAT KEMBALI MELUTUT KEPADA LAKI ROSMAH....

ITULAH wajah Umno.  Umno kini hanya dipersendakan oleh ahli-ahlinya yang bergelar pemimpin.  Di Terengganu terbukti Umno sanggup dihina sedemikian rupa, dipermainkan dan dipersendakan.  Maka, Umno menjadi bahan lawak orang ramai.

Mat Said memang berwajah lawak tetapi lebih hebat lagi beliau turut menjadikan Umno sebahagian dari bahan gurauan lucunya.  Menggertak Najib kononnya untuk tunjuk beliau 'nelang' terbilang di Darul Imang.  Awalnya gertakan beliau betul-betul membuatkan Najib kecut segalanya kecuali telor kerana beliau sememangnya dikenali sebagai insan yang tidak 'bertelor'.  Gelabah juga Najib dibuatnya, nasib baik ada kuasa yang dipegangnya boleh menggertak Mat Said dan anak-anak buahnya untuk melutut kembali kepada parti keris telanjang tidak bersarung itu.  

Di kaca TV tadi, wajah Mat Said seperti biasa.  Riak lucu sedikit unsur-unsur bodoh memperlihatkan kepuasan hatinya dapat mempersendakan parti melayu tersebut.  Mat Said rujuk kembali kepada Umno setelah melihat sekelilingnya dua tiga kerat rakan karibnya dulu mula melutut kepada laki Rosmah.  Mat Said mula berasa keseorangan dan kebodohan, maka tanpa memperdulikan prinsip dan maruah yang kononnya dipertahankan sewaktu beliau mengumumkan keluar parti kelmarin, Mat Said dengan wajah selamba dan kelat mengumumkan kembali bersama Umno.  Umno lah parti yang akan dibawa ke kubur nanti.  Gitu lah gamaknya.

Rakyat kini tahu dan kenal siapa Mat Said.  Rakyat juga kenali Najib dan kita lebih kenal Umno itu sendiri.  Apakah anda bangga menjadi ahli atau penyokong Umno apabila kes di Terengganu ini menjadi bahan lawak seantero dunia?  Memang Umno parti lawak.

UMNO/BN TERENGGANU "NYAWA-NYAWA IKAN" TETAPI PR TERENGGANU MASIH 'DEFENSIF"?

RAMAI yang menduga apa yang berlaku di Terengganu akan dapat diselesaikan dengan mudah oleh Najib.  Najib kenal selera pemimpin-pemimpin Umno dan beliau tahu apa ubat yang perlu diberikan jika ada masalah yang boleh menyusahkan beliau dan parti.  

Sebab itulah Najib tidak teragak-agak membuang Mat Said dari kerusi MB.  Orang kata Mat Said "Nelang' tapi mereka tidak tahu Najib ada penawar penyakit "Nelang".  Sehebat mana pun kononnya berani Mat Said, Najib tidak hairan kerana selera Mat Said ada di dalam poketnya kalaupun tidak di dalam beg tangan Rosmah.

Mulanya ramai juga yang beranggapan Terengganu di bawah parti Keris Telanjang tanpa sarung itu bakal tumbang bila Mat Said tunjuk "nelang'nya keluar dari parti dan menjadi Wakil Rakyat Bebas.  Kemudiannya diikuti pula oleh 'badi'nya.  Walaupun ada rakannya yang ketiga cuba untuk ikut Mat Said, namun buat "U-Turn" semula kerana tidak cukup ilmu 'nelang'nya.  Kini, ada dua Wakil Rakyat Bebas tapi sokong Bn?  

Berani ke Mat Said jika istihar jadi Wakil Rakyat Bebas tapi istihar sokong Bn?  Sememangnya Mat Said takut dengan 'penawar' yang ada pada Najib.  Memang Mat Said cakapnya berdegarp-degar tetapi sedikitpun tidak menakutkan Najib.  Bahkan, Mat Said kini menempah maut dengan tindakan 'berani bodohnya' itu.  Mahu tunjuk berani tapi terlupa bahawa hidungnya masih terikat dengan tali yang dipegang oleh Najib.

Kini, ramai yang tertanya dan pelik, mengapa PR Terengganu masih 'defensif'  walaupun kubu lawan telah nampak bocor?  Mungkin masih ingin 'tunggu dan lihat' kot.

Jumaat, 9 Mei 2014

ISU HUDUD - NON MUSLIM DI DALAM PR HARUS BERHATI-HATI

ISU Hudud semakin hangat.  Tiba-tiba Umno berminat dengan Hudud, dan jangan persoalkan niat Umno dan kita berfikiran positif, itu pesanan Us Nik Amar.  Ambil peluang yang diberikan, katanya.

Aku tidak mahu sentuh bab Umno minat atau tidak dengan Hudud.  Pendapat peribadi aku sudah ada berkaitan dengan spesis Umno ini.  Aku cuma mahu sentuh isu MCA yang mula menggerakkan ahli-ahlinya untuk berdemo dan berhimpun bagi menentang Hudud.  Bagi aku ada beza, Non Muslim boleh tidak bersetuju dengan hukum Allah ini tetapi mereka tiada boleh menzahirkan tentangan seperti itu.  Tidak bersetuju lain, menentang itu lain.  Berdemo atau berhimpun itu adalah penentangan secara terbuka.  Apakah umat Islam boleh membenarkannya?

Aku harap Non Muslim di dalam PR, samada dari PKR mahu pun DAP atau dari Dewan Himpunan Penyokong PAS jangan cuba cari pasal meniru cara MCA itu.  Kamu boleh tidak bersetuju tetapi jangan sesekali menentang secara terbuka hukum Hudud.  Seandainya itu yang terjadi, kami umat-umat Islam pastinya akan bangkit berhimpun untuk menyatakan bantahan kami ke atas penentangan kamu.

Di dalam PR, kita ada disiplin dan saling menghormati.  Kita boleh bersetuju untuk tidak bersetuju tetapi jangan ada provokasi atas isu-isu sensitif.  Biarkan Umno dan MCA bermain dengan rentak mereka.  Jangan kita terperangkap.

Rabu, 7 Mei 2014

"HALIMUNAN" DALAM FB AKU YANG KENA HALAU !!

DUA hari lepas aku dah 'tendang' satu makhluk "halimunan" yang mahu tunjuk bodoh dalam FB aku.  Dah la masuk FB tanpa identiti, guna nama entah apa-apa, bila dicabar pamirkan identiti tak mahu tapi menyalak mahu tegur parti kononnya.  Siapa mahu layan orang yang tak ikhlas mahu tegur parti?

Jika kita ikhlas, setidak-tidaknya bagitahu lah kita ni siapa dan dari Cabang mana.  Jika malu mahu sebut kat Wall, boleh Inbox je bagitahu aku.  Tidak mustahil pencacai Umporno yang menyamar masuk FB kemudiannya mengaku kononnya ahli PKR akar umbi mahu tegur parti.  Kalau tegur benda yang lojik takpe jugak.  Ini buat teguran bodoh.  Bila aku jawab teguran dia, dia tak mahu terima kononnya aku ni bukan pemimpin utama dalam negeri.


Bodoh ke tak bodoh jika dia mahu tegur pemimpin Negeri tapi masuk dalam wall aku?  Patutnya dia masuklah dalam Wall atau Inbox pemimpin berkenaan, bukannya menyalak kat tempat salah.  Aku yakin dia bukan ikhlas mahu tegur parti tapi sengaja untuk mencemarkan imej parti khususnya di Pahang ini.  Sengaja ambil kesempatan sewaktu hangat pemilihan untuk cemarkan imej parti.  Bukti ketidak ikhlasannya adalah apabila dia sendiri gagal tunjukkan dirinya yang sebenar, tambahan pula bila aku lihat FB dia, rupanya FB dia baru saja diaktifkan.  Mungkin aktif hanya sewaktu pemilihan ni saja.  Ertinya dia bukan pejuang parti atau ahli parti yang aktif bahkan aku yakin dia ini adalah ejen perosak parti.

Dia tanya aku beberapa soalan dan aku awalnya ikhlas untuk menjawabnya juga walaupun dia tak tunjukkan siapa dia sebenarnya.  Di antara pertanyaannya adalah berkaitan pemilihan dan calon yang bertanding di Cabang, katanya ada camportangan Negeri (MPN) di dalam menentukannya.  Aku pun jawab bahawa MPN tiada hak dan kuasa di dalam pemilihan.  Pemilihan adalah kuasa mutlak JPP (Pusat).  Dia tak percaya.   Dia masuk pula isu lokasi pemilihan kononnya diatur oleh MPN juga.  Aku pun jawab, lokasi pemilihan pun ditentukan oleh JPP setelah kesemua yang bertanding bersetuju.  Dia tak percaya juga.

Aku tak kisah dia percaya ke tak.  Itu hak dia tapi bila dia kehabisan hujah, dia main isu peribadi.  Kononnya aku Blogger sememangnya diupah untuk pertahankan pimpinan negeri.  Aku kaki bodek pimpinanlah kononnya.   Bodoh betul.  Kalau aku bodek pimpinan, mestilah aku dapat bahagian apa-apa pun.  Aku ni jawatan dalam Cabang pun takde, hatta AJK pun.  Memang aku tolak dari dulu lagi, kecuali jawatan aku di MPN sebagai Ketua Biro Komunikasi dan Penyelaras KOBAT.  Itu je.  Itu cuma jawatan Biro, satu jawatan biasa dan bukan istimewa pun.  

"Halimunan" ini terus alih isu dengan menuduh MPN yang bukan-bukan.  Bila aku jawab, dia kata dia mahu bos besar yang jawab, bukan aku.  Laaa....jika mahu bos besar yang jawab, mengapa sibuk menyalak kat wall orang lain?  Oleh kerana dia telah menunjukkan kebodohannya, aku pun tidak berselera untuk membuang masa melayani provokasi orang yang aku tak kenal, maka dia aku "nyah'kan terus dari FB aku.  Lain kali belajar jadi berani berhujah tanpa bertopeng ok !!

Sabtu, 3 Mei 2014

JIKA ANWAR BEBAS, ADA KATAK AKAN BUNUH DIRI?

IBRAHIM AL-KATAKI adalah sekor-sekornya makhluk yang paling gembira sekiranya Anwar masuk penjara.  Beliau sanggup adakan kenduri sekiranya cita-citanya itu berjaya dan beliaulah satu-satunya binatang yang suka dan seronok di atas penderitaan orang lain.

"Saya berdoa cepatlah dia ke penjara seperti mana yang dia sendiri diuar-uarkan. Saya orang pertama yang gembira dan bersyukur. Mungkin saya akan adakan majlis kesyukuran sebaik sahaja Anwar ke penjara.  "Lagi cepat Anwar masuk penjara, lagi baik. Ia baik untuk rakyat dan negara. Baik juga untuk pihak keselamatan kerana tidak pening dengan kerenah Anwar," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
 
Aku tidak pelik makhluk yang berkulit dan muka tebal seperti ini berkata sedemikian.  Jika Tok Guru Nik Aziz pun binatang ini sanggup hina dan persendakan, siapa sangat Anwar pada beliau?  Apatah lagi beliau tahu Anwar bukan tandingannya dari segi kepimpinan dan ketokohan semenjak Anwar di zaman pelajar, Anwar sebelum memasuki Umno dan sewaktu Anwar di dalam Umno, Berahim Katak ini tidak pernah dapat menyaingi Anwar.  Sehinggakan Anwar dikeluarkan dari Umno pun, Berahim Katak ini masih ketinggalan untuk bersaing dengan Anwar.  Bagaimana mahu bersaing, beliau menang sebagai MP Pasir Mas dulu pun atas belas ihsan PAS.  Bila beliau bertanding sendirian, beliau terpelosok dalam longkang di Pasir Mas.
 
Justeru itu, jangan pelik binatang bernama katak ini amat dengki kepada Anwar.  Dia dengki bagaimana PAS boleh merapati Anwar sedangkan beliau yang berada di negeri Kelantan yang sinonim dengan PAS pun, buat buat tidak tahu kepadanya.  Sudahlah PAS buat tidak tahu, Umno pula menjadikannya seperti barang mainan semata-mata.  Hati mana yang tidak sakit?  
 
Peduli apa katak ini mahu buat kenduri?  Samada katak ini mahu buat kenduri atau tak, atau katak ini akan membunuh diri jika Anwar dibebaskan nanti, rakyat tidak peduli.  Pada rakyat katak ini sudah lama jadi bangkai di Pasir Mas.   Bangkai katak memang busuk.   Katak biasa waktu hidup tidak busuk, cuma bila dah mampus baru busuk.  Tapi katak Berahim ini waktu hidup pun sudah busuk kepalang, bayangkan waktu dia mampus nanti.

Rabu, 30 April 2014

NAJIB BAWA OBAMA YANG ANTI ISLAM, MUHYIDDIN BICARA HUDUD DENGAN TOK GURU, RAKYAT TERTIPU LAGI

01 MEI ini, luangkan lah masa untuk kita berhimpun di Dataran Merdeka.  Memang tujuannya untuk menunjukkan bantahan kita terhadap perlaksanaan GST yang menindas rakyat di kala rakyat masih tertekan dengan kos sara hidup yang tinggi.

Hakikat himpunan pada 01 Mei nanti adalah jauh dari tujuan menentang GST semata-mata.  Terlalu banyak isu di dalam negara ini yang membuatkan kita merasakan bahawa rejim yang memerintah sekarang ini sepatutnya berundur.  Rakyat bukan bertambah selesa selepas rejim ini berkuasa kembali dengan 47% sokongan rakyat.  Rakyat bertambah derita, satu demi satu bencana dapat kita lihat berlaku di dalam negara yang kita sayangi ini.  

Aku tidak pakar di dalam membahaskan GST.  Apa yang dapat aku rasakan rakyat kini semakin terhimpit untuk meneruskan kehidupan mereka.  Kezaliman pula tidak pernah berhenti bahkan semakin dipertingkatkan.  Kakitangan kerajaan termasuk dari anggota keselamatan sendiri tidak bebas untuk bersuara.  Ada guru yang terpaksa bertukar hanya kerana mengkritik dan menegur rejim.  Pegawai tentera pun mereka seret untuk didakwa hanya kerana melaporkan penipuan.  

Usah ceritalah dengan pimpinan dan tokoh politik Pembangkang.  Tidak cukup dengan kezaliman yang mereka lakukan terhadap tokoh hebat DS Anwar Ibrahim, mereka terus mencari mana-mana tokoh lain untuk mereka aniayai.  Tujuannya hanyalah untuk menghentikan gerakan menentang mereka.  Mereka mahu terus berkuasa.  Mereka tidak hairan dengan nasib rakyat yang menderita.  Peduli apa mereka dengan soal keselamatan negara yang semakin longgar.  Usahkan keselamatan negara, keselamatan rumah anak Menteri yang jaga Polis pun tidak terjamin.  Apakah jaminan rakyat terjamin keselamatannya?

Isu pesawat hilang cuba dilupakan.  Mereka bawa Obama ke negara ini bertujuan untuk meningkatkan imej pemimpin negara yang sering menjadi bahan tertawa dunia luar.  Apakah kehadiran Obama boleh menyelesaikan kesengsaraan rakyat?  Pemimpin utama negara kita menjemput Obama yang terkenal sebagai pemimpin dunia yang tidak pernah suka kepada kebangkitan Islam.  Lucunya, pemimpin nombor dua bertemu Tok Guru Nik Aziz kononnya untuk bercakap soal Hudud.  Meloyakan.

Kesemua ini adalah rentetan apa yang berlaku di dalam negara kita.  Sehubungan itu, kita wajib turun ke KL pada 01 Mei ini.  Kita harus bangkit untuk menunjukkan kepada rejim, seribu kali pun kamu bawa Obama ke sini, rakyat tetap mahu kamu TURUN!!

Selasa, 29 April 2014

BERTANDING SEBAGAI CALON BEBAS, HENTAM PARTI KEMUDIAN JILAT LUDAHNYA KEMBALI

MANA lebih utama, peraturan yang dicipta oleh manusia atau maruah diri?  Peraturan atau undang-undang yang dicipta oleh kita hanyalah sebagai garis panduan untuk memudahkan urusan pentadbiran dan mengawal kita dari melakukan sesuatu yang tidak dibenarkan.  Hanya peraturan dan undang-undang dari Al-Quran dan Hadith saja yang tidak mempunyai sebarang kelemahan, ianya cuma perlu kepada tafsiran oleh mereka yang diiktiraf dan pakar (Ijmak Ulamak) sahaja.

Peraturan parti tidak begitu.  Ianya terdedah kepada kelemahan dan terdedah kepada tafsiran juga, tetapi sering ditafsirkan oleh sesiapa pun mengikut cita rasa mereka.  Namun, hakikatnya peraturan seperti itu tidak boleh mengatasi maruah diri seseorang.  Ertikata lain, maruah diri lebih utama daripada peraturan ciptaan manusia.  

Di Kuantan baru-baru ini, seorang bekas calon Bebas yang hilang deposit sewaktu bertanding menentang calon PKR di dalam PRU 13 yang lalu secara tiba-tiba menuntut haknya sebagai ahli parti untuk mengundi di dalam pemilihan Cabang.  Beliau berhujah namanya tersenarai di dalam Daftar Pengundi yang sah, maka beliau seharusnya dibenarkan mengundi.  Ini lah yang disebutkan peraturan, di mana peraturan membenarkan beliau mengundi kerana namanya tersenarai walaupun difahamkan ada surat pengesahan lain membuktikan sebaliknya. 

Itu dari segi peraturan.  Semua ahli PKR maklum bahawa sesiapa sahaja yang bertanding Bebas dan sepanjang kempennya menentang parti atau PR, amnya secara automatik dipecat dari parti.  Peraturan ini boleh ditafsirkan berbagai.  Ada yang menafsirkan seseorang itu tidak boleh dianggap bertanding Bebas walaupun wang pertaruhan telah dibayar dan namanya diumumkan sebagai calon Bebas, apabila;

1.  Menarik diri serta merta dan mengumumkan kepada para pengundi agar tidak menyokongnya.
2. Tidak terus berkempen dengan apa cara sekalipun sebagai calon Bebas, malahan mesti bekerja dan berkempen memenangkan partinya.
3.  Tidak pernah mengistiharkan keluar parti atau memberi gambaran bahawa tidak lagi bersama parti.
4.  Mesti memberikan alasan munasabah dan kukuh mengapa mendaftar diri sebagai Calon Bebas.
5.  Mematuhi arahan parti untuk menarik diri dari bertanding Bebas.

Itu semua tafsiran kita.  Ada yang menafsirkan berbeza.  Isi borang calon Bebas sahaja sudah dianggap pengkhianat walaupun tidak meneruskan pertandingan.  Adakah kita boleh anggap mereka sebagai pengkhianat parti apabila mereka menarik diri dan berkempen membantu parti?  

Apabila ada tafsiran yang berbeza, tentulah ianya mesti diputuskan oleh parti sendiri.  Parti mesti buat keputusan adakah calon ini pengkhianat atau tidak setelah mendengar keterangan dari mereka.  Sudah tentunya parti akan mempersoalkan mengapa mereka mendaftar sebagai calon Bebas dan mengapa mereka menarik diri?  Sekiranya jawapan yang diberikan itu memuaskan, parti boleh memutuskan keputusan.  

Kesemua ini merupakan peraturan yang tidak mutlak dan muktamad dan sentiasa akan diperbahaskan.  Berbeza dengan calon Bebas yang ingin mengundi di dalam pemilihan parti di Kuantan baru-baru ini.  Kesemua perkara di atas langsung dilanggar oleh calon ini.  Beliau telah lama mengumumkan secara terbuka bahawa beliau tidak berparti.  Beliau memasuki Pilihanraya sebagai Calon Bebas atas kehendak sendiri dan tidak pernah mengumumkan tarik diri bahkan berterusan berkempen menentang parti sehingga ke akhir hari pengundian.  Selepas Pilihanraya, setelah hilang deposit pun beliau tidak pernah memohon maaf kepada parti dan memberikan sebab musabab mengapa beliau bertanding Bebas walaupun parti tidak mengarahkan beliau berbuat demikian.

Secara teknikalnya, namanya masih tersenarai di dalam keahlian parti.  Itu satu kelemahan di dalam pengurusan keanggotaan parti yang mana kelemahan seperti ini lah yang menjadi buah mulut bagi mereka yang tidak menyokong Setiausaha Agong, Sdr Saifuddin Nasution yang bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden PKR.  Hakikatnya, semua calon ada kelemahan bahkan Ketua Umum dan Presiden pun tidak lari dari melakukan kesilapan.  Itu biasa.

Soalnya, mengapa bekas calon Bebas ini sanggup menjilat ludahnya kembali untuk bersama parti di dalam proses pemilihan parti sedangkan selama ini menghentam parti bahkan menentang parti di dalam pilihanraya?  Ini bukan lagi soal peraturan atau undang-undang.  Ini soal maruah bekas calon itu.  Di mana maruahnya jika tergamak mengambil kesempatan di atas kelemahan sistem yang ada?  Apakah beliau ingin meletakkan peraturan itu lebih tinggi dari maruah diri?

Bagi parti pula, anggaplah ini satu rahmat agar peristiwa seperti ini tidak berulang lagi.  Tidak semua manusia menghargai maruah diri, maka kita perlu perkemaskan sistem keanggotaan parti kita.  Jangan biarkan parti kita sebegitu mudah untuk dipersendakan oleh orang-orang seperti ini.  Mereka bukan berminat pun dengan parti kita tetapi hanya sekadar untuk merosakkan parti.

Isnin, 28 April 2014

BERSYUKUR KERANA ANWAR EJEN AMERIKA MAKA OBAMA DATANG KE SINI

OLEH kerana Anwar ejen Amerika, maka Obama dijemput dan diraikan di Malaysia.  Anwar ejen Amerika, maka Obama tidak perlu berjumpa Anwar di sini.  Bukti Anwar ejen Amerika, maka Najib dan Obama pun ber'selfie' dengan intimnya.  

Itulah hebatnya Anwar.  Kerana Anwar, Obama datang ke negara ini dan mencipta sejarah.  Mulut Obama dan Najib menyebut nama Anwar di dalam tempoh lawatan pemimpin dunia ini.  Mereka kata Anwar sudah tidak ada pengaruh lagi, tetapi bibir kedua-duanya terpacul sebut nama Anwar.  
 

Obama kata dia tidak berjumpa Anwar bukan bererti dia mengabaikan kisah Anwar.  Aku tak peduli samada Obama abai atau tidak tentang nasib Anwar kerana yang akan mengangkat dan membela nasib Anwar adalah rakyat 52% di negara ini.  Jika Obama kutuk Anwar pun, siapa peduli?  Jika Obama jumpa Anwar pun, korang ingat Najib akan letak jawatan?  
 
 
PM Korea letak jawatan hanya kerana feri karam.  Bukan PM Korea yang bawa feri itu, tetapi kerana ada maruah dan sikap bertanggungjawab maka beliau letak jawatan.  Sebab itu lah Korea jauh lebih maju dari negara ini.  Korea mengikuti langkah Jepun yang juga negara maju kerana pemimpin mereka ada maruah dan kredibiliti.  Di negara ini, usah dibilang feri karam.  Usah dikira bas terbalik.  Usah bicara berapa banyak bangunan dan stadium runtuh.  Jangan hitung soal duit negara hilang dan dibazirkan.  Pesawat sampai hilang pun, peduli apa mereka?  Mahu letak jawatan?  Silap besar lah....ini bukan Jepun.  Ini bukan Korea.  Ini negara BRIM yang boleh setel semua masalah dengan BRIM saja.
 
Malu juga kita dengan rakyat Korea dan Jepun.  Tapi apakan daya sudah suratan kita begitu.  Bila gamaknya kita boleh miliki pemimpin seperti Korea dan Jepun?  Selagi parti "Keris Telanjang tak bersarung" atau "Dacing Baghdad" itu berada di Putrajaya, usah bermimpi lah.   Usahkan mahu letak jawatan tinggi, puak-puak ni letak jawatan Ketua Cawangan pun amat payah.