SKUAD Bolasepak Kebangsaan telah pun berada di Jakarta waktu ini. Beberapa jam lagi pasukan kesayangan kita akan menggalas jutaan harapan rakyat negara ini untuk menewaskan `Garuda' Indonesia di Stadium Bung Karno.
Sudah pasti pasukan Indon akan turun habis-habisan malam ini dan paling tidak pun mereka tidak mahu tewas walaupun terpaksa akur sekiranya Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki kali ini. Buat pasukan kita, jangan terlalu yakin bahawa Indon tidak mampu menjaringkan gol melebihi angregit 3 - 0 kerana kita mempunyai sejarah pernah tewas 1-5 sebelum ini di stadium yang sama.
Saya amat bimbang jika Pasukan Malaysia menggunakan taktik bertahan sepanjang perlawanan. Mungkin taktik itu berkesan sewaktu menentang Vietnam di dalam Perlawanan Separuh Akhir Kedua sebelum ini, tetapi kita harus ingat lawan kita kali ini adalah Indonesia yang jauh lebih hebat dari Vietnam.
Adakah penyokong-penyokong Indon akan `membalas dendam' malam ini? Tidak mustahil jika stadium Bung Karno akan diwarnai dengan sinaran `laser' serta beberapa sepanduk yang mungkin boleh menyakitkan hati kita membacanya. Pemain-pemain kita juga perlu bersedia untuk menerima sorakan atau cemuhan dari para penonton di sana nanti.
Resepi terbaik untuk mengubatinya, Malaysia harus membenamkan Indon di tanah tumpah darah mereka sendiri. Buktikan kemenangan kita di Stadium Bukit Jalil bukan kerana `laser' mahu pun penggunaan `Pawang'. Ketiga-tiga jaringan yang kita perolehi di Stadium Bukit Jalil yang lalu adalah jaringan padang yang cantik hasil dari taktik serangan yang menarik. Maka, hujah bantuan `laser' memenangkan kita adalah hujah bodoh dan dungu. Ayoh, Malaysia !!/wfauzdin.blogspot.com

Tiada ulasan:
Catat Ulasan