MEMBACA laporan yang disiarkan oleh Malaysiakini semalam, ternyata YB Gobalakrishnan terlalu kepingin dirinya dipecat dari PKR. Beliau secara terus terang menyerang kepimpinan DS Anwar dengan menuduh Ketua Umum PKR tersebut secara terbuka sebagai tidak berlaku adil. Malangnya, YB Gobala tidak menyebut secara terperinci atau bukti ketidakadilan DS Anwar di dalam kenyataannya itu melainkan menuduh secara rambang sahaja.
Adakah PKR tidak memilih beliau sebagai Naib Presiden yang dilantik suatu bukti bahawa DS Anwar tidak berlaku adil? Apakah perlantikan N.Surendran seorang pejuang hak asasi yang mewakili kaum India di dalam PKR juga menunjukkan DS Anwar pilih kasih? Bagaimana pula dengan tokoh ternama lain yang tewas di dalam pemilihan PKR baru-baru ini tetapi tidak dipilih oleh DS Anwar? Mengapa mereka tidak menuduh DS Anwar tidak berlaku adil? Mengapa YB Gobala sahaja yang terjerit-jerit macam mabuk todi?
Beliau membangkitkan isu kuil orang-orang India. Tidakkah beliau tahu orang-orang Islam juga sekarang mempunyai masalah dengan tempat ibadat mereka dan sehingga kini tiada seorang pun pemimpin PKR yang berugama Islam terjerit-jerit seperti YB Gobala. Mereka semua faham isu tersebut mesti ditangani segera, dan ada ketikanya mereka perlu bertolak ansur bagi mengatasi masalah tersebut.
Kita mahu bertanya YB Gobala berapa banyak kuil-kuil Hindu yang telah dirobohkan atau dibakar di bawah Kerajaan Negeri PR? Jika setakat kuil dipindahkan atas sebab-sebab tertentu, YB Gobala juga mesti tahu Masjid dan Surau bagi orang-orang Islam juga akan dipindahkan sekiranya terdapat keperluan. Apa yang penting, pihak pemerintah mesti berbincang terlebih dahulu kepada semua penduduk agar sebarang tindakan yang bakal diambil difahami sepenuhnya oleh mereka. Mengapa YB Gobala meletakkan isu kuil ini ke atas kepala DS Anwar untuk menuduh beliau seolah-olah anti kaum India?
Nampaknya YB Gobala mula belajar dari YB Zul Kulim Bandar Baru yang sengaja mencari sebab untuk dipecat. Apakah YB Gobala merasakan beliau terlalu hebat sehinggakan PKR terlalu sayang untuk melepaskannya? Atau, YB Gobala sudah merasakan semenjak Sammy Vellu bersara dari Presiden MIC, harapan beliau agak cerah untuk kembali kepada MIC? Mungkin juga YB Gobala terlalu rindu untuk bersama semula dengan Dato Zaid Ibrahim Presiden KITA dan merasakan ada harapan untuk memegang jawatan penting di dalam parti yang mempunyai keahlian 300 orang itu? Jika itulah harapan YB Gobala, kita minta beliau berambus sahaja dari PKR./wfauzdin.blogspot.com

ngape gobala boleh jadi camtu.. sedih la.. mungkinkah kerana matlamat perjuangan semakin terpesong ??
BalasPadamnak cakap dan kata kat orang cukup mudah.kalau terkena batang tubuh hampa,baru hampa tau sakit.
BalasPadamterlolong dan terlalak dalam blog bolihlah.
gobala terjerit Anwar tak adil terhadapnya tanpa bagi sebab pun sudah cukup baik.kalau dia hurai satu persatu,tak larat hampa nak jawap walaupun setengah tuduhan mungkin tak betol.
sekali lagi aku kata,anwar tak tau jaga kawan kawan.kalau dia jaga hati kawan kawan,dia tak akan benarkan nurul masuk tanding naib presiden yang secara tak langsong menyebabkan seorang orang lama tersingkir
KITA MINUM DULU ...!
BalasPadam