RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

Jumaat, 9 Julai 2010

SIDANG UNDANG-UNDANG - PM DAN PEGUAM NEGARA TIDAK HADIR, ADAKAH KERANA ANWAR ?

PM, AG tak hadir sidang undang-undang
Hafiz Yatim
Jul 9, 10


Majlis Peguam hari ini mengesahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail tidak akan menghadiri persidangan undang-undang selama tiga hari pada 29 hingga 31 Julai di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi (kiri), Menteri Perdagangan Dalam Negara dan Pengguna, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Abu Kassim Mohamed (kanan), telah mengesahkan kehadiran mereka.

Timbalan pengerusi Majlis Peguam, Lim Chee Wee (kanan), ketika dihubungi, mengesahkan Najib dan Abdul Gani tidak akan hadir meskipun jemputan diedarkan awal sebelum ini.

"Kami menerima surat daripada pejabat Perdana Menteri memaklumkan yang beliau akan ke luar negara. Bagaimanapun kami tidak diberitahu sebarang sebab daripada Abdul Gani," kata Lim.

Menurut beliau, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga telah mengesahkan kehadirannya.

Lim, yang mempengerusikan jawatankuasa yang menganjurkan persidangan antarabangsa itu berkata buat kali pertama pemimpin daripada parti politik yang tidak sehaluan itu dijemput.

"Majlis Peguam adalah pertubuhan bukan politik. Justeru, tahun ini, kita menjemput pemimpin dari kerajaan dan juga pembangkang,” katanya.

Ditanya berhubung 'cakap-cakap' di Twitter, kononnya Najib (kiri) dan Abdul Gani (kanan) menolak jemputan itu kerana kehadiran Anwar, Lim berkata beliau tidak boleh berkata ia sebagai alasan berkenaan.


"PM tidak bersemuka dengan saya dan memberitahu sebab yang beliau tidak akan hadir. Beliau hanya memaklumkan yang dia akan berada di luar negara ketika itu,” katanya.

Sejumlah 82 penceramah dijangka hadir pada persidangan tiga hari itu, termasuk tokoh dari luar negara seperti bekas hakim Mahkamah rayuan dari Singapura dan beberapa hakim Mahkamah Tinggi luar negara.

Lim berkata 220 orang telah mengesahkan kehadiran mereka dan pihak menganjur berharap 300 peserta yang akan berdaftar./Malaysiakini

3 ulasan:

  1. sidang undang-undang sampai mati PM tak kan datang...cuba buat sidang perjudian mesti datang punya...

    BalasPadam
  2. Dia tak nak datang sebab takut dengan bayang bayang sendiri.
    Mereka ikut undang undang di rimba.

    BalasPadam