RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Khamis, 4 Jun 2009

Anasir baru ganggu kestabilan PAS-Ketua Pemuda

04 Jun 2009 9:44AM



Penggal terakhir menjadi Ketua Pemuda dan kini bertanding jawatan Naib Presiden

KL: Pemuda Pas mahu parti itu menjadi tunjang kekuatan dalam Pakatan Rakyat, bukannya sebagai rakan pasif atau sekadar pelengkap yang tidak memberi sebarang sumbangan.

Ketuanya, Salahuddin Ayub berkata, Pas tidak berniat mengecilkan peranan mana-mana pihak atau menguasai gabungan itu, tetapi mahu parti diberi suntikan baru bagi memainkan peranan.

Beliau berkata, ahli Pas perlu memahami pembabitan parti dalam Pakatan Rakyat bukan semata-mata untuk kepentingan politik semasa saja, malah berpegang teguh kepada dasar perjuangan Pas sebenar.

“Ini membezakan Pas dalam Pakatan Rakyat dengan Umno dalam Barisan Nasional (BN). Umno bergabung dengan BN tetapi tidak menguntungkan Islam dan orang Melayu,” katanya ketika berucap pada Muktamar Tahunan Dewan Pemuda Pas, di sini malam tadi.

Salahuddin berkata, parti itu kini dilihat sebagai kerajaan dalam penantian dan mula diterima rakyat apabila berjaya membentuk kerajaan di beberapa negeri selepas pilihan raya umum lalu.

Katanya, walaupun parti itu dianggap bersih dan sempurna, dalam banyak situasi, rakyat masih belum percaya Pas boleh memimpin dan mengetuai urusan pentadbiran masyarakat, khususnya memerintah negara.

“Kurangnya kepercayaan rakyat terhadap Pas, menyebabkan kita tidak mempunyai pilihan dan terpaksa menyerahkan tampuk kepemimpinan negara kepada Umno dan BN.

“Hari ini, kita mendengar rungutan ahli terutama generasi awal 1980-an yang ikatan ahli dengan agenda tarbiah semakin longgar serta terpinggir daripada arus perdana Pas.

“Kemasukan anasir pemikiran baru daripada luar Pas pula sudah mengacau ganggu kestabilan Pas. Beberapa isu yang dianggap selesai, diungkit semula sehingga menimbulkan pergeseran fikrah yang menjadi fitnah dalam gerakan Islam,” katanya.

Beliau berkata, penyertaan lebih ramai golongan profesional dalam parti amat dihargai, selain menjadi tiang seri kepada kekuatan parti yang ditunjangi kepemimpinan ulama.

~~ Sumber KLPost

Tiada ulasan:

Catat Ulasan