Beberapa hari sahaja lagi muktamar PAS akan berlangsung dan pemilihan jawatan tertinggi di dalam PAS akan turut diadakan. Jawatan Presiden PAS seperti yang dijangka tidak dipertandingkan kerana tiada calon untuk menawarkan diri menentang Tuan Guru Hj Hadi Awang. Secara tidak langsung persoalan samada PAS masih memerlukan kepimpinan Ulamak sudah terjawab. Kini, jawatan hangat yang akan dipertandingkan adalah jawatan Timbalan Presiden PAS. Bagi jawatan Naib Presiden dan jawatan-jawatan yang lain kurang diberi tumpuan oleh pemerhati politik ketika ini.
Terdapat 3 calon yang akan bertanding merebut jawatan nombor dua tersebut iaitu Us Nasharuddin yang akan mempertahankan jawatannya, Husam Musa yang dikatakan pro DS Anwar dan tokoh yang di`benci' oleh Umno sejak dahulu lagi iaitu Mat Sabu. Di antara ketiga-tiga tokoh tersebut, kesemuanya mempunyai kekuatan tersendiri. Us Nasa dilihat tokoh berpendidikan agama yang tidak radikal tetapi cukup tegas. Tidak keterlaluan jika Us Nasa boleh dianggap sebagai Ulamak muda di dalam PAS. Husam Musa pula dikatakan pro kepada corak perjuangan DS Anwar tetapi samasekali tidak melupakan dasar PAS yang sedia ada. Cabaran terhebat Husam ketika ini adalah `serangan bertali arus' oleh satu dua pihak terutamanya melalui blog. Sudah tentu ini bukan kerja orang-orang PAS, kemungkinan adalah kerja orang-orang yang takut sekiranya PAS dan Umno gagal `disatukan' . Mat Sabu adalah seorang tokoh yang dikenali hebat di dalam pidatonya serta mempunyai semangat yang berani, tidak mudah kecewa walaupun berkali-kali pernah tewas di dalam pilihanraya.
Di dalam pemilihan kali ini, PAS terpaksa menjawab berbagai isu yang dibangkitkan terutama sekali benarkah PAS kini mempunyai puak ` Erdogan' yang lebih pro kepada DS Anwar dan tidak mahu kepada kerjasama dengan Umno? Di satu puak yang lain dikatakan mendukung kepimpinan Ulamak yang lebih toleran dan berbaik sangka terhadap Umno. Berkenaan isu `Erdogan ' ini, Mursyidul Am Tuan Guru Nik Aziz telah membuat kenyataannya baru-baru ini (Lihat WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM: `ERDOGAN ' DALAM PAS BOLEH KALAHKAN UMNO - TUAN GURU NIK AZIZ ). Jika begitulah keadaannya, maka timbul persoalan apakah sekarang PAS benar-benar memiliki `Erdogan' tersebut? Atau pun selepas pemilihan ini nanti ` Erdogan' seperti yang diharapkan oleh Tuan Guru Nik Aziz akan muncul di dalam PAS?
Bolehkah kita bayangkan PAS yang diterajui Ulamak di bawah kepimpinan Tuan Guru Hj Hadi dibantu oleh seorang tokoh yang dianggap `Erdogan' itu akan membawa hala tuju PAS di masa-masa akan datang ? Saya merasakan bahawa jika ini benar-benar berlaku, yang paling takut ketika itu adalah Umno. Umno pasti bimbang kerana mereka tiada lagi tempat untuk dijadikan sasaran menyerang PAS. Lebih menakutkan Umno lagi iaitu peluang untuk Umno `memperkudakan' PAS untuk kali kedua hancur musnah. Saya melihat pertandingan jawatan di dalam PAS akan datang akan dilihat penuh minat oleh Umno dan tidak mustahil Umno turut memainkan peranannya dari belakang. Kini wujud pengendali blog atau penulis yang dilihat begitu berminat jika Umno kembali berselimut dengan PAS. Mereka ini juga lebih suka PAS membiarkan teman-temannya yang lain dari PR `kesejukan' di luar selimut mereka dan Umno.
Apakah ahli-ahli PAS ingin perkara seperti ini berlaku? Jika jawapannya Ya, maka pilihlah pemimpin mereka dari golongan yang terlalu berminat dengan Umno itu. Mudah-mudahan ahli-ahli PAS dapat menghayati `Amanat Haji Hadi' yang popular itu sebagai pedoman sekiranya mereka ingin semula mendampingi Umno. Bagi saya tidak salah sekiranya kita memilih perjuangan dan rentak `Edogan' sebagai `Uslub' bagi memperluaskan sokongan masyarakat berbilang bangsa dan agama terhadap perjuangan PAS. Percayalah, Umno tidak akan senang duduk selagi PAS masih bernyawa di bumi Malaysia ini. Tiada cara yang lebih cepat dan berkesan untuk `membunuh' PAS melainkan dengan menggunakan orang dalaman di dalam PAS sendiri.
WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM

Tiada ulasan:
Catat Ulasan