RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Sabtu, 10 Julai 2010

Rakan Sebenar Zionis ialah Umno! : Mahfuz

Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar menyelar sikap Barisan Nasional (BN) yang melemparkan tuduhan ke atas Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim ke Washington bagi menjernihkan hubungan dengan beberapa tokoh Yahudi, sebaliknya rakan Zionis sebenarnya ialah Umno dan BN yang dilangsungkan atas nama kerajaan Malaysia.

Jelasnya, BN dalam keadaan terdesak apabila mengeluarkan tanggapan sedemikian kerana berhadapan dengan serangan daripada Pakatan Rakyat bermula Mac lalu sedangkan BN sendiri yang melantik syarikat Yahudi, APCO Worlwide untuk manasihati kerajaan.

"Mereka sendiri yang berjumpa dengan Yahudi dan meminta nasihat Yahudi. Ia berbeza dengan pembangkang jika berjumpa dengan Yahudi, kita memberi kata tujuk kepada Yahudi. Ini menampakkan ketegasan kita kepada Yahudi.

"BN apabila berjumpa dengan Zionis menyatakan 'tolong nasihatkan kami' dan bersedia membayar kepada syarikat Zionis ini untuk merangka dan merangcang bagaimana untuk mengekalkan kuasa mereka," katanya sewaktu dihubungi. Jelasnya, apabila kerajaan menjalin hubungan perdagangan secara sulit seperti yang diakui Menteri Pengangkutan, Dato' Seri Kong Cho Ha apabila timbul isu kapal Israel yang berlabuh di Pelabuhan Klang.

"Ini membuktikan keputusan kabinet sejak zaman Tun Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri, kerajaan membenarkan hubungan perdagangan secara sulit dengan Israel. Pada April dan Mei tahun ini Malaysia telah menghantar bahan kimia dan minyak sawit ke Israel. Ini membuktikan betapa 'akrab dan kasih sayangnya kerajaan Malaysia dengan Israel," katanya. Akhbar Washington Post bertarikh 28 Jun memetik Anwar sebagai berkata beliau 'kesal' dengan penggunaan perkataan pencerobohan Yahudi, dan beliau akan lebih 'berhati-hati' pada masa akan datang.

Artikel itu juga menyatakan Anwar memberitahu rakannya di Amerika Syarikat beliau menyesal menggunakan istilah zeperti 'pencerobohan Zionis'. Kenyataan daripada akhbar tersebut turut dijadikan propaganda murahan beberapa pemimpin Umno untuk menjatuhkan Anwar. /Detikdaily

2 ulasan:

  1. saya ni orang pokok sena kedah. rasanya mahfuz ni tak menang kalau tak kerana undi bukan melayu. sebab tu dia akan bermati-matian menyokong anwar ibrahim kerana nak kekalkan undi bukan melayu walaupun dia dan ramai lagi orang besar pas sebenarnya lebih tahu siapa anwar. nak buat macam mana kan. nak hidup. jadi terpaksalah kona dan putaq macammanapun. janji undi tak lari. ya tak.

    BalasPadam
  2. tajuknya pasal yahudi napelah mamat BN nie melalut tak tentu pasal. dah mmg sah BN bayar kat Yahudi mengaku ajelah bangang.

    BalasPadam