RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Jumaat, 14 September 2018

CABARAN KERAJAAN PAKATAN HARAPAN MENANGANI FENOMENA “TROLL”

9 Mei 2018 menjadi titik bersejarah kepada Malaysia apabila sebuah kerajaan yang kukuh dan utuh sejak Merdeka 1957 bernama Barisan Nasional (BN) telah tumbang dengan cukup tragis kepada Pakatan Harapan (PH) yang dipimpin oleh si veteran yang penuh sifat kepimpinan dan semangat waja Tun Dr Mahathir Mohamad. Kesepaduan tenaga PH dibuktikan dengan menggunakan hanya satu lambang iaitu lambang Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) dan pengagihan kerusi yang diterima dengan berlapang dada oleh semua pimpinan dan ahli keluarga Pakatan Harapan.

Kehadiran bekas tokoh UMNO-BN sejak tahun 1998 sehingga sekarang telah menambahkan rencam dalam kesepaduan pasukan Pembangkang sehingga berjaya menjadi sebuah kerajaan yang penuh dengan warna warni saat ini. Nama seperti Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Muhyiddin Yaasin, Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Rafidah Aziz yang beralih arah dan sedar sebelum terlambat merupakan satu titik tolak kepada kejayaan Kerajaan Pakatan Harapan kini. Kemenangan Pakatan Harapan perlu dibukukan dan dicatitkan dalam arkib negara kerana kita telah berjaya menyelamatkan Malaysia daripada dibawa hanyut oleh pemimpin pemimpin UMNO-BN yang hanya mementingkan tembolok masing masing sahaja.

Kejayaan Pakatan Harapan sangatlah ditunggu tunggu rakyat marhaen kerana mereka percaya Janji dan Manifesto Pakatan Harapan adalah sangat relevan untuk masyarakat kini. Pemimpin Pakatan Harapan yang dulunya hanyalah demonstran jalanan serta pejuang keadilan dan reformis kini merupakan Bapak Menteri yang ditugaskan untuk “walk the talk” segala idea idea dan buah fikiran yang sebelum ini dihadkan dan dikuburkan begitu saja oleh kerajaan terdahulu. Pemimpin yang dahulunya vokal dalam isu rakyat atau hak rakyat seharusnya memanfaatkan kedudukan yang ada sekarang untuk membela nasib rakyat terbanyak bukannya membela kroni ataupun keluarga maka ia pasti dilihat 2x5 dengan kerajaan BN dahulu dan ada pepatah “keluar mulut buaya, masuk mulut naga” yang sering dimainkan oleh gabungan pembangkang sekarang iaitu PAS dan UMNO. Para Menteri Pakatan Harapan perlu mengambil ibrah daripada kerajaan terdahulu yang dibenci rakyat kerana berterusan menzalimi rakyat dan menafikan hak rakyat terbanyak sehingga mereka iaitu Barisan Nasional ditumbangkan dengan cukup dahsyat sekali. Pemimpin Pakatan Harapan jangan sombong dengan rakyat hanya kerana punya kuasa tinggi, rumah mewah dan segala protokol yang ada tetapi kalian perlu sentiasa berdamping dengan rakyat marhaen kerana mereka inilah yang punya kuasa sebenar untuk menaikkan dan menjatuhkan sebuah pemerintahan yang angkuh di Malaysia.

Politik Malaysia zaman kini sungguh berbeza dengan 10 tahun yang lalu, dahulunya kita sangat jarang mendengar istilah “troll” yang membawa maksud sindiran atau sarkastik secara humor dalam dunia alam maya pada hari ini. Budaya troll meneroll ini semakin aktif dengan kemajuan teknologi gadget, facebook, twitter dan sebagainya. Golongan yang aktif mengaplikasikan budaya troll ini adalah kumpulan pemuda yang kritis dan berani menongkah arus tanpa mengira daripada mana-mana agama, bangsa, parti politik dan sebagainya. Dalam isu politik Melayu Malaysia, troll meneroll ini dahulunya hanya dihala kepada musuh politik semata-mata. Tetapi hari ini, budaya ini turut menghentam pihak sendiri, hatta pimpinan sendiri juga tidak terlepas daripada kena troll atas alasan kini PH bukan BN2.0 dan PH mengamalkan kebebasan bersuara. Troll ini sudah menjadi budaya dan kini ia telah berubah menjadi senjata berbahaya terutama dalam negara Malaysia yang mengamalkan sistem demokrasi. Maka sebagai pemain politik yang matang dan bijaksana, pemimpin PH mempunyai pilihan samaada kita berdepan dengan golongan trollers ini secara berkonfrontasi atau berdebat dengan mereka ataupun memanfaatkan mereka menjadi senjata kita untuk menepis serangan musuh bersama atau kita turut melakukan anjakan paradigma dengan menjadi trollers seperti mereka. Cuma kini kita lebih ke arah mahu berhadapan dengan mereka. Segala troll mereka terhadap musuh ita pun mengiyakan sebagaimana ada orang menyindir pemimpin kerajaan BN terdahulu lalu kita pun turut sama bersorak tetapi apabila troll itu menghala kepada kita (PH) dan pimpinan kita maka bermulalah perang label seperti “Semua fitnah!, Macai BN, Walaun Pas” dan sebagainya. Walhal mereka golongan troller ini hanya troll supaya kita berfikir dan berwaspada bahawa gerak geri kita sentiasa diperhatikan oleh para “semak dan imbang”.



Golongan sebegini sudah wujud lama tapi masih malu alah kerana mereka sepertinya pelajar dalam kelas yang malu untuk bertanya kerana takut dianggap bertanya soalan yang tidak masuk akal. Tetapi dengan adanya media social yang bebas, para pelayar alam siber atau netizen dapat troll sesiapa sahaja yang mereka rasa ada yang tidak kena dengan sistem mereka. Lebih ghairah jika ada satu kumpulan atau halaman media sosial yang menjadi pilihan ramai misalnya Tentera Troll Kebangsaan Malaysia (TTKM) dan Suara Rakyat (SR) serta Gerakan Pengundi Sedar (GPS) maka akan disahut dengan disebar secara meluas.

Persoalan bagaimana kita mahu menangani mereka sedangkan mereka sangat suka troll kita menjadi isu hangat dimainkan oleh laskar siber ataupun perang siber milik Pakatan Harapan. Kita mesti memahami permainan mereka terlebih dahulu baru kita dapat fokus untuk memulihkan keadaan. Seterusnya, kerajaan PH juga perlu mengurangkan kelemahan kita yang menjadi sasaran troll semampu boleh misalnya temuramah media bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) YB Dato Dr Mujahid Yusof baru baru ini telah disalah tafsir kontek ucapannya mengenai LGBT sehinggakan suasana dingin antara telah berlaku dek kerana ada troll yang mengatakan PH tidak cakna kepada agama Islam. Penerangan yang lemah lembut serta berhikmah perlu dipratikkan oleh para Menteri PH agar tidak mudah menjadi sasaran para musuh yang hanya menunggu peluang sahaja untuk menyerang pimpinan PH. Jawapan poyo atau klise daripada para Menteri hanya mengundang para troll untuk meneroll anda kerana mereka faham troll adalah cara rakyat kebanyakkan dan anak muda memperbodohkan politikus yang selepas menang pilihanraya cuba memperbodohkan dan menipu rakyat terbanyak. Ini zaman media sosial dunia tanpa sempadan tersilap langkah terima padahnya.

Rakyat yang gemar lakukan trolling dan sarkastik perlu faham tidak membina kebaikan kepada diri hakikatnya ia hanyalah bahan untuk nampak kita bijak memanipulasi situasi dan ucapan pimpinan yang mungkin punya kekurangan konteksnya. Pemimpin PH perlu sedar dan teliti mengenai apa yang mahu diucapkan dan perlu cepat belajar menjadi pemerintah yang kompeten dan komited kepada kerja bukannya masih dibuai tidur lena atas tilam empuk dan minda masih terbawa fikiran pembangkang. Ada beberapa ciri sifat troller di Malaysia antara yang kebiasaan ialah The Sock Puppet Master. Troller ini akan mewujudkan banyak akaun media sosial dan mengupah rakan rakan yang sedia bersubahat untuk menyokong pendapat pendapat yang diutarakan agar dilihat mempunyai majoriti sokongan netizen dan berhujah dengan sebilangan yang berlawanan dengan pendapat mereka. Watak sebegini sangat bahaya kerana memainkan pelbagai karakter sehingga boleh terjerumus kepada pembunuhan karakter seseorang individu. Kebanyakan mangsa mereka merupakan golongan ternama terutama ahli politik dan pemimpin kerajaan. Troll ini bukan sekadar mempunyai pandangan berbeza tetapi sekadar mengeluarkan komen dengan tujuan untuk menyakiti hati kita. Troll telah menjadikan ramai orang pengecut menjadi berani sebab itu mereka biasanya menyerang orang yang berkuasa atau popular terutama ahli politik supaya mereka rasa lebih hebat. Kaedah yang terbaik untuk menghadapi makhluk sebegini ialah mengabaikan saja kehadiran mereka dalam dunia media sosial ataupun berhujah dengan fakta bukannya emosi seperti mereka. Unit Media para Menteri PH perlu bijak untuk menjawab soalan soalan berdasarkan topik yang dibangkitkan bukannya luar daripada konteks sekaligus hanya menconteng arang ke muka pemimpin kita saja. Jika troll itu berlebihan dan melampaui batas kita boleh melaporkan kepada pihak polis dan mendakwa mereka mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali jika disabit kesalahan. Begitulah hukuman di Malayisa, walaupun kerajaan PH mendakwa mereka mengamalkan kebebasan bersuara tapi rakyat Malaysia tidak wajar mengambil kesempatan dengan menfitnah kerajaan PH dengan pelbagai komen jelik. Jika PH melakukan kesalahan, rakyat perlu tegur dengan cara baik bukannya terus troll tanpa usul periksa.

