TERIMA KASIH KERANA ANDA SUDI MENJADI TEMAN KAMI, SILA DAFTAR SEKARANG

Catatan Popular

KOBAT FM


web widgets

SAYANGI MALAYSIA, HAPUSKAN KLEPTOKRASI

SAYANGI MALAYSIA, HAPUSKAN KLEPTOKRASI

Khamis, 30 Disember 2010

SUK SGOR - SOLAT HAJAT UNTUK SELAMATKAN ISTANA

SU MB: Tiada had tempoh pelantikan SUK

Dis 29, 10

Kerajaan Selangor menyangkal dakwaan Setiausaha Sulit Sultan Selangor Datuk Munir Bani bahawa mereka lewat menghantar senarai calon setiausaha kerajaan (SUK) negeri, menyebabkan Sultan Sharafuddin Idris Shah memilih calonnya terlebih dahulu.

NONESebaliknya, menurut Setiausaha Politik Menteri Besar Faekah Husin (kanan), tidak terdapat dalam mana-mana peruntukan yang menyatakan bahawa pelantikan SUK perlu dibuat dalam tempoh atau masa tertentu.

“Tambahan pula, jawatan Datuk Ramli Mahmud selaku setiausaha kerajaan negeri sepatutnya hanya tamat pada 20 Mac 2011,” katanya.

Berita Harian hari ini melaporkan Mohamad Munir mengulangi bahawa pelantikan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai SUK negeri adalah muktamad.

Mohamad Munir juga dilaporkan berkata, kerajaan negeri lewat menghantar senarai nama untuk jawatan tertinggi penjawat awam itu (7 Disember) sedangkan Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan pelantikan Mohd Khusrin pada 10 Disember, dipercayai sebelum surat berkenaan sampai ke istana.

Dalam kenyataan hari ini, Faekah menjelaskan, dalam proses pemilihan yang dibuat pada 27 November lalu melalui Panel Pemilihan, menemuramah enam calon dari lapan nama yang dicadangkan oleh Pejabat Setiausaha Negeri dan Pejabat Sumber Manusia.

Solat hajat beri kekuatan pada Sultan

Panel itu diketuai oleh Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim dan dianggotai oleh dua exco negeri iaitu Datuk Dr Hasan Mohamed Ali dan Dr Xavier Jayakumar.

Nama yang disenaraipendek telah dipersembahkan oleh Tan Sri Khalid Ibrahim kepada Sultan Selangor untuk dipertimbangkan pada 17 Disember lalu, kata Faekah.

“Meskipun penubuhan panel ini bukanlan satu kemestian, kerajaan negeri Pakatan Rakyat mahu menyemai satu tata cara yang baik, yang mana pelantikan jawatan tinggi perlu melalui proses telus, bebas dan bertanggungjawab.

“Menteri besar tidak mahu menggunakan kuasa penentu untuk memilih pegawai tinggi kerajaan,” katanya Faekah lagi.

Sehubungan itu, menurut Faekah, Pakatan Selangor kesal dengan perkembangan mutakhir dalam pelantikan jawatan itu dan merasakan ia “tindakan yang didalangi individu tertentu yang mahu menggunakan istana demi kepentingan politik”.

Justeru, tambahnya, selain memohon rakyat negeri itu bertenang dan tidak mengeluarkan kenyataan provokasi, kerajaan negeri menyeru orang ramai mengadakan solat hajat “bagi memberi kekuatan dan kebijaksanaan kepada DYMM Sultan Selangor dan pemimpin negeri dalam menangani salah faham ini”.

“Begitu juga kepada masyarakat bukan Islam digalakkan menjalankan upacara keagamaan menurut kepercayaan masing-masing,” katanya./Malaysiakini

1 ulasan:

  1. Apa pun alasannya, status 'pengemis terhormat' tetap akan mempertahankan tangan yang biasa menjolok makanan ke tembolok mereka hingga terlalu kenyang berbanding tangan baru yang kurang pandai mengenayangkan tembolok para 'pengemis terhormat' ini. Rakyat yang bijak ialah rakyat yang mementingkan kesejahteraan mereka dan tidak mengalakkan pembaziran dengan memberi makan 'pengemis terhormat' ini seumur hidup mereka.

    BalasPadam

Terdapat ralat dalam alat ini