SEDIH, itu sahaja yang dapat kurasakan selepas mendengar keputusan pemilihan pucuk pimpinan PAS sebentar tadi. Sedih bukan kerana tokoh itu menang dan tokoh itu tewas, tetapi sedih apabila membayangkan betapa ada pihak yang bersorak gembira di atas kemenangan tokoh tertentu. Pihak itu adalah musuh yang sekian lama buat kita. Percayalah, esok akan terbukti di Utusan Malaysia. Dan, lihatlah di TV3 malam ini.
Alhamdulillah, muktamar berjaya setakat ini, namun masa masih jauh. Baru semalam pun beberapa komen dari rakan-rakan kita dalam PR berbunyi lain macam. Kerana apa? Entahlah, mungkin kita semakin hampir dengan mereka yang sudah lama untuk `berbaik' dengan kita. Pandai-pandailah pimpinan membuat keputusan. Jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendung jatuh keciciran.

Tak payah tunggu malam ini, tengahari ni pun dah keluar tv dah. Tapi di harap agar blogger-blogger memantau aktiviti pas selepas ini. Baru la saya faham mengapa pas kehilangan Terengganu pada pilihanraya umum 2004.
BalasPadam