RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Isnin, 1 Jun 2009

Pas Desak SPRM Siasat

SHAH ALAM - Ketua Dewan Pemuda Pas, Salahuddin Ayub mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dan mengambil tindakan segera berhubung projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang d:idakwa wujud penyelewengan.

:Beliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, siasatan terhadap PKFZ ini perlu dilakukan secepat mungkin memandangkan kes ini lebih serius berbanding kes 'penyelewengan lembu korban' di Selangor sebelum ini.

“Inilah masanya untuk SPRM menyiasat kes ini memandangkan penyelewengan yang berlaku lebih besar berbanding isu lembu melibatkan Menteri Besar Selangor yang pernah diperkatakan tidak lama dulu. Tambahan pula ia melibatkan wang rakyat," katanya ketika dihubungi, semalam.

Hab muatan dan pemindahan kapal PKFZ milik Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) yang menempatkan gudang, blok pejabat dan hotel bertaraf empat bintang diselubungi kontroversi selepas beberapa pihak mendedahkan bahawa kos pembangunannya melambung tinggi daripada nilai asalnya yang kurang daripada RM2.5 bilion meningkat kepada R:M4.6 bilion.

:Khamis lalu syarikat juruaudit, PricewaterhouseCoopers Advisory Services Sdn Bhd (PwC) mengeluarkan laporan mengenai PKFZ dan sekaligus mendedahkan wujud konflik kepentingan, kelemahan urus tadbir dan pengurusan sebagai punca utama PKFZ mengalami pelbagai masalah.

:Dalam laporan itu, terdapat beberapa perkara yang didedahkan antaranya ialah wujud beberapa pihak yang pernah mempunyai kepentingan dalam pemilikan tanah seluas 404 hektar yang menjadi tapak PKFZ, turut mempunyai kepentingan dalam syarikat yang menjual tanah terbabit kepada PKA, Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB).

Selain itu, laporan itu turut menyatakan beberapa kelemahan pentadbiran dalam urusan pembelian tanah dan pembangunan di antara PKA dengan KDSB.

Salahuddin berkata, sesuatu perlu dilakukan bagi menyelesaikan projek berkenaan kerana melibatkan jumlah wang yang besar selain mengaitkan penglibatan beberapa pemimpimpin yang mempunyai kaitan dengan kerajaan.

“Kes ini melibatkan orang-orang tertentu yang berkepentingan dan tindakan SPRM perlu disegerakan,” katanya.

Salahuddin berkata, kes ini merupakan salah satu kes serius mendedahkan percanggahan kepentingan, rasuah dan golongan tertentu di samping memerlukan siasatan terperinci SPRM selaras dengan matlamat penubuhannya.

“Saya harap dengan tertubuhnya SPRM, kes ini dapat diselesaikan dengan segera,” katanya.

~~Sumber SH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan