RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Ahad, 31 Mei 2009

PRK DUN PENANTI - UMNO SEMAKIN CEMAS ?

Berita baru dilaporkan dari Penanti, calon PKR Dr Mansor Othman dijangka telah memperolehi sekurang-kurang 75 % undi. Peratusan mengundi sememangnya agak rendah dan situasi ini memang mudah dijangka. Apa yang penting calon PKR boleh mencapai undian majoriti bagi membuktikan rakyat di Dun Penanti memilih beliau selaku Adun Penanti dan bakal menjadi TKM 1 P.Pinang bukannya Kak Min.

Namun demikian, usaha berterusan haruslah dibuat agar peratusan undi kepada calon PKR bertambah sekali gus berupaya menutup mulut Umno yang kini berpencak di luar gelanggang. Masa untuk menambahkan penderitaan Umno/Bn semakin hampir dan sejarah bakal mencatatkan lagi siri kekalahan Umno di luar gelanggang. Kemenangan di Dun Penanti sudah pasti akan dijadikan bekalan PR ke PRK Dun Manek Urai pula selepas ini. Sekiranya terdapat mana-mana pengundi samada ahli atau penyokong PKR, DAP dan PAS yang masih tidak keluar mengundi, ini merupakan satu kerugian yang amat besar kepada mereka. Tanggungjawab dan kepercayaan kepada kepimpinan parti patut diutamakan. Bagi pengundi-pengundi di atas pagar, inilah masanya mereka untuk mengenali perbezaan perjuangan PR dan Umno/Bn.

Petugas-petugas parti yang sedang bekerja kuat untuk memenangkan calon PKR, syabas diucapkan kerana peranan anda terlalu banyak membantu keseluruhan masyarakat di Penanti. Kalah atau menang, PR telah menyahut seruan demokrasi dan PR juga telah menyerahkan kuasa kepada rakyat untuk memilih. Penanti bukan seperti di Perak. Detik-detik sekarang membuatkan Umno semakin cemas. Apakah sekali lagi maruah mereka tercalar dan dimalukan?

Wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan