RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Selasa, 2 Jun 2009

`ERDOGAN ' DALAM PAS BOLEH KALAHKAN UMNO - TUAN GURU NIK AZIZ

Kota Bharu - Erdogan (PM Turki) berjaya memalukan PM Israel, kalau ada Erdogan dalam PAS, saya berasa gembira kerana Erdogan ini boleh memalukan golongan sekular dan mengalahkan Umno/BN,” Kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tok Guru berkata demikian Selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Bazar Tok Guru bernilai RM50 juta di Bekas Tapak Balai Polis IPD Kota Bharu hari ini.

Mengenai Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai, Mursyidul Am PAS berkata, kedua-dua ciri (Ulamak dan Profesional) itu penting bagi PAS meneruskan kesinambungan wakil rakyat terdahulu, Allahyarham Ismail Yaacob yang diterima rakyat kawasan berkenaan.

“Ia sebagai kriteria penting untuk kami memilih calon PAS di Manik Urai dan pemimpin itu perlu ada imej ulama dan profesional,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Bazar Tok Guru di sini, hari ini.

Kompleks perniagaan dinamakan Madinatur Raudhah itu merangkumi rumah kedai, rumah pangsa dan hotel bertaraf lima bintang itu dilaksanakan oleh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dengan kerjasama Syarikat Sensatimur Sdn Bhd dan dijangka siap sepenuhnya dua tahun lagi.

Hadir sama pada majlis itu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Perdagangan dan Perpaduan Masyarakat Negeri, Datuk Anuar Tan Abdullah dan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Ir Ariffahmi Ab Rahman.

~~Sumber Kelab Greenboc

Tiada ulasan:

Catat Ulasan