MASIH lagi mahu mengulas tentang dakwaan berlakunya pertemuan PAS-Umno seperti yang dihebohkan sekarang. Apabila membaca tulisan rakan saya di sini, saya amat bersetuju dengan soalannya iaitu `Apa salahnya PAS berjumpa dan berbincang dengan Umno?'.
Memang tiada salahnya mana-mana pemimpin dari PR untuk berjumpa dengan mana-mana pemimpin dari Bn, apatah lagi dengan pemimpin negara. Bukan kita tidak pernah dengar bahawa banyak kali pemimpin dari PR termasuk dari Ketua Pembangkang DS Anwar berhajat untuk berjumpa dan berbincang dengan pemimpin kerajaan berkaitan banyak isu negara. Malangnya, keinginan untuk berjumpa dan berbincang sering tidak mendapat layanan dari pemimpin kerajaan.
Berbalik kepada pertemuan atau perbincangan PAS dengan Umno itu, kita cuma sekadar mahu bertanya pertemuan dan perbincangan yang didakwa berlaku itu untuk apa? Apa matlamat pertemuan dan perbincangan tersebut? Sekiranya perbincangan untuk menyatu padukan orang-orang Melayu, tentu lebih lojik parti sekutu dari PR juga dipanggil berbincang kerana parti ini juga mempunyai lebih separuh ahlinya dari kaum Melayu. Malahan, di dalam DAP pun ramai kaum Melayu menjadi ahli dan pemimpinnya.
Sekiranya berbincang atas nama perpaduan Islam, tentulah lebih baik dan inilah yang dituntut oleh agama Islam. Namun, tidak boleh juga dielakkan untuk membabitkan rakan sekutu di dalam PR kerana ramai ahli dari parti ini yang berugama Islam. PKR juga diterajui oleh pimpinan yang berugama Islam. Jadi, kesemuanya tertakluk di atas tujuan apa pertemuan tersebut boleh diadakan.
Saya tidak mahu mengandaikan pertemuan itu, jika benar berlaku adalah kerana untuk membincangkan UG (Kerajaan Perpaduan). Saya percaya isu UG telah lama ditutup buku oleh PAS, dan PAS komited untuk terus bersama dengan PR. Ini adalah keputusan Muktamar PAS sebelum ini.
Rumusannya, pertemuan PAS - Umno bukanlah sesuatu yang janggal demi kebaikan rakyat dan negara, tetapi akan dilihat janggal jika pertemuan itu dirahsiakan dari rakan sekutu dari PR./wfauzdin.blogspot.com
sebenarnya hampa sendiri tak paham kerajaan perpaduan ikut versi TGHA.
BalasPadambaca balik ulasan TGHA dulu.
kerajaan perpaduan hanya akan ujud dan bolih diterima jika melibatkan semua pihak.
hampa serbu awai sangat pasai hampa takut hilang jawatan,bukan pasai takut kena tipu yang hampa jadikan alasan tu.
aku pun dulu termasuk dalam golongan hampa tu,tapi pikiak punya pikiak,sampai bila kita nak berperang.sampai kiamat.
dengak dulu butiranya,kemudian baru taruh kalau tak betoi.
Setuju dengan rumusan akhir, kita nak ketelusan, nak tahu juga apa yang dibincangkan. Sebabnya kadang-kadang ada juga pemimpin di dalam PAS yang hampir terjerlus untuk bersekongkol dengan pemimpin-pemimpin yang ternyata zalim dan memusuhi Islam.
BalasPadamJika nak berdakwah dengan UMNO, rasanya lebih baik berdakwah dengan orang bukan Islam, sekurang-kurangnya dia akan lebih memahami Islam dan yang lebih advance ialah dia menerima Islam sebagai anutannya, kalau dia menentang biasalah.
Berdakwah dengan UMNO pula macam berdakwah dengan anjing gila yang basah kuyup, bukan makin baik, makin galak nak mencederakan kita, kalau tak dicederakan pun kita terpaksa samak.
anon 21:05
BalasPadamaku ucap tahniah kerana hang berjaya memPASkan semua anggota keluarga hang,termasuk adik abang,anak saudara,abang saudara,mak bapa saudara dan lain yang terdekat dengan kau.
masakan kau nak bertemu,bertegur sapa,hadir kenduri mereka jika mereka masih dalam umno,kerana umno begitu jijik bagi kamu.
aku harap kalau ada kenduri kendara dirumah kau,jangan undang orang umno ni kerana kau terpaksa samak seluruh rumah kau kerana mereka laksana anjing bagi kau..
bagi pesan pada keluarga terdekat yang pastinya ahli PAS,kalau kau mampus,jangan ada seorang pun orang umno yang memang Islam sejak lahir sembahyang mayat hang.
MMg setuju. Tak elok berkawan dgn Umno yg menolak Islam dan bersekongkol dgn APCO. Nanti kita dihasutnya...aku setuju tu!!
BalasPadam