RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Khamis, 8 Julai 2010

NAJIB TENAT, JOM KATAK KITA CARI MAKAN

Oleh: WFAUZDIN NS

SPRM nampaknya gagal mengambil peluang untuk bertemu dengan Bala di London. Pihak Polis juga dilihat seperti kurang berminat untuk bertemu Raja Petra. Usah ditanya mengapa dan kenapa kerana masing-masing ada alasan tersendiri. Pelik bin ajaib, yang dicari dan di`buru' ingin menajak `dating' tapi tiada sambutan nampaknya. Maka, kita tidak tahu kesudahannya kisah Bala dan Raja Petra ini.

Terkini iaitu semalam satu sidang akhbar secara terbuka dan diketahui lokasinya telah diadakan oleh Bala juga turut dihadiri oleh `mangsa pemburuan' iaitu Raja Petra. Ulasan tentang sidang akhbar tersebut anda boleh baca di sini. Saya tidak mahu ulas kerana terlalu banyak blog yang telah mengulas tentang perkara ini.

Apa yang ingin saya utarakan adalah samada SPRM atau PDRM berusaha atau tidak untuk mendapatkan Bala atau Raja Petra, yang nyata mendapat kesannya adalah Najib. Ini adalah kerana kedua-duanya iaitu Bala dan Raja Petra mempunyai `sesuatu' untuk Najib ketahui yang mungkin melibatkan kepimpinannya lebih serius lagi melibatkan peribadinya atau keluarganya. Najib kini benar-benar tertekan sehinggakan banyak masanya sekarang berlegar di kawasan-kawasan Felda iaitu `kubu' Umno yang masih kebal itu. Di situ, Najib akan membersihkan dirinya dan mengajar orang-orang felda supaya jangan mendengar cerita pembangkang. Itu fitnah dan sengaja untuk memburukkan kepimpinan beliau.

Kisah Najib ingin meluluskan lesen judi sukan baru-baru ini, siapakah yang menjaja cerita ini? Adakah ianya fitnah walaupun akhirnya Umno membatalkan kemudian? Itu baru satu kisah. Apa pun, di dalam keadaan Najib tertekan sekarang yang paling beruntung adalah para pencacai samada dari dalam Umno mahu pun yang berada di bawah ketiak Umno seperti katak-katak dan seekor firaun besar itu. Mereka kini saling berlumba untuk membersihkan imej Najib dengan bantuan media pencacai yang ada. Mereka berharap agar Najib akan terhutang budi pada mereka walaupun mereka kehilangan maruah diri.

Samada yang berkopiah putih dan tidak berkopiah, kesemuanya berusaha untuk mengampu. Saat Najib di dalam kelemasan ini, mereka berharap dapat membantu. Mengapa komponen-komponen di dalam Bn yang lain sunyi sepi? Sampai hatikah mereka melihat Najib di dalam keadaan begini? Ya, mereka tahu dan mereka arif apa yang berlaku. Sebab itu ada di antara mereka amat tidak menyenangi Perkosa sebuah pertubuhan yang dipimpin oleh raja katak.

Ada seekor firaun besar datang dari Kulim Bandar Baru pula menyebut bahawa Pembangkang tidak tahu beza di antara Apco Worldwide dengan Apco. Memang tidak sama Proton Waja dengan Proton Wira. Mungkin Proton Waja ini Melayu dan Proton Wira pula Yahudi. Itu perumpamaannya. Lebih lucu lagi firaun besar ini mengaku kerja beliau sebelum keluar dari partinya dahulu ialah `berbohong' kepada rakyat. Tidak hairan suatu hari nanti, beliau akan mengaku segala ilmunya yang diajar di beberapa masjid dan surau sebelum ini juga adalah `tipu' belaka. Kini, setelah ditendang keluar, barulah beliau umpama `Malaikat'. Kemudiannya dengan muka tidak tahu malu mengaku masih ahli PAS sedangkan PAS sudah `mencerai'kannya secara `automatik'. Itu gila talak namanya.

Biarlah mereka dengan kerja mereka. Kita buat kerja kita iaitu terus mendedahkan segala kepincangan puak-puak yang bersekutu dengan Apco ini. /wfauzdin.blogspot.com

1 ulasan:

  1. Dalam suasana yang jelek ini PR dan pendokongnya iaitu kita semua mesti menjauhi diri daripada sebarang anasir atau berita dari puak-puak umno celaka ni, sama pencacai mereka , katak belaan mereka, atau firaun-firaun mereka....pergi mamposs mereka semua.

    Kita tekadkan azam terus berusaha dan tingkatkan iltizam untuk memamposssskan umno celaka dalam PRU 13 nanti.....TABIRRRRRRR!!!!! REFORMASI!!!!!

    BalasPadam