RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Khamis, 4 Jun 2009

SIAPA MUSUH DALAM SELIMUT SEPERTI DAKWAAN KETUA DEWAN ULAMAK PAS ?

Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Mohamad Daud menyelar tindakan "musuh dalam selimut" yang didakwanya "cuba memperkecilkan dan menidakkan" sumbangan ulama.

"Dengan kecanggihan teknologi sekarang ini, terdapat segolongan kecil penyokong PAS yang cuba memperkecilkan, dan yang lebih teruk lagi menidakkan sumbangan ulama dalam memajukan parti kita," katanya ketika merasmikan muktamar Dewan Ulama di Shah Alam hari ini.

Menurut Mohamad, serangan itu dibuat menggunakan pelbagai teknologi canggih terkini seperti di laman blog dan media elektronik bagi "memburukkan peribadi dan menyerang ulama atas nama kebebasan melulu tanpa batasan akhlak dan syarak".

Beliau bagaimanapun tidak menamakan pihak yang
dimaksudkannya dalam ucapan itu.

Mohamad juga mengecam kumpulan penyokong aliran profesional yang menyatakan pemimpin aliran pro-ulama menguasai banyak jawatan dalam parti dalam pemilihan kali ini.

"Kita mendengar cakap yang kurang enak mengatakan ulama ingin membolot kepimpinan PAS, tidak mahu berkompromi dengan profesional dan macam-macam lagi," katanya.

"Di luar sana, ada di kalangan ahli dan penyokong yang mempertikaikan keupayaan ulama dalam memimpin dan mentadbir."

Mengulas lanjut isu pertembungan dua aliran dalam parti itu,
Mohamad menekankan keperluan golongan itu mempelajari pelbagai ilmu bagi terlibat sama dalam perbahasan pelbagai isu semasa dengan lebih aktif.

"Sebagai contoh terdekat, ketika Presiden Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengemukakan idea kerajaan perpaduan, sepatutnya ulama adalah golongan pertama yang menjalankan kajian dan melihat sejauh mana idea ini tersurat dalam lipatan sejarah.

"(Melihat) sejauh mana pengalaman dalam negara lain di dunia. Sejarah menunjukkan bagaimana presiden kita mempunyai pembacaan, ijtihad politik yang tinggi yang memerlukan sokongan kita," katanya. ~~Sumber Msiakini

Ulasan Saya - Saya amat bersetuju sekali. Ulamak juga harus menegur apabila beberapa tindakan pimpinan PAS yang melakukan sesuatu tindakan tanpa merujuk kepada kepimpinan tertinggi PAS. Peristiwa di Selangor sebagai satu contoh, telah mencemarkan sedikit imej pemimpin PAS yang seolah-olah `bermain di belakang tabir'.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan