RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Jumaat, 9 Julai 2010

SUSAHNYA MAHU JAWAP SOAL JUDI, MENGAPA?

Judi sukan: 3 jawapan kementerian berbeza

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 8 Julai: Jawapan tidak konsisten Kementerian Kewangan berhubung kelulusan lesen 'sport betting' terhadap soalan yang dikemukakan di Dewan Rakyat dilihat satu lagi sikap "flip flop" menteri.

Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) berkata, tindakan kementerian sehingga mengeluarkan tiga jawapan berbeza-beza terhadap soalan yang ditanya memperlihatkan kelemahan kementerian dalam menentukan jawapan mutlak.

"Ini menunjukkan kelemahan menteri sendiri dan kelemahan pengurusan kementerian sehigga mungkin pegawai-pegawainya sendiri keliru," katanya pada sidang media di parlimen hari ini.

Beliau mengulas pindaan jawapan bertulis oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai terhadap jawapan yang dikeluarkan kementerian itu semalam.

Turut sama pada sidang media tersebut Ahli Parlimen Jelutung, Jeff Ooi Chuan Aun.

Dalam jawapan semalam, menteri memberitahu kerajaan belum lagi mengeluarkan lesen pertaruhan bola sepak namun menawarkan pengeluaran semula lesen 'bookie', bukan untuk Piala Dunia 2010 kepada Ascot Sports.

Namun pada jawapan pindaan hari ini, kementerian kewangan memaklumkan kerajaan secara muktamad tidak akan mengeluarkan lesen 'sport betting' kepada Ascot Sports.

Kepada soalan Jeff Ooi pula, kementerian memberi jawapan bahawa kerajaan menawarkan semula lesen pertaruhan bookie kepada Ascot Sports bagi mengawal aktiviti pertaruhan dengan lebih teratur.

Ascot Sports akan beroperasi di 220 outlet Sports Toto di Semenanjung Malaysia.

Sehingga hari ini, tiga jawapan telah dikeluarkan pihak kementerian.

Pertama, pada pagi semalam diekori pindaan pada sebelah petangnya dan pindaan terbaru jawapan dikeluarkan pagi ini./Harakahdaily

1 ulasan:

  1. Idea ini adalah benar-benar hebat, Jika saya hanya boleh menulis sesuatu seperti ini juga. Fakta dan maklumat di sini. Terima kasih!
    ____________
    Jen | 12BET

    BalasPadam