

PR yang diwakili oleh PKR sudah tentunya fokus untuk mempertahankan kerusi tersebut. Bagi PKR, sasaran untuk mendapat majoriti yang bertambah adalah matlamat penting. PKR boleh dikatakan berjaya dengan bergaya sekiranya memperolehi majoriti atau undi yang bertambah. Manakala bagi Umno pula, walaupun parti tersebut tidak bertanding tetapi Umno anggap parti tersebut berjaya sekiranya peratusan keluar mengundi jauh merosot dan ahli-ahli Umno tidak keluar mengundi. Itulah dia di antara erti yang tersirat daripada slogan `Rakyat Diutamakan'.
Kini, terserah kepada pengundi-pengundi di Dun Penanti untuk membuat pilihan yang bijak. Kesal dikemudian hari tidak berguna lagi. Sekiranya PKR diumumkan sebagai pemenang di dalam pilihanraya ini dengan majoriti atau undi yang merosot, kita tetap bersyukur dan bergembira kerana kita telah berjaya menegakkan kuasa rakyat. Umno pula, parti ini tetap akan bergembira walaupun PKR menang sekiranya undi yang diperolehi oleh parti tersebut merosot. Inilah yang dikatakan situasi `Win-Win' antara Umno dan PKR.
WFAUZDIN NS
wfauzdin.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan