RADIO KOBAT FM

TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Sabtu, 16 Oktober 2010

AZMIN NAFI PENGARUHI JPP, HORMATI TS KHALID UNTUK BERTANDING

Azmin nafi manipulasi JPP

KUALA LUMPUR - Calon jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamed Azmin Ali menyangkal dakwaan bahawa beliau bersama pasukannya memanipulasikan proses pemilihan parti itu.

Naib Presiden PKR itu turut menafikan dakwaan pihak tertentu beliau mencampuri urusan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) sempena kempen pemilihan yang kini sedang rancak berlangsung sehingga November ini.

Ahli Parlimen Gombak itu turut meminta semua pihak supaya boleh menerima keputusan yang dibuat oleh ahli parti dan mahu dirinya tidak dipersalahkan dalam isu pemilihan parti kerana beliau tidak terlibat.

“Semua masalah parti, salahkan saya. Saya bukan JPP, macam mana saya boleh manipulasi pemilihan parti? Ini pemilihan secara terus. Ada wakil JPP pada setiap pemilihan cabang yang mengawasi mesyuarat pemilihan,” katanya di lobi Parlimen, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai perkembangan terbaru dalam mesyuarat pemilihan PKR termasuk dakwaan beliau campur tangan dalam pemilihan parti.

Azmin berkata, beliau bukan setiausaha agung yang boleh mengawal parti.

“Saya tidak boleh mengawal parti dan Penasihat PKR (Datuk Seri Anwar Ibrahim). Saya tidak boleh kawal semua,” katanya.

Ketika ditanya mengenai tindakan Tan Sri Khalid Ibrahim bertanding jawatan timbalan presiden, Azmin berkata, beliau menghormati keputusan Menteri Besar Selangor itu./Sinar

2 ulasan:

  1. kalau azmin ali tak ada PKR akan menjadi lebih baik

    BalasPadam
  2. Yang Dituduh Agen Umngok16 Oktober 2010 pada 3:11 PTG

    Azmin ni ibarat KJ dlm umno waktu pemerintahan pak lah dulu. Banyak membawa kerosakan tanpa disedari oleh ahli2 totok pkr. Tunggu dan lihat je lah...

    BalasPadam