Akhir kalam, pimpinan Pakatan Harapan perlu faham perubahan budaya yang melanda umat kita pada hari ini. Tarbiyah akar umbi para pendokong kita untuk menjawab serta membalas hujah para troller perlu diperhebatkan. Tidak semua troll adalah fitnah kadang pastinya ada terselit lawak jenaka dan sindiran sinis supaya kita sebuah kerajaan baharu ini lebih berwaspada. Mereka marhaen tidak mahu kita terbabas seperti terbabasnya musuh kita pada 9 Mei yang lepas. Rakyat perlu sedar mereka punya akal, akal itu yang menentukan tangan kita untuk memangkah parti mana dan siapa pemimpin kalian pada masa akan datang nanti. Setiap 5 tahun jadi berilah Pakatan Harapan masa untuk memerintah dengan lancar. Rakyat adalah Raja yang sebenar di negara demokrasi “Suara Rakyat Suara Keramat” bak kata Bapa Reformasi kita Dato Seri Anwar Ibrahim. Moga pemimpin utama kita Tun Dr Mahathir dapat berkhidmat dengan baik untuk ibu pertiwi. Kita mahu membina Malaysia Baru yang rakyatnya matang dalam berpolitik dan dalam kehidupan seharian bersama kaum lain yang kita tinggal bawah satu bumbung Negaraku Malaysia.


Oleh: MUHAMMAD ABRAR SADIQ BIN AZIZI
AKTIVIS PEMUDA AMANAH



Muhammad Abrar Sadiq bin Azizi seorang Aktivis Pemuda Amanah berumur 20 tahun lepasan STPM. Ini buah fikiran saya untuk menjadi renungan kepada Pimpinan Kerajaan Pakatan Harapan kini.

Jumaat, 27 Julai 2018

RAFIZI, ANAK DIDIK ANWAR YANG 'NAKAL' TETAPI BIJAK


Apabila Dato' Seri Anwar Ibrahim menyatakan kesediaan beliau untuk bertanding jawatan Presiden Keadilan di dalam pemilihan Parti Keadilan pada bulan September nanti, setakat ini belum ada mana-mana Negeri atau Cabang Keadilan yang menerimanya dengan berat hati, bahkan hajatnya itu disambut dengan penuh kegembiraan dan bersemangat sekali oleh ahli-ahli Keadilan keseluruhannya.

Tidak terbayangkan oleh kita, Keadilan yang dipimpin oleh isteri beliau Dato' Seri Wan Azizah semenjak tahun 1999 telah berjaya mengharungi berbagai rintangan dan dugaan dan akhirnya muncul sebagai parti yang paling cemerlang melalui keputusan PRU14 yang lalu, tentulah parti keramat yang wujud atas semangat reformasi yang dibawa oleh suaminya Dato' Seri Anwar Ibrahim akan lebih gemilang dan terbilang lagi apabila parti ini diambil alih oleh bakal PM yang ke 8 itu nanti.

Kesedian Kak Wan untuk memberi laluan kepada suami tercintanya untuk bertanding jawatan Presiden parti sekali lagi membuktikan keikhlasan dan kekuatan jiwa dan pengorbanan beliau demi parti. Terlalu banyak pengorbanan yang telah dilakukan oleh Kak Wan tanpa memikirkan kepentingan dirinya. Beliau sedar, sudah sampai masanya 'baton' diserahkan kepada Anwar kerana Anwar juga telah berkorban segala-galanya untuk rakyat dan parti tercinta ini.

Saya menjangkakan, hampir pasti Anwar akan memenangi pemilihan kali ini tanpa bertanding. Sejarah akan tercipta apabila Anwar dinobatkan sebagai Presiden Keadilan dan kemungkinan jawatan Ketua Umum bakal dimansuhkan. Apabila Anwar berada di posisi itu kelak, saya yakin parti ini akan lebih kuat dan bersatu padu. Kekuatan parti ini juga akan membantu kekuatan Pakatan Harapan sepertimana Anwar berjaya menyatukan dan memperkuatkan Pakatan Rakyat suatu ketika dahulu.

Persoalannya, siapa akan berada di sebelah beliau selaku Timbalan Presiden? Sudah pasti ini satu persoalan yang menarik kerana Keadilan memiliki terlalu ramai tokoh yang berwibawa di kalangan tua, pertengahan dan golongan muda. Namun demikian, dua sosok tubuh di dalam Keadilan iaitu Timbalan Presiden sekarang, Azmin Ali dan Naib Presiden iaitu Rafizi Ramli adalah nama-nama yang disebut untuk bersaing bagi merebut jawatan nombor dua di dalam parti.

Azmin memiliki kelebihan sebagai bekas MB Selangor yang berjaya mempertahankan negeri yang terkaya itu selepas beliau menjadi MB menggantikan Khalid Ibrahim sehingga mencapai kemenangan besar di Selangor pada PRU14 baru-baru ini. Apatah lagi sekarang beliau dilantik sebagai Menteri Ekonomi di dalam kabinet Tun M. Bermodalkan sebagai bekas MB dan Menteri kanan, kekuatan dan pengaruh beliau idak boleh dipandang sepi.

Rafizi Ramli, seorang tokoh yang menjadi idola ramai anak muda merentasi kaum dan parti. Beliau dipilih menjadi Naib Presiden Keadilan bukannya melalui lantikan. Ada yang menyebut, sekiranya beliau juga berpeluang untuk menjadi MB di Selangor, beliau juga mampu mengukir nama yang hebat kerana beliau seorang anak muda yang kreatif, bijak serta berani. INVOKE, merupakan hasil dari kreativitinya untuk menentukan strategi menentang rejim yang memerintah waktu itu dapat diperbagaikan. Tidak hairanlah INVOKE sentiasa menjadi sasaran pihak musuh kerana mereka tahu strategi ini bisa melemahkan mereka.

Seorang pendebat, kritis dan 'budak nakal' yang kadangkala membuatkan Kak Wan pening kepala dengan gelagatnya. Di sebalik 'kenakalannya', tersembunyi seribu kebenaran. Oleh kerana memperjuangkan kebenaran itu, Rafizi sanggup menghadapi risiko besar samada dipandang serong oleh beberapa pimpinan parti atau dijadikan mangsa kezaliman oleh sang Penguasa waktu itu. Berbelas kes mahkamah beliau hadapinya dengan tenang dan beliau rela terpelanting dari menjadi calon PRU14 baru-baru ini demi memperjuangkan prinsip beliau iaitu menentang kemungkaran Kleptokrasi.

Bukan sahaja melalui INVOKE yang beliau bina atas titik peluh dan wang ringgit sendiri serta bantuan dari rakyat yang bersimpati, Rafizi juga banyak menghabiskan masanya menjelajah ke setiap pelusuk negeri terutamanya di kawasan-kawasan Parlimen yang menjadi sasaran Pakatan Harapan sebelum PRU14 yang lalu. Bahkan, beliau dilihat seolah-olah tidak serius untuk bertahan di Parlimen Pandan kawasannya sendiri tetapi sanggup membantu rakan-rakan di kawasan lain. Alhamdulillah, masyarakat di Pandan memahami perjuangan beliau dan redha dengan usaha yang beliau lakukan. Buktinya, rakyat di Pandan terus beri sokongan kepada Pakatan Harapan dengan majoriti yang besar kepada Kak Wan pada PRU14 yang lalu.

Sikap kritikalnya terhadap sesuatu perkara sukar untuk beliau tinggalkan. Beliau banyak mengkritik dan mendedahkan berbagai kepincangan kerajaan terdahulu seperti skandal NFC, Tabung Haji, KWAP, LTAT, Felda dan berbagai lagi skandal termasuk skandal terbesar iaitu 1MDB yang hingga kini di dalam siasatan. Kebanyakan isu-isu ini didedahkan dengan berani oleh Rafizi sehingga beliau terpaksa berdepan dengan mahkamah dan terpaksa lupakan dahulu Kerusi Parlimen Pandan. Baginya menjaga hak rakyat seluruh negara itu lebih penting dari menjaga kepentingan dirinya di Pandan.

Kritikan beliau bukan sahaja kepada pihak lawan. Beliau juga mahu partinya dan Pakatan Harapan tidak lari dari landasan. Beliau tidak takut untuk menegur mana-mana pimpinan parti yang beliau rasakan perlu ditegur. Beliau juga sanggup menerima teguran dari orang lain. Bahkan, kita masih ingat selepas PRU14 dan Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan di Putrajaya, beliau adalah orang yang pertama menegur PM, Tun M sewaktu PM mengumumkan senarai Menteri di Kementerian terkanan. Teguran beliau jika dilihat dari sudut positif, ianya memang wajar kerana Pakatan Harapan perlu kekalkan prinsip rundingan sebelum sesuatu keputusan dibuat. Sepertimana teguran yang beliau buat itu secara positif dan jujur, begitulah juga Tun M menerima teguran tersebut secara positif.

Begitulah sedikit gambaran yang sempat saya fikirkan di dalam penulisan ini berkaitan Rafizi Ramli. Tidak ramai tokoh politik yang ada karisma seperti beliau. Seringkali beliau ditegur oleh Anwar kerana 'kenakalannya' tetapi Anwar tidak dapat menyembunyikan kehebatan anak muda kelahiran Terengganu ini. " Beliau anak muda, semangatnya lebih dan sedikit 'nakal' tetapi beliau budak bijak dan tidak harus diketepikan pandangannya". Itulah kata-kata yang pernah Anwar luahkan tentang anak muda ini.

Keadilan tentunya bertuah memiliki tokoh hebat seperti Anwar Ibrahim yang tiada sesiapa boleh mengatasi pengalamannya sebagai tokoh politik yang telah diuji dengan fitnah sepanjang lebih separuh dari usianya. Keadilan perlu kepada sosok tubuh seperti Anwar, kalaupun tidak sehebat ujian yang dihadapi oleh Anwar, tetapi sekurang-kurangnya mesti ada pengganti yang berprinsip, bijak dan berani seperti Anwar. Pada saya, merit itu ada pada Sdr Rafizi Ramli.

Sabtu, 9 Jun 2018

MOKHTAR SENIK SINDIR GUAN ENG YANG MENGHORMATI AZAN ?



Apa lah masalah lebai sekor ni. Kenapa la hati dia ni busuk sgt? Kalau pmimpin Dap tak hormat azan, dia kutuk. Bila Guan Eng berhenti seketika sidang akhbarnya apabila mendengar suara azan, dia bawa cerita Yahudi baca Al Quran pulak. Kot ye pun, salah ke yahudi baca Al Quran? Org mcm Mokhtar Senik ni la busukkan nama Pas.

Mungkin rasa dendam dan sakit hati sewaktu kalah teruk di dalam PRU 14 baru2 ini di Perlis menyebabkan dia jadi meroyan begini. Dia ingat cukup hanya bermodalkan serban dan jubah saja maka rakyat akan mengundi beliau. Rakyat Pahang kenal lama Mokhtar Senik ini, sebab itu dia dicampakkan dari Pahang ke Perlis, negeri sempadan Siam tempat popular dia dulu.

Khamis, 31 Mei 2018

HUBUNGAN TUN M DAN ANWAR TIADA MASALAH - MAT SABU



 " Saya melihat kedua2 tokoh(Tun M dan Anwar) ini ada kelebihan masing2. Anwar dengan ketokohan dan kehebatannya, terutama di dunia Islam, Tun M di dunia antarabangsa, juga seorang yg terjulang begitu tinggi, di zaman kepimpinannya begitu terkenal MSia ini."

" Gabungan kedua2 ini amat penting. Gabungan kedua2 inilah rakyat memilih Pakatan Harapan pada PRaya yang lalu. Memang saya ada hubungan yg rapat dengan Anwar dan keluarganya, dan hubungan rapat dengan Tun M ini baru, dengan Anwar ini lebih lama."

"Memang orang mengganggap mereka ini ada pertikaian, tidak ada. Sebenarnya pandangan2 adalah bebas. Seorang memberikan pandangan dan mengesyorkan, Anwar berpengalam sebagai Timb PM dan pengalaman antarabangsa, kadang2 membuat teguran kpd kita, itu adalah satu perkara yg baik untuk kita tegur menegur supaya PH memerintah lebih sempurna."

" Bagi saya, tiadalah perbezaan ketara antara Tun M dengan Anwar, kedua2nya saling bekerjasama. Tanda kerjasama itu kita lihat DS Wan Azizah begitu gigih, tekun bekerja untuk bersama2 membina Kerajaan Pakatan Harapan sekarang ini. Kalau ada perbezaan pendapat itu perkara biasa, kita raikan. Tetapi tidaklah sampai ada usaha retak mencari belah, tidak ada. Itu saya nafikan samasekali".

(MAT SABU - Dalam rancangan 100 Hari Malaysia Baru - Reformasi Institusi (Astro Awani - 29/5/2018)

Rabu, 23 Mei 2018

Pakatan Harapan melakar catatan baharu

Alhamdulillah. PRU kali ini sangat sengit hinggakan keputusannya hampir sebelum subuh baru disahkan secara rasmi oleh SPR walhal rakyat sudah tahu kemenangan kali ini milik Pakatan Harapan (PH). Itulah satu drama yang penuh metafora dan hiperbolanya dalam dunia politik tanah air tercinta. 
 
Saat kejayaan ini sungguh bermakna apabila kleptokrat yang berkuasa enam dekad berjaya ditumbangkan dengan pengakhiran yang epik sekali. Berkat kesabaran pejuang keadilan dan pejuang kebenaran, Allah telah menghadiahkan satu memori terindah agar diingati sebagai lakaran sejarah baharu buat Malaysia negara tercinta.

Tanpa pimpinan PH sedia ada diketuai oleh Tun Dr Mahathir dan rakan rakannya maka pembangkang akan kekal membangkang di Dewan Rakyat namun perancangan Allah sungguh cantik tersusun rapi. Kebijaksanaan Tun dan keberanian rakyat Malaysia menjadi ramuan ajaib untuk menewaskan Barisan Nasional dengan cara "gentleman".

Kembalinya Bapa Reformasi Negara Dato Seri Anwar Ibrahim yang sekian lama berkorban demi sebuah perjuangan menuntut keadilan telah menambah satu nilai kebebasan kepada rakyat setelah dibebaskan daripada belenggu Barisan Nasional. Sosok ini sungguh berjiwa besar dan berhati mulia apabila mengutamakan kepentingan rakyat daripada menjaga kepentingan peribadi. Gandingan Anwar Ibrahim dan Dr Mahathir pasti mengimbau sejarah lalu yang telah membuktikan kewibawaan mereka sewaktu bersama dalam kabinet dahulu.

Akhir sekali, rakyat marhaen mengharapkan Manifesto PH mencatatkan bahawa dalam tempoh 100 hari Malaysia Baharu akan ada sebahagian perubahan dan penambahbaikkan demi mengembalikan Malaysia ke landasan yang benar dan lurus. Salam Reformasi!

Muhammad Abrar Sadiq bin Azizi

Aktivis Anak Muda

Ahad, 1 April 2018

SERUAN PANGLIMA ATM AGAR WARGA TENTERA SOKONG NAJIB, MALAM INI SAYA JAWAB !!



AMAT dikesali apabila Panglima ATM sendiri bercakap tentang politik kepartian.  Merujuk kepada kenyataan yang disiarkan melalui Malaysiakini, di dalam satu majlis bersama PM, Panglima ATM menyeru agar warga tentera memberikan sokongan kepada kerajaan dan Najib.

Apakah tindakan Panglima ATM itu tepat dan bersesuaian dengan jawatan yang beliau pegang?  Apakah warga tentera kini tidak lagi berkecuali di dalam menyatakan sokongan terbuka kepada mana-mana parti politik?  

Apakah kesannya di atas ucapan beliau itu?  Malam ini, jika berkesempatan, di dalam program Ceramah bersama Sdr Mazlan Aliman di Felda Bukit Goh, Kuantan, saya selaku bekas tentera akan memberikan komen terhadap ucapan beliau.

Datanglah beramai-ramai.

Jumaat, 23 Mac 2018

ALAHAI NIK BEDUH...TAK SAMA KES TUDUHAN ZINA DENGAN TUDUHAN SUARA MU ITU

Alahaiii....Nik Beduh nak samakan kisah audio suara yg dikatakan suara dia dgn video fitnah seks Anwar? Jauh beza langit dan bumi, ostat Beduh weyy,,,,

Video yg dikatakan Anwar tu merupakan tuduhan berkaitan zina. Apabila tuduhan zina, Anwar menafikan, maka si menuduh perlu datangkan 4 saksi. Itu saja satu2 cara penyelesaian ikut Islam. Liwat pun sama.

Sedangkan audio yg dikatakan suara Nik Beduh makan duit Umno itu, itu bukannya tuduhan zina. Nik Beduh menafikan suara dia, tapi Nik Beduh tidak buat laporan Polis mahupun tindakan saman ke atas sesiapa pun. Berbeza dgn Anwar menafikan bahkan beliau juga buat laporan Polis ke atas pihak yg menuduhnya. Anwar juga lawan fitnah tersebut hingga ke mahkamah termasuk ke mahkamah syariah atas tuduhan Qazaf. Ertinya, beliau lawan setakat mana boleh dan upaya melawannya. Bukan sekadar menafikan mcm Nik Beduh.

Jadi, contoh yg dibawa oleh Nik Beduh tidak releven langsung kerana kes pun jauh bezanya, dan cara Nik Beduh untuk bersihkan dirinya pun jauh beza dgn cara Anwar membersihkan dirinya. Jangan la sekadar kata elok berdiam diri untuk kumpul pahala.....

Selasa, 20 Mac 2018

DR ROZAIMI TIDAK AKAN LARI, US DUSUKI SILAP ORANG




DR ROZAIMI TIDAK AKAN LARI DAN TIDAK AKAN DOA AHZAB
ATAU MENDOAKAN KEHANCURAN UNTUK SESIAPA

[Kenyataan Rasmi Saman Fitnah Yang Dikemukakan Oleh AF Ustaz Dusuki Abd Rani]

Saya hadir ke Mahkamah Tinggi hari ini untuk memfailkan memorandum kehadiran saya atas saman fitnah yang dikemukakan oleh AF Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani terhadap saya.

Saya nyatakan di sini bahawa saya sentiasa bersedia untuk mempertahankan diri saya daripada dakwaan fitnah AF Ustaz Dusuki. Saya telah pun mengarahkan peguam saya memfailkan Pembelaan dalam masa terdekat.

Saya berdoa agar Allah menzahirkan kebenaran. Saya tidak akan berdoa Ahzab atau doa kehancuran kepada sesiapa dalam isu ini, saya harap anda semua juga begitu.

Dr Rozaimi Ramle

Sabtu, 17 Mac 2018

RUU AKTA 355 TERUS JADI 'JERUK"

IMBAS kembali isu RUU Akta 355. Lihatlah, betapa seriusnya MP2 dari PH minta agar RUU Akta 355 DISEGERAKAN untuk dibahaskan. Speaker janji "SIRI AKAN DATANG BOLEH BAHAS". Siri akan datang tu, siri yg lepas dan ternyata tidak disebutkan pasal RUU Akta 355. Sekarang ni Penggal terakhir sebelum PRU14 sedang berlangsung.

Apakah anda yakin penggal yg sedang berlangsung sekarang ini RUU Akta 355 yg dikatakan "nyawa Pas" itu akan disentuh? Mana janji Speaker? Mana suara lebai yg bersungguh2 jual nama RUU Akta 355, siap buat himpunan, jemput menteri agama join himpunan di Padang Merbok, merata2 buat ceramah jual RUU Akta 355 dan kutuk mereka yg tidak setuju dgn benda yg tidak dibahas itu, siap mahu jiratkan orang lagi, mana suara hero RUU Akta 355 sekarang?

Kalaupun telah kena kencing 3 kali, untuk kali keempat ni jangan lah tadah lagi kopiah tu untuk dikencing lagi. Kesihan kat ahli2 bawah yg byk menderma jihad untuk RUU Akta 355, paling tidak kesihan kpd yg beli sehelai T-Shirt Unggu RUU Akta 355. Si penjual T-Shirt juga yg untung besar.

Itu pun masih kata ' lebih mudah berurusan dgn Umno untuk tegakkan Islam" ?

Ternyata, mereka yg bawa usul, wakil2 dari PH pula yang bersungguh2 mahu mempercepatkan usul mereka. Lebai tersengeh2 dan ketua lebai kaki ponteng. 
 

Rabu, 14 Mac 2018

BESAR SANGATKAH ISU AIR SAMPAI TIDAK BOLEH JAWAB ISU 1MDB ?

APABILA Azmin tanya Najib di Parlimen tentang hutang dan 1MDB, Najib punya cerdik kata, " Isu air di Selangor lebih besar dari isu 1MDB".

Najib tidak tahukah rakyat Sgor sejak 2008 hingga kini dapat air percuma 20 meter padu? Najib tahu tak punca masalah air sekarang ini adalah di bwh pengurusan SPLASH sebuah syarikat yg dimiliki oleh orang Umno dan SPLASH bukan syarikat kerajaan negeri? Najib tahu tak, walaupun SPLASH bukan syarikat Kjaan negeri, tetapi kerajaan negeri berusaha dan mendesak agar masalah ini diselesaikan segera lebih awal dari yg dijadualkan kerana kjaan negeri prihatin kpd masalah rakyatnya? Najib tahu tak, walaupun berlaku sesekali masalah bekalan air di Sgor, rakyat tetap terus menerima air percuma setiap bulan? Najib sedar atau tidak, rakyat Pekan juga, bahkan di banyak daerah di Pahang, mereka dikenakan membayar bil air, tetapi kerap juga berlaku masalah air?

Apa beza isu air dengan 1MDB?
Masalah air hanya berlaku sesekali di dalam setahun di Sgor dan rakyat tetap menikmati bekalan air percuma apabila proses penyelenggaraan selesai dibuat. Rakyat tidak dipaksa bayar kos penyelenggaraan tersebut.

Isu 1MDB?

Hutang 1MDB dan kerugian syarikat ini kerana dirompak oleh lanun2 dan MO1, bukan ditanggung oleh rakyat Sgor saja, bahkan seluruh rakyat Malaysia dipaksa untuk menanggungnya termasuk rakyat di Parlimen Pekan. Seluruh rakyat Malaysia dipaksa membayar GST tidak kira rakyat miskin atau kaya.

Terlalu jauh umpama langit dan bumi perbandingan di antara isu air di Sgor dengan isu skandal 1MDB yg Najib perkatakan itu. Jangan ingat rakyat sebodoh ahli2 dan macai kamu yg mulut mereka telah dipenuhi dengan dedak.

Jumaat, 9 Mac 2018

CINA BAIK MEMIMPIN SEPERTI DI P.PINANG, MELAYU BAIK MEMIMPIN SEPERTI DI SELANGOR, LEBAI MEMIMPIN SEPERTI DI KELANTAN

SEWAKTU era Bn (Gerakan) memerintah P.Pinang di antara tahun 1999 hingga 2007, peruntukan untuk hal ehwal agama Islam hanya berjumlah RM 249.09 Juta sahaja.

Apabila kerajaan P.Pinang ditadbir oleh KM, Lim Guan Eng (DAP) bermula tahun 2008 hingga 2016, peruntukan untuk hal ehwal agama Islam ditingkatkan sehingga RM 457.05 Juta. Peningkatan sebanyak 84% diberikan.
 


Peruntukan hal ehwal Islam, daripada RM 50 Juta pada tahun 2017, telah dinaikkan lagi kepada RM 53 Juta untuk tahun 2018. Sebanyak RM 55.3 Juta peruntukan diberi kepada sekolah2 agama sejak tahun 2008.

Sewaktu di era Bn juga, P.Pinang dikenali sebagai negeri 'tong sampah' kerana gagal menangani masalah kekotoran di negeri tersebut. Tetapi, di bawah Lim Guan Eng (DAP), negeri tersebut diiktiraf sebagai negeri paling bersih di Asia. Serambi Mekah sepatutnya malu dengan Lim Guan Eng.

P.Pinang juga dituduh negeri yang melarang azan di masjid2. Tuduhan ini dibuat oleh seorang lebai dari utara yang mungkin berada di bawah tempurung. Sedangkan, negeri tersebut adalah di antara negeri paling awal melakukan azan dua kali sebelum azan Subuh.

Islam tidak menggalakkan hutang. P.Pinang adalah negeri yang paling rendah atau sedikit berhutang dengan kerajaan Pusat selain Selangor. Serambi Mekah pula hebat kerana tersenarai di dalam "Top Five" negeri paling tinggi berhutang.
 
 

Apa pun yang kita sebut tentang P.Pinang, puak2 macai Umno dan lebai akan berkata, biarlah negeri mundur dan banyak hutang atau kotor, asalkan yg memerintah itu Melayu Islam. Apabila Selangor juga negeri maju dan tidak banyak hutang dipimpin oleh Azmin Ali, seorang Melayu dan Islam, macai2 Umno dan lebai akan kata pula, apa gunanya Melayu Islam perintah kalau Hudud tidak boleh buat, RUU Akta 355 pun tidak boleh buat.

Mereka lupa, di Serambi Mekah, sudahlah banyak hutang dan banyak sampah merata2 tempat, hudud dan RUU Akta 355 pun tiada juga. Ertinya, mereka lagi teruk dan naif